Saturday, May 30, 2020

SERANGAN KE ATAS DDJK – Seolah-olah DDJK adalah Ketua Menteri Sabah
Oleh Ir Jovilis Majami


1. Sejak seminggu dua ini beberapa pemimpin kerajaan Sabah tidak henti-henti untuk menyerang presiden STAR Sabah Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (DDJK).

2. Kebanyakan daripada mereka ini adalah terdiri daripada pemimpin KDM seperti Yb. Datuk Loretto Damien S. Padua Jr (Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah), Yb. Terence A Siambun (Bandahari Agung Parti Warisan Sabah), dan Nelson W. Angang (Setiausaha Agung Parti UPKO). 


3. Cara mereka bercakap dan memberi kenyataan pula seolah-olah menggambarkan mereka ini bukan lagi kerajaan negeri Sabah tetapi pembangkang tulen yang tidak punyai kuasa apa-apa terhadap kepentingan Sabah dan rakyat khususnya.

4. Ulasan-ulasan dan komen-komen yang mereka lontarkan kepada DDJK juga sepertinya DDJK ini adalah Ketua Menteri Sabah yang bertanggungjawab dan berkuasa untuk menyelesaikan semua isu-isu dan masalah-masalah yang ada di wilayah Sabah ini.

5. Mereka lupa bahawa Ketua Menteri yang sah ketika ini ialah Datuk Seri Panglima Shafie Afdal yang punyai kuasa besar untuk bertindak dan membuat keputusan bagi menyelesaikan isu-isu yang mereka kemukakan kepada DDJK.

6. Umpamanya isu yang dibangkaitkan oleh Nelson berkenaan dengan Pas Semantara Sabah (PSS) yang ingin diperkenalkan dahulu tetapi dibatalkan pelaksanaannya setelah mendapat tentangan hebat daripada Orang Asal Sabah (OAS) sepatutnya diselidik sebaik-baiknya oleh kerajaan negeri untuk mencari solusi yang lebih berkesan dan diterima oleh OAS.

7. Input-input daripada tentangan OAS terhadap pelaksanaan PSS itu boleh dikumpul, dianalisis dan disimpulkan sebagai bahan rujukan untuk membuat satu kaedah baru yang lebih berkesan dan disukai oleh OAS.

8. Cadangan forum awam yang dikemukakan oleh DDJK untuk penyelesaian tuntas masalah PTI yang kemudiannya dipertikaikan oleh Nelson dan Terence sebagai satu kenyataan populis dan tidak selari dengan suara DDJK sebelum berada dalam kerajaan persekutuan juga menampakkan bahawa kedua-dua pemimpin ini tidak mendengar suara rakyat, tidak sensitif dan ketandusan idea dalam berhadapan dengan masalah PTI. 

9. Cadangan forum ini sebenarnya sudah lama dikemukakan oleh DDJK melalui kenyataan-kenyataan media sebelum ini umpamanya;

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/23/kerajaan-sabah-digesa-rangka-penyelesaian-komprehensif-masalah-pendatang/

https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/02/lihat-keperluan-tubuh-jawatankuasa-khas-urus-buruh-asing-pti-di-sabah

10. Dengan penganjuran forum ini maka kerajaan akan dapat melihat pandangan, cadangan dan komen-komen daripada semua pemegang taruh (OAS) untuk menyimpulkan satu kaedah efektif bagi menyelasaikan masalah ini agar apabila ianya dilaksanakan maka tiada lagi tentangan daripada OAS.

11. Forum ini berbeza sekali peranannya dengan forum yang dianjurkan oleh UPKO semasa isu PSS hangat dahulu kerana forum PSS tersebut adalah bertujuan untuk memberi penerangan terhadap pelaksanaan PSS dan bukannya meminta pandangan untuk menyelesaikan isu PTI ini.

12. Tuduhan Loretto bahawa DDJK merupakan pemimpin yang gagal juga amat melucukan.

13. Dalam konteks politik pemimpin yang dikatakan pemimpin gagal adalah pemimpin yang pernah diberi kepercayaan sebagai menteri tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan isu rakyat. 

14. DDJK hanya kurang dari 5 bulan sebagai timbalan menteri dan bukannya menteri penuh. Sebaliknya pemimpin-pemimpin Warisan pula sudah bertahun-tahun duduk di kerusi empuk tapi masih tidak dapat mewujudkan satu method yang berkesan untuk menangani masalah Sabah termasuklah isu PTI.

15. Mengaitkan DDJK dengan kegagalan kerajaan dahulu dalam mengatasi masalah PTI juga adalah idea yang kurang bijak kerana sejak dari sekian lama DDJK sudah menyuarakan tentangannya terhadap kebanjiran PTI di Sabah ini cuma kuasa itu membataskan tindakannya.

16. SUA Warisan ini juga perlu ingat bahawa sebahagian besar daripada pemimpin yang ada di dalam Warisan hari ini adalah produk daripada kerajaan yang lepas malahan mereka memegang jawatan tinggi di dalam kerajaan mahupun di dalam parti termsauklah ketua menteri dan timbalan-timbalan menteri yang ada. Apakah mereka ini juga termasuk dikalangan pemimpin yang gagal?

17. Sesuatu yang harus diakui oleh SUA Warisan ialah kepimpinan STAR Sabah yang ada pada hari ini bukannya terdiri daripada bekas-bekas menteri dari parti-parti dahulu yang pernah memerintah dan berkuasa tetapi sebaliknya STAR Sabah dibarisi oleh pejuang-pejuang yang faham akan perjuangan DDJK kepada rakyat Sabah.

18. Menuding jari kepada yang tidak berkuasa ibarat takutkan bayang-bayang sendiri. DDJK diserang sejak akhir-akhir ini menujukan bahawa pengaruh dan kekuasan STAR Sabah itu mula dirasai. 

19. Sabah perlu dipimpin oleh orang yang betul-betul berjiwa Sabahan dan bukannya 50% - 50% untuk menyelesaikan isu Sabah dan mengangkat martabat OAS. Oleh itu sebagai pemimpin tertinggi dalam parti masing-masing Loretto, Nelson dan Terence ada peluang untuk mempengaruhi YB-YB untuk menyokong perjuangan OAS.

20. Saya tidak bermaksud minta mereka berpindah parti tapi kalau mereka punya keinginan maka jangan dihalang.

Thursday, May 28, 2020

PORTAL PARTI TERBIT BERITA TAK BERETIKA
Oleh Ir.Jovilis Majami

  Ir.Jovilis

Ir Jovilis Majami: Sebuah portal milik parti politik saya anggap tidak beretika kerana menyampaikan berita yang mengelirukan netizen

Pertamanya saya memaklumkan bahawa cara Borneo Today menyampaikan berita adalah bias dan tidak beretika.

Menyatakan bahawa Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (DDJK) gagal menunjukkan bukti dan hanya melakukan tuduhan liar terhadap pemimpin WARISAN yang kononnya memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PTI) dalam satu sidang media adalah semata-mata untuk menjatuhkan reputasi DDJK di mata rakyat Sabah.

Borneo Today juga sebenarnya tidak memahami apa kenyataan yang disampaikan oleh DDJK sebelum ini berkenaan dengan rumah setinggan dan bantuan yang diberikan oleh WARISAN sama ada ketika COVID-19 melanda negara mahu pun semasa berlakunya kebakaran.

Apa yang dipertikaikan oleh DDJK sebenarnya ialah tindak tanduk WARISAN yang seolah-oleh mengutamakan kebajikan PTI sejak mereka mengambil alih kerajaan. Umpamanya apabila berlaku kebakaran di setinggan-setinggan maka bantuan kepada mereka ini sampai dengan cepat malahan jabatan pendaftaran juga bergegas datang ke situ untuk mengurus dokumentasi mereka sedangkan umum tahu bahawa ruamh-rumah setinggan ini banyak dihuni atau sinonim dengan penempatan PTI. Ceritanya sama, apabila kita berhadapan dengan COVID-19. Sebaliknya kebakaran ditempat lain contohnya di daerah Matunggung dan Tandek tiada pula jabatan ini datang untuk mengurus segala dokumen pengenalan diri mangsa.

Ya kita akui dan DDJK juga tahu bahawa setinggan ini bukan saja dihuni oleh PTI tetapi ada juga dikalangan orang kita yang tinggal didalamnya namun mungkin ianya boleh dikira dengan jari. Hakikatnya ialah setinggan ini memang dihuni oleh kebanyakan orang PTI. Fakta ini bukan dibuat-buat oleh DDJK, pemimpin-pemimpin STAR Sabah atau pengikut-pengikut STAR Sabah atau Orang Asal Sabah (OAS) tapi atas kajian ilmiah, rekod-rekod daripada penguatkuasa, informasi daripada majilis tempatan, daripada pemimpin-pemimpin politik dan orang ramai. 

Untuk lebih jelas lagi disini saya kongsikan bukti-bukti yang tidak dibawa oleh DDJK semasa sidang media siang kelmarin untuk mengesahkan bahawa setinggan ini memang banyak dihuni oleh PTI-PTI, tempat mereka berlindung, tempat mereka bercambah dan macam-macam lagi  yang bukannya direka-reka oleh DDJK seorang diri.

a. Kajian Ilmiah
i) Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana Peters & Marja Azlima Omar (2003), Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian dari Sudut Keselamatan, UMS.

ii) Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Douah (2007)  Impak Kehadiran Pendatang Flllpina Di Kampung-Kampung Air: Satu Tinjauan Di Sabah, UMS.

iii) Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah (2008), Isu-Isu Keselamatan Sabah Dan Impak Kepada Malaysia, Ums.

iv) Mohamed Bin Ismail (2005), Setinggan Dan Permasalahannya Serta Penyelesaian Ke Arah Setinggan Sifar, UTM.

b. Sidang Parlimen 2002 (M/S 15&16) – Pertanyaan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di Parlimen.
Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Sipitang. Tadi Yang Berhormat menyatakan tentang apakah sebenarnya tujuan operasi Ops Nyah Bersepadu ini, adakah untuk menangkap pendatang tanpa izin atau semata-mata merobohkan rumah-rumah setinggan. Dalam laporan akhbar pada 5 Mac yang lepas, dilaporkan bahawa pasukan operasi ini telah merobohkan 3,245 rumah setinggan, sedangkan bilangan pendatang tanpa izin yang ditangkap cumalah 2,074 orang. Jadi, siapakah punya rumah yang seribu lebih itu, adakah ini rumah setinggan tempatan ataupun setinggan pendatang tanpa dengan izin? Dan adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa ini membuktikan terdapat masalah bagi pihak kerajaan untuk membezakan di manakah yang dikatakan pendatang tanpa izin dan di manakah yang dikatakan setinggan tempatan? Terima kasih.

c. Berita-berita akhbar
i)https://www.sabahnewstoday.com/op-mega-3-0-3309-pti-dan-44-majikan-ditangkap-setakat-ini-di-sabah/
ii)https://sabahkini2.com/en/news/2346/selepas-30-setinggan-kini-90-kampung-diwartakan-di-kawasan-hutan-simpan-kata-menteri-upko-/view
iii)https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170325/281492161146054
iv) https://www.bharian.com.my/node/66002

Untuk makluman Borneo Today semua bahan-bahan yang saya sertakan di atas dengan jelas menyatakan bahawa rumah-rumah setinggan itu memang dihuni oleh PTI-PTI maka itu di lain masa tidak perlu lagi bertanya untuk meminta bukti kepada orang yang mempersoalkan atau meragui apabila setinggan-setinggan ini dibela oleh kerajaan melebihi kawasan lain yang diduduki 100% orang asal Sabah.

Saya juga melihat bahawa apa yang disampaikan oleh Borneo Today dalam berita mereka ini adalah satu percubaan untuk menaikkan imej kerajaan Warisan dengan menjatuhkan populariti DDJK. Ketika angin bertiup kencang bahawa ramai ADUN kerajaan WARISAN meninggalkan parti tersebut untuk menyokong pembangkang Sabah sehingga boleh mennggugat kedudukan mereka sebagai kerajaan maka berita-berita sebegini sengaja direka untuk menaikan imej Warisan agar ADUN-ADUN ini tidak meninggalkan mereka.

Selain itu juga, kunci kepada kekuatan Warisan ialah melemahkan STAR Sabah yang diterajui oleh DDJK. Bermula selepas PRU14 STAR Sabah adalah satu-satunya parti yang paling banyak menerima borang permohonan keahlian daripada rakyat disebabkan oleh perjuangan DDJK yang jelas, memperjuangkan nasib dan mengambalikan hak Orang Asal Sabah. Oleh itu, apabila Borneo Today menyiarkan berita yang menampakkan kekhilafan kenyataan-kenyataan DDJK sebelum ini maka sokongan rakyat akan kembali kepada Warisan.

Namun, saya percaya dan cukup yakin bahawa rakyat Sabah pandai menilai halatuju perjuangan sesebuah parti itu. Daripada cari begaimana Kerajaan Sabah melayani setinggan-setinggan ini sudah menampakan kearah mana perjuangan mereka. Borneo Today tidak perlu meminta bukti daripada DDJK kerana bukti itu ada pada kajian-kajian ilmiah, terpampang didada-dada akhbar dan sebagainya. Sabaiknya minta informasi daripada mereka dan dedahkan perkara yang masih tersembunyi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Ir. Jovilis Majami
27 Mei 2020

Tuesday, May 26, 2020


PERJUANGAN HAK ORANG ASAL SABAH Part 2  
Oleh Sam Hj.Othman  

  Gambar Sebahagian dari Pejuang OAS  

Dalam episod pertama berkenaan isu ini,saya sudah perjelaskan status sebenar Orang Asal Sabah (OAS) secara basic dan mudah difahami oleh masyarakat kita hari ini.

Pada saat Sabah Tanahairku memerlukan lahirnya pejuang-pejuang tulin yang konsisten untuk terus berpegang kepada prinsip dasar/intipati Hak OAS tersebut,telah berbagai cara dicipta bagi memperkukuhkan semangat yang ada supaya tidak luntur dari hari ke hari.

Melihat kepada pembinaan sebuah batalion siber yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia) adalah sesuatu yang di anggap sebagai perjuangan sia-sia dan dungu.

Pada asalnya,SSKM ini di lihat berkeinginan untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia tetapi kemudiannya beralih angin sedikit dengan menyelitkan isu tuntutan hak-hak OAS dan kemerdekaan sendiri,lalu kembali semula meniupkan sentimen ‘keluar dari Malaysia’ yang sungguh membosankan apabila pengikutnya terus-terusan dihidangkan janji manis demi janji manis,sedang hasilnya tidak ada malah di anggap pula sebagai mimpi kosong semata.

Hasrat membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia adalah sesuatu yang sangat di luar kebiasaan  dan ekstrem malah,hari ini lebih 80 peratus dari rakyat Sabah/Sarawak itu TIDAK pernah bersetuju dengan perjuangan tersebut kerana ianya hanya akan menimbulkan perpecahan dan isu perkauman serta tindakan undang-undang.

  Google Search & FB SSKM  

Cukuplah saya kira jika memperjuangkan Sabah atau Sarawak itu diiktiraf sebagai salah sebuah wilayah dari tiga (3) iaitu Wilayah Sabah,Wilayah Sarawak dan Sememanjung Malaysia bagi mewakili Tanah Semenanjung kerana hakikinya,rakyat Sabah dan Sarawak begitu selesa untuk bersama-sama dalam rumahtangga Persekutuan Malaysia itu sendiri.

Perjuangan SSKM dari masa ke semasa ditinggalkan oleh para pengikutnya dan hari ini,Cuma sekerat pihak-pihak tertentu sahaja yang masih menebal sikap dan sifat....Ironiknya,dengar khabar struktur ‘pentadbiran’ SSKM ini berpusat di London,kerajaan British yang pernah menjajah kita dan pernah juga memberikan kemerdekaan kepada kita.

Perkara menganugerahkan sistem kemerdekaan itu sudah selesai dan British tidak lagi mempunyai hak mutlak ke atas kita di Sabah,di Sarawak mahupun di Tanah Semenanjung kerana kita sudah dibebaskan dari penjajahan mereka serta sudah miliki Deklarasi Kemerdekaan Persekutuan Malaysia.

  Gambar Arkib  
Inilah yang saya anggap sebagai tindakan sia-sia dan taksub di mana terdapatnya kumpulan-kumpulan tertentu yang masih belum faham mengenai intipati sebenar Deklarasi Kemerdekaan yang dimeterai itu dan masih berfikiran kolot untuk membawa Sabah-Sarawak keluar Malaysia.

Rakyat hari ini tidak lagi berfikir dengan corak pemikiran lama yang kelihatan agak fanatik dan ekstrem kerana rakyat hari ini sudah di anggap sebagai Sang Algojo yakni,penentu hukuman dan penjatuh hukum yang tegar dan sukar ditumpaskan walaupun di buru dengan anasir-anasir berhaluan kiri yang negatif apatah lagi dalam soal politik semasa.

Apa yang rakyat Sabah mahukan hari ini ialah perjuangan sebenar yang menitikberatkan soal masa depan keturunan dan anak cucu-cicit Orang Asal Sabah itu dari di jajah lagi dalam versi baharu.

Dunia hari ini sudah menjauhi medan tempur jika mahu merampas sesebuah negara sebagai tanah jajahan sepertimana yang berlaku di zaman perang dahulu....


  penjajahan versi baharu-Gambar hiasan  

Dunia hari ini,sudah punya pendekatan penjajahan versi baharu dengan sewenangnya membentuk sentimen samada ianya dalam bentuk budaya,seni,ruang digital,ideologi dan banyak cara lain lagi.

Kita tidak sedar bahawa dalam diam,kita terjajah minda atau taksud kepada suatu budaya luar yang boleh menyesatkan dalam usaha ‘penjajah’ itu menguasai persada dunia.

  Sekadar Gambar Hiasan  

Maka itu,saya lebih gemar memerhati dan meninjau perjuangan OAS di Sabah sambil menelusuri tatacara Sarawak mengawal selia permintaan yang ada kepada Kerajaan Persekutuan.

Kita tidak seharusnya menciplak tatacara Sarawak yang sudah memperolehi apa yang mereka kehendaki kerana struktur negeri kita berbeda,cara tadbir kita berbeda dan geologisme kita juga berbeda.

Saya merasa terkesan dan sedih bila sahaja Sarawak berjaya mendapatkan sesuatu tuntutan,ada pihak tetentu di Sabah melenting dan saling salah menyalahkan pemimpin-pemimpin tempatan yang ada,sehingga saya terfikir bahawa inikah budaya kita di Sabah (yang sebenarnya meruntuhkan martabat kita yang sedia ada).

Isu-isu di luar kotak politik,dipolitikkan demi nafsu serakah dan kepuasan hati sendiri tanpa menyedari betapa bodohnya mereka di mata rakyat.


PERJUANGAN OAS TIDAK PERNAH TERHENTI

Di episod pertama saya pernah menyebut beberapa nama pejuang asal OAS,tuntutan hak,MA63 dan yang berkaitan dengannya sejak dua tahun lepas.

(Rujuk Link Episod I)

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8913730246991964372#editor/target=post;postID=4710028907444353571;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=2;src=postname

Pada hari ini,masih ada lagi kelahiran pejuang-pejuang hak OAS bagi menggandingi pejuang-pejuang yang sedia ada yang tentu sekali diketuai oleh Datuk Dr.Jeffrey Kitingan sendiri,yang terganding bersama-sama pejuang lain seperti Datuk wilfred Bumburing,DSP Yong Teck Lee,Datuk Henrynus Amin,DSP Anifah dan ramai lagi.

Hari ini,muncul lagi suatu wajah baharu yang ingin saya ketengahkan kepada anda iaitu kelibat Dato’ Verdon Bahanda (DVB) di era tahun 2020 ini,yang begitu lantang bersuara dalm isu mempertahankan hak-hak OAS samada di MedSos ataupun secara terbuka.

  Dato' Verdon Bahanda  

Membaca tulisan,komentar dan video penerangannya mengenai isu mempertahankan hak-hak OAS ini,telah berjaya menggamit perhatian rakyat Sabah sehingga ada netizen beranggapan bahawa beliau adalah seorang ahli politik Sabahan.

Sequiemic dari fikiran netizen itu sebenarnya jauh meleset kerana dari siasatan pihak kami mendapati bahawa DVB bukanlah seorang yang aktif dalam politik semasa di Sabah malah bukan juga seorang yang berpartisan.

Benar...Beliau pernah di dalam UMNO tetapi tidak punya peranan dalam urustadbir parti keramat itu....
Benar juga beliau pernah bersama UPKO (lama) tetapi jawatan Bendahari Agung itu belum pernah menguji apa-apa peranannya di dalam urus tadbir parti.

Beliau lebih tertonjol sebagai seorang usahawan,sebagai aktivis masyarakat dan seorang pencinta sukan sehingga mampu membina sebuah padang sintetik di Matunggong.

Rakyat Matunggong sinonim dengan nama DVB kerana beliau dikenali sebagai Ikon Masyarakat atau Ikon Komuniti atas jasa-jasa beliau melalui Yayasan VB dan syarikat-syarikatnya terhadap masyarakat setempat.

Ketika ini,beliau mula dikenali sebagai salah seorang pejuang OAS dengan bersolidariti bersama-sama dengan rakan dan taulan serta badan-badan pejuang OAS yang ada di Sabah.

Pembinaan Padang Sintetik di Matunggong  

Melalui komentar yang sering tertera di laman sosial,saya melihat DVB lebih cenderung ke arah kempen ‘Katakan Tidak Kepada Jenama PATI’ dan sering meniupkan semangat kepentingan hak pribumi Sabah atau kedudukan Orang Asal Sabah itu sendiri.

Ini yang jelas di mana perjuangan memartabatkan dan memaruahkan hak-hak OAS itu diperjuangkan dari sudut atau cara lain dan bukan setakat beriltizam semata-mata kepada perubahan MA63 atau sebagainya kerana skop yang di pilih oleh DVB lebih fokus kepada akar umbi OAS itu sendiri dengan kempen boikot jenama PATI,sebagai permulaan.

Senario hala tuju dan visi yang ditonjolkan oleh DVB ini kelihatan agak berasingan berbanding dengan apa yang pernah diperhujahkan oleh lain-lain pejuang OAS yang ada,yang lebih komited mempertaruhkan isu kad pengenalan,sijil lahir,pembangunan infras di pelusuk perkampungan OAS dan MA63 itu sendiri manakala DVB pula memilih langkah pertama dengan memulakan perjuangan dari bawah,iaitu pemikiran dan corak kehidupan OAS tersebut.

Bersambung....
**Episod seterusnya bakal menyusul...






Thursday, May 21, 2020


CAJ ELEKTRIK SABAH NAIK MENDADAK : RAIME
Rakyat marah dan tidak puas hati penjelasan SESB    
Oleh Sam Hj.Othman  

  Raime Unggi  
  
KOTA KINABALU : Kenaikan tinggi caj bil elektrik menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna di Sabah sejak kebelakangan ini selain disifatkan sebagai mengelirukan bila mana diskaun yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri,bercanggah dengan tindakan caj Sabah Electricity Sdn.Bhd. (SESB) yang kini di bawah Kerajaan Sabah.

“Saya mendapati banyak aduan daripada orang ramai menunjukkan kenaikan tinggi caj bil elektrik di Sabah secara mendadak bukan sahaja dihadapi oleh golongan tertentu tetapi hampir seluruh rakyat Sabah,” kata Datuk Raime Hj.Unggi,Ketua Penerangan UMNO Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.

Katanya,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu tidak dinafikan telah banyak  menjejaskan sumber pendapatan rakyat apabila ramai yang tidak dapat keluar bekerja dan ada yang hilang pekerjaan.

“ Apa yang menghairankan kita adalah ketika PKP sedang berjalan, rakyat Sabah dikejutkan dengan caj bil elektrik yang tidak rasional, meragukan dan sangat tinggi daripada biasa.

Ramai yang mengadu dengan saya bil elektrik mereka di caj tanpa merujuk kepada bacaan meter sebenar oleh pihak SESB malah,bukan setakat itu sahaja,ada di antara pengguna tidak berada di rumah sepanjang PKP kerana terpaksa berada di suatu tempat dalam tempoh berminggu mendakwa,bil elektrik terbaru mereka melambung tinggi dan ada yang berkali ganda jumlahnya dari biasa,” jelas Raime lagi.

“ Caj tinggi dengan alasan yang kurang jelas daripada pihak SESB kerana ketiadaan bacaan meter elektrik dan bil bercetak dikeluarkan sepanjang PKP sejak 18 Mac menyebabkan rakyat marah dan tertekan dengan bil elektrik yang mereka terima.

Mereka (pengguna) mengatakan duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) hanya untuk bayar bil elektrik saja……Pendapatan kurang dan tidak ada kerana PKP, bagaimana kami hendak bayar bil elektrik yang 'cekik darah'? “ Soal Raime bagi merujuk kepada aduan-aduan yang diajukan kepadanya berhubung masalah ini.


Beliau menyifatkan situasi ini agak menyedihkan kerana ada di antara mereka yang telah hilang mata pencarian,itu pun rata-rata rakyat Sabah mengharapkan BPN yang diberikan oleh kerajaan pusat.

“ Jika dilihat kerajaan negeri Sarawak mereka memberikan diskaun sehingga 23 peratus (Sarawak) dan 2 peratus (Kerajaan Pusat) bagi pembayaran bil elektrik sepanjang PKP kepada rakyat di negeri itu tetapi di Sabah sebaliknya dengan diskaun hanya sebanyak 2 peratus sahaja.

Perbezaan ketara diskaun yang diberikan menunjukkan Kerajaan Negeri Sabah perlu mengkaji semula caj bil elektrik yang kurang munasabah dikenakan oleh SESB kepada pengguna di Sabah.

Ini soal kebajikan dan keperihatinan kerajaan di kala wabak pandemik COVID-19 melanda, kerajaan haruslah membantu menjaga kebajikan rakyat dan mengurangkan beban rakyat yang tidak berkemampuan,” jelas Raime lagi.

Pemberian diskaun elektrik oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berkuatkuasa pada 1 April 2020 tidak ada maknanya jika bil bulanan yang rakyat terima separuh atau melebihi purata pendapatan mereka dalam sebulan.

“ Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa PKP tidak seharusnya dijadikan alasan SESB untuk sewenang-wenangnya menaikkan bil elektrik kerana rata-rata pengguna di Sabah terdiri daripada golongan pertengahan dan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.


Wednesday, May 20, 2020

Kenyataan Media 20 Mei 2020  
KEMBALIKAN NAJIB RAZAK PULIHKAN MALAYSIA  
Hj.Fadli Hj.Juanas,Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM)

  Fadli Juanas  
Rakyat Malaysia semakin menerima dan mempercayai kembali keupayaan negarawan Dato' Seri Najib Razak. Ianya cukup berbeza sebelumnya di mana sebelum  ini rakyat telah disajikan dengan momokan dan hamburan fitnah yang cukup dahsyat.
Namun, hari demi hari terbongkarlah satu persatu kebenaran berada di pihak bekas Perdana Menteri ke 6 itu.

Pengalaman dan keupayaan beliau telah terbukti terutamanya di dalam bidang ekonomi kerana sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, KDNK negara telah meningkat naik daripada -1.5% kepada 7.4% pada masa yang sama,defisit negara telah menurun daripada 6.7% kepada hanya 5.4%.

Malah pelaburan jangka masa panjang oleh GLC-GLC milik kerajaan semakin berkembang positif, berbanding sebelum beliau menerajui negara YANG mana banyak pelaburan di industri utama negara  di monopoli oleh kroni-kroni yang sekian lama bersarang di lubuk emas hasil negara.

Persoalannya bagaimanakah keadaan negara kita pada masa hadapan?

Adakah kita masih mampu berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dunia dan bagaimanakah kita menanganinya pada kali inI seta sejauh manakah kepimpinan pada hari ini mampu bertahan dan berkeupayaan mengembangkan ekonomi.
Mungkin tidak keterlaluan untuk kami mengatakan sumber aset negara yang kita guna pada hari ini sebahagiaan besarnya adalah hasil daripada kebijaksanaan kepimpinan Dato' Sri Najib Razak pada suatu ketika dahulu.
  Najib Razak
Atas dasar inilah, kami GENERASI ANAK MALAYSIA (GAM) cukup optimis dan berkeyakinan bahawa Dato' Sri Najib Razak adalah watak penting buat rakyat demi masa depan negara.

Sekali lagi, Genarasi Anak Malaysia menaruh harapan agar Bossku kembali semula untuk mentadbir negara Malaysia yang tercinta.

Hj Fadli Hj Juanas
Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM).

Monday, May 18, 2020

PERJUANGAN HAK ORANG ASAL SABAH  
Bukan sekadar retorik tapi kronologi dinamika (EPISOD 1)  
Oleh Editor


Ianya sebuah perjalanan yang bukan baharu kerana ia memiliki bentuk dinamika dalam satu kronologi yang bukan sekadar sebuah replika buatan orang luar.

Kisah memartabatkan maruah serumpun bangsa di tanahair sendiri sering menerima berbagai dugaan dan halangan lebih-lebih lagi apabila berlakunya permainan minda dalam usaha mempalagiat fakta sebenar.

Ramai yang membuat rujukan hanya kepada satu petikan yang dibukukan oleh bangsa Eropah ketika mula-mula menjejakkan kaki ke tanah kepulauan Borneo Utara ini seperti salah satunya ialah pada petikan tatkala para penjajah ini menemui suku Bajau Suluk dan Simunul yang hidup di kawasan persisiran pantai.


Ramai yang terlupa kepada petikan seterusnya (atau sengaja dilupakan) yang mana apabila bangsa Eropah ini mula meneroka di daratan jauh dari pesisir pantai di mana mereka menemui pula suku bangsa yang lain berbanding di kawasan pantai iaitu suku dusun (orang dusun) di perbukitan dan lembah daratan.

Kedua-duanya adalah fakta sejarah yang disebutkan dalam nota tinggalan bangsa Eropah yang mula-mula sekali menjejakkan kaki ke Borneo Utara ini.

Selain daripada itu,kita turut disajikan dengan impak sejarah dari Kesultanan Brunei Lama di mana kronologi sejarah awal Borneo Utara ini (Sabah) juga termaktub di dalam banyak tulisan-tulisan pengkaji sejarah zaman lama.


Pasti anda bingung bukan apabila cuba untuk melipat tiga (3) fakta sejarah ini di dalam satu (1) lipatan yang merangkumi semuanya.

Benar....Bangsa Bajau Suluk dan Simunul itu ditemui di pesisir pantai Sabah.
Benar....Bangsa Dusun itu di temui di lereng-lereng bukit dan dataran lembah.
Benar....Borneo Utara ini dahulunya adalah milik Kerajaan Brunei Lama.

Kalau mahu di kupas satu persatu,ia pasti panjang berjela-jela sehingga memaksa kita untuk membuka banyak lembaran sejarah yang pasti sangat-sangat membingungkan.

Ramai yang berpegang kepada ketetapan tulisan pertama sang penjajah Eropah itu yakni “suku pertama ditemui di pesisir pantai Sabah” sehingga berkeyakinan bahawa suku kaum itulah penduduk asal yang dimaksudkan.


Isu ini lebih panas lagi bila dijadikan mainan politik dalam usaha meraih undi sehingga sanggup mencemarkan identiti bangsa sendiri dan mengangkat pula suku bangsa lain,semata-mata berpegang kepada ‘nota tulisan pertama bangsa Eropah yang mendarat di Sabah’ itu,lalu mendabik dada mengatakan apa yang dinyatakan olehnya itu adalah benar belaka.
Cuba kita fikirkan secara logik dan rasional iaitu dengan membayangkan gambaran pada saat bangsa penjajah Eropah itu tiba ke pantai Sabah suatu ketika dahulu.
Rasionalnya,bangsa Eropah itu tentu sekali menemui pantai Sabah ini melalui perjalanan laut dari Kepulauan Palawan di Selat Balabac atau dari arah pantai Timur Sabah kerana itu mereka menemui suku pertama ini di pesisiran pantai antara Pulau Bangi,Kudat hinggalah ke kawasan sepanjang perairan Sandakan.
Tetapi lebih logik lagi sekiranya kita tetapkan bahawa bangsa Eropah ini berkemungkinan telah singgah di kasawan Kudat (dan kepulauan sekitarnya lantas menemui suku kaum yang pertama) lalu menelusuri pantai sekitar Kota Belud dan mendarat di antara kawasan Kota Belud,Tuaran atau Kota Kinabalu (nama hari ini) lantas singgah naik ke daratan dan ketemu pula dengan suku kaum kedua iaitu suku Dusun.

Ini membawa makna,tidak ada istilah siapa suku kaum Kelas Pertama di Sabah seperti yang diviralkan di laman-laman sosial hari ini.
Zaman Penjajahan Bangsa Eropah terjadi di ruangan terkemudian berbanding dengan sejarah pemerintahan Kerajaan Brunei Lama.
Ada banyak fakta di dalam sejarah Brunei Lama ini untuk dikupaskan tetapi biarlah hanya kita mengambil panduan dahulu kepada beberapa asbab hasil rentetan yang pernah di sebut di masa pemerintahan kerajaan ini di Kepulauan Borneo Utara.


Terdapat satu isu di dalam tulisan-tulisan pengkaji sejarah yang pernah dibaca sebelum ini iaitu mengenai sebutan suku kaum yang menetap di tanah darat Borneo Utara ini yang di panggil Orang Ulu.Jelas sekali ia nyatakan bahawa penemuan itu di sekitar daratan,lereng dan lembah dengan cerminan suku dusun ulu.
Lagi pula,ada tulisan yang menyebut wujudnya perbalahan dan isu ufti (sewa) di antara Brunei Lama dan Kerajaan Sulu sehingga terkait pula dengan zaman penjajahan bangsa Eropah di tahun-tahun berikutnya.(Tak perlu mengulas lebih lanjut isu ini kerana ianya terlalu spesifik dan dalam).
Cukuplah sekadar semua tulisan di atas sebagai bayangan akan kedudukan istilah Orang Asal Sabah,kronologi dan rentetan sejarahnya tanpa mengaitkan isu ini kepada politik hari ini.
Lalu,cuba ajak pemikiran kita pula apabila menyebut tentang Kerajaan Brunei Lama ini yang mana kita melihat sendiri wujudnya suku kaum Brunei (Berunai) dan Kedayan di persisir sebelah Pendalaman Bawah dan di kawasan Tuaran dan Putatan.

Malah suku ini juga melata kehidupannya beranak pinak di kawasan Kudat dan hampir di seluruh negeri Sabah ini.
Jelas sekali,kependudukan suku kaum ini terbahagi kepada tiga kawasan iaitu suku Berunai/Kedayan sebagai Orang Asal dari Kerajaan Brunei Lama,suku kaum dusun (serta/termasuk etnik Murut/Rungus/sungai dan sebagainya) suku kaum Bajau itu sendiri.

Tidak timbul sebenarnya persoalan suku manakah yang dahulu berpendudukan di Sabah ini kerana ianya sebuah pulau yang besar (benua) sudah pasti menjadi tumpuan dari banyak suku etnik luar yang datang dari pelbagai arah.

Kembali kepada Perjuangan Memartabatkan Hak-Hak Orang Asal Sabah itu,tampak lebih berhasil sekiranya pada hari ini kita mementingkan hak pemilikan kad pengenalan dan sijil lahir sah yang dikeluarkan oleh kerajaan.



Sijil Lahir berbentuk sekeping kertas putih agak tebal berukuran kecil hitam putih,mempunyai angka bilangan (Serial No.) hanya 3 angka seperti contoh : Serial No. 123/69 dengan bahasa Inggeris adalah Surat Beranak/Sijil Lahir,adalah dokumen diri Orang Asal Sabah paling diiktiraf dan disahkan tulin (original) manakala kad pengenalannya pula berwarna biru putih berbalut plastik kenyal (bagi penduduk asal Sabah dimulakan dengan huruf H diikuti dengan tujuh nombor bilangan berikutnya setelah kad pengenalan Sabah yang pertama dikeluarkan untuk Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Datu Harun.(Huruf H itu membawa erti Sabah).


“Mengikut Ordinan Tafsiran Definisi Anak Negeri, semua Orang Asal adalah Anak Negeri tetapi tidak semua anak negeri itu adalah Orang Asal.”

Kita sedia maklum bahawa sejak akhir-akhir ini,kad pengenalan Sabah-Malaysia sering di ciplak untuk kegunaan warga asing yang ingin menetap di Sabah.





Bukan sahaja di ciplak malahan evolusi kad pengenalan kita ini boleh pula dimiliki oleh bangsa-bangsa asing yang lain samada dengan cara pembelian,pengaturan dalaman,sokongan politik,guna kad pengenalan orang yang hilang/mati dan sebagainya.


Disinilah terbitnya sebuah isu kompleks yang bercelaru dalam usaha mengesan mana satu penduduk asal yang original dan mana satu yang diistilahkan sebagai suku penghijrah dari luar.

Tahun lepas, DSP Madius Tangau memberi kenyataan bahawa kerajaan Negeri Sabah tidak perlu tergesa-gesa meminda Ordinan Tafsiran (Definisi OAS) walaupun berdepan dengan desakan.

Kita faham bahawa isu ini sudah lama menjadi duri dalam daging segenap masyarakat Sabah, terutama 'Original Sabahan'. Namun persoalannya, sampai bila kita perlu tuntaskan permasalahan ini ?

Wajarkah setiap pejuang Hak OAS itu di halang,di tangkap dan di hukum ?
Wajarkah Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) itu dinaik samatarafkan dengan OAS ?


(BERSAMBUNG KE EPISOD KE-2 NANTI)

Saturday, May 16, 2020

SEMAK SEMULA KADAR TAMBANG BAS : RAIME  

 Raime Unggi  

TENOM : Kerajaan disaran menyemak semula kadar kos tambang industri pengangkutan awam terutamanya pengusaha bas di Sabah.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Hj.Raime Unggi berkata industri pengangkutan awam antara industri yang menerima kesan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Katanya, perkhidmatan bas terutamanya di Sabah sejak PKP dilaksanakan telah terhenti dan sumber pendapatan pengusaha-pengusaha bas tidak menentu hingga mengalami kerugian.


"Menyedari permasalahan yang terpaksa dihadapi oleh industri perkhidmatan awam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Pelancong/Persiaran, bantuan kepada pemandu e-hailing dan pemandu teksi dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

"Bagaimanapun, tidak semua permohonan itu diluluskan dan ada yang masih lagi belum menerima bantuan daripada pihak kerajaan.

"Saya difahamkan penurunan jumlah penumpang bas sebanyak 40-50 peratus mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan telah menjejaskan lagi pendapatan mereka," katanya ketika dihubungi, kelmarin.


Hj.Raime yang juga mantan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah berkata keadaan ini telah memaksa pengusaha bas menaikkan kos tambang kerana tidak mempunyai pilihan lain.

"Jika tidak mereka akan mengalami kerugian akibat terpaksa menanggung kos-kos operasi seperti kerosakan, insuran, penyelenggaraan kenderaan dan operasi dihadkan.

"Saya mencadangkan kerajaan meneliti semula keputusan terbaru itu dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan memberikan sedikit kelonggaran peningkatan kadar kos tambang industri pengangkutan awam terutamanya pengusaha bas di Sabah," katanya.


Beliau menggesa supaya pihak kerajaan mengambil perhatian masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha bas dan mencari kaedah yang terbaik 'menang-menang' di antara kedua-dua pihak.

"Masyarakat juga harus bekerjasama dengan mematuhi segala SOP yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha kerajaan memutuskan wabak pandemik COVID-19," katanya.