Monday, May 18, 2020

PERJUANGAN HAK ORANG ASAL SABAH  
Bukan sekadar retorik tapi kronologi dinamika (EPISOD 1)  
Oleh Editor


Ianya sebuah perjalanan yang bukan baharu kerana ia memiliki bentuk dinamika dalam satu kronologi yang bukan sekadar sebuah replika buatan orang luar.

Kisah memartabatkan maruah serumpun bangsa di tanahair sendiri sering menerima berbagai dugaan dan halangan lebih-lebih lagi apabila berlakunya permainan minda dalam usaha mempalagiat fakta sebenar.

Ramai yang membuat rujukan hanya kepada satu petikan yang dibukukan oleh bangsa Eropah ketika mula-mula menjejakkan kaki ke tanah kepulauan Borneo Utara ini seperti salah satunya ialah pada petikan tatkala para penjajah ini menemui suku Bajau Suluk dan Simunul yang hidup di kawasan persisiran pantai.


Ramai yang terlupa kepada petikan seterusnya (atau sengaja dilupakan) yang mana apabila bangsa Eropah ini mula meneroka di daratan jauh dari pesisir pantai di mana mereka menemui pula suku bangsa yang lain berbanding di kawasan pantai iaitu suku dusun (orang dusun) di perbukitan dan lembah daratan.

Kedua-duanya adalah fakta sejarah yang disebutkan dalam nota tinggalan bangsa Eropah yang mula-mula sekali menjejakkan kaki ke Borneo Utara ini.

Selain daripada itu,kita turut disajikan dengan impak sejarah dari Kesultanan Brunei Lama di mana kronologi sejarah awal Borneo Utara ini (Sabah) juga termaktub di dalam banyak tulisan-tulisan pengkaji sejarah zaman lama.


Pasti anda bingung bukan apabila cuba untuk melipat tiga (3) fakta sejarah ini di dalam satu (1) lipatan yang merangkumi semuanya.

Benar....Bangsa Bajau Suluk dan Simunul itu ditemui di pesisir pantai Sabah.
Benar....Bangsa Dusun itu di temui di lereng-lereng bukit dan dataran lembah.
Benar....Borneo Utara ini dahulunya adalah milik Kerajaan Brunei Lama.

Kalau mahu di kupas satu persatu,ia pasti panjang berjela-jela sehingga memaksa kita untuk membuka banyak lembaran sejarah yang pasti sangat-sangat membingungkan.

Ramai yang berpegang kepada ketetapan tulisan pertama sang penjajah Eropah itu yakni “suku pertama ditemui di pesisir pantai Sabah” sehingga berkeyakinan bahawa suku kaum itulah penduduk asal yang dimaksudkan.


Isu ini lebih panas lagi bila dijadikan mainan politik dalam usaha meraih undi sehingga sanggup mencemarkan identiti bangsa sendiri dan mengangkat pula suku bangsa lain,semata-mata berpegang kepada ‘nota tulisan pertama bangsa Eropah yang mendarat di Sabah’ itu,lalu mendabik dada mengatakan apa yang dinyatakan olehnya itu adalah benar belaka.
Cuba kita fikirkan secara logik dan rasional iaitu dengan membayangkan gambaran pada saat bangsa penjajah Eropah itu tiba ke pantai Sabah suatu ketika dahulu.
Rasionalnya,bangsa Eropah itu tentu sekali menemui pantai Sabah ini melalui perjalanan laut dari Kepulauan Palawan di Selat Balabac atau dari arah pantai Timur Sabah kerana itu mereka menemui suku pertama ini di pesisiran pantai antara Pulau Bangi,Kudat hinggalah ke kawasan sepanjang perairan Sandakan.
Tetapi lebih logik lagi sekiranya kita tetapkan bahawa bangsa Eropah ini berkemungkinan telah singgah di kasawan Kudat (dan kepulauan sekitarnya lantas menemui suku kaum yang pertama) lalu menelusuri pantai sekitar Kota Belud dan mendarat di antara kawasan Kota Belud,Tuaran atau Kota Kinabalu (nama hari ini) lantas singgah naik ke daratan dan ketemu pula dengan suku kaum kedua iaitu suku Dusun.

Ini membawa makna,tidak ada istilah siapa suku kaum Kelas Pertama di Sabah seperti yang diviralkan di laman-laman sosial hari ini.
Zaman Penjajahan Bangsa Eropah terjadi di ruangan terkemudian berbanding dengan sejarah pemerintahan Kerajaan Brunei Lama.
Ada banyak fakta di dalam sejarah Brunei Lama ini untuk dikupaskan tetapi biarlah hanya kita mengambil panduan dahulu kepada beberapa asbab hasil rentetan yang pernah di sebut di masa pemerintahan kerajaan ini di Kepulauan Borneo Utara.


Terdapat satu isu di dalam tulisan-tulisan pengkaji sejarah yang pernah dibaca sebelum ini iaitu mengenai sebutan suku kaum yang menetap di tanah darat Borneo Utara ini yang di panggil Orang Ulu.Jelas sekali ia nyatakan bahawa penemuan itu di sekitar daratan,lereng dan lembah dengan cerminan suku dusun ulu.
Lagi pula,ada tulisan yang menyebut wujudnya perbalahan dan isu ufti (sewa) di antara Brunei Lama dan Kerajaan Sulu sehingga terkait pula dengan zaman penjajahan bangsa Eropah di tahun-tahun berikutnya.(Tak perlu mengulas lebih lanjut isu ini kerana ianya terlalu spesifik dan dalam).
Cukuplah sekadar semua tulisan di atas sebagai bayangan akan kedudukan istilah Orang Asal Sabah,kronologi dan rentetan sejarahnya tanpa mengaitkan isu ini kepada politik hari ini.
Lalu,cuba ajak pemikiran kita pula apabila menyebut tentang Kerajaan Brunei Lama ini yang mana kita melihat sendiri wujudnya suku kaum Brunei (Berunai) dan Kedayan di persisir sebelah Pendalaman Bawah dan di kawasan Tuaran dan Putatan.

Malah suku ini juga melata kehidupannya beranak pinak di kawasan Kudat dan hampir di seluruh negeri Sabah ini.
Jelas sekali,kependudukan suku kaum ini terbahagi kepada tiga kawasan iaitu suku Berunai/Kedayan sebagai Orang Asal dari Kerajaan Brunei Lama,suku kaum dusun (serta/termasuk etnik Murut/Rungus/sungai dan sebagainya) suku kaum Bajau itu sendiri.

Tidak timbul sebenarnya persoalan suku manakah yang dahulu berpendudukan di Sabah ini kerana ianya sebuah pulau yang besar (benua) sudah pasti menjadi tumpuan dari banyak suku etnik luar yang datang dari pelbagai arah.

Kembali kepada Perjuangan Memartabatkan Hak-Hak Orang Asal Sabah itu,tampak lebih berhasil sekiranya pada hari ini kita mementingkan hak pemilikan kad pengenalan dan sijil lahir sah yang dikeluarkan oleh kerajaan.



Sijil Lahir berbentuk sekeping kertas putih agak tebal berukuran kecil hitam putih,mempunyai angka bilangan (Serial No.) hanya 3 angka seperti contoh : Serial No. 123/69 dengan bahasa Inggeris adalah Surat Beranak/Sijil Lahir,adalah dokumen diri Orang Asal Sabah paling diiktiraf dan disahkan tulin (original) manakala kad pengenalannya pula berwarna biru putih berbalut plastik kenyal (bagi penduduk asal Sabah dimulakan dengan huruf H diikuti dengan tujuh nombor bilangan berikutnya setelah kad pengenalan Sabah yang pertama dikeluarkan untuk Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Datu Harun.(Huruf H itu membawa erti Sabah).


“Mengikut Ordinan Tafsiran Definisi Anak Negeri, semua Orang Asal adalah Anak Negeri tetapi tidak semua anak negeri itu adalah Orang Asal.”

Kita sedia maklum bahawa sejak akhir-akhir ini,kad pengenalan Sabah-Malaysia sering di ciplak untuk kegunaan warga asing yang ingin menetap di Sabah.





Bukan sahaja di ciplak malahan evolusi kad pengenalan kita ini boleh pula dimiliki oleh bangsa-bangsa asing yang lain samada dengan cara pembelian,pengaturan dalaman,sokongan politik,guna kad pengenalan orang yang hilang/mati dan sebagainya.


Disinilah terbitnya sebuah isu kompleks yang bercelaru dalam usaha mengesan mana satu penduduk asal yang original dan mana satu yang diistilahkan sebagai suku penghijrah dari luar.

Tahun lepas, DSP Madius Tangau memberi kenyataan bahawa kerajaan Negeri Sabah tidak perlu tergesa-gesa meminda Ordinan Tafsiran (Definisi OAS) walaupun berdepan dengan desakan.

Kita faham bahawa isu ini sudah lama menjadi duri dalam daging segenap masyarakat Sabah, terutama 'Original Sabahan'. Namun persoalannya, sampai bila kita perlu tuntaskan permasalahan ini ?

Wajarkah setiap pejuang Hak OAS itu di halang,di tangkap dan di hukum ?
Wajarkah Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) itu dinaik samatarafkan dengan OAS ?


(BERSAMBUNG KE EPISOD KE-2 NANTI)

No comments:

Post a Comment