FAILKAN SAMAN TERHADAP
BEBERAPA INDIVIDU SELEPAS 10 MEI : VERDON
KOTA KINABALU : Tarik balik
laporan polis dalam masa 7 hari bermula hari ini (4hb Mei 2020) sebelum barisan
peguam saya memfailkan saman fitnah.
Itu ulasan di akhir
perbualan Wartawan Sabah_OnlineNEWS
bersama usahawan terkemuka Sabah,Dato’ Verdon Bahanda ketika dihubungi berikutan
tularnya rakaman video beliau yang menjelaskan kedudukan sebenar maksud status
di laman sosial (facebook) miliknya sendiri.
Status FB tersebut yang
berbunyi “ROHINGYA BARU TUNTUT NAK JADI
WARGANEGARA,ORANG SEMENANJUNG DAH KALUT..KAMI YANG ORANG ASAL SABAH DIPERINTAH PTI
PUN RELAX SAJA.. /mengundang
kontroversi apabila ramai pihak mempertikaikan posting berkenaan sebagai merujuk kepada pentadbiran kerajaan
negeri Sabah.
Malah,laporan polis yang di
buat oleh beberapa individu berhubung isu ini juga menunjukkan bahawa status FB
Verdon Bahanda itu seolah-olah mendatangkan aib kepada YAB Ketua Menteri,selain
di dakwa meniupkan sentimen perkauman.
“Dalam video saya (Penjelasan
1) berdurasi 13:14 minit hari ini,saya jelaskan secara terperinci berkenaan
dengan maksud ayat atau status di FB saya bertarikh 24 April 2020 (jam 15:11
petang) yang sebenarnya sudah disalahertikan oleh pihak-pihak tertentu tanpa
memahami maksud sebenar ayat berkenaan lalu dijadikan isu kontroversi di laman sosial.
Sila ikuti pautan ini dan klik: https://youtu.be/QtyrThneu2w
Sila ikuti pautan ini dan klik: https://youtu.be/QtyrThneu2w
Pada awal ayat status saya
itu ada menyebut Rohingya (bagi menunjukkan
apa yang berlaku di semenanjung)
manakala ayat berikutnya adalah ‘Kami Yang
Orang Asal Sabah’ adalah merujuk kepada situasi kita di Sabah.
Anda boleh menonton video
tersebut dan fahami betul-betul penjelasan saya tentang,apa sebenarnya maksud posting
yang saya muat naik pada 24 Aril lalu,” jelas Verdon.
Wartawan Sabah_OnlineNEWS turut difahamkan bahawa barisan guaman
Verdon Bahanda akan memulakan proses memfailkan saman terhadap beberapa orang
individu yang terlibat membuat laporan polis berhubung dengan isu kontroversi ini
di antara tarikh 24 April hingga 4 Mei 2020.
“Kita sudah membuat ‘screenshot’
semua yang berkaitan dalam isu ini sejak 24 April lepas....
Semua komen-komen netizen
hasil dari apa yang diposkan oleh individu tertentu samada status gambar
laporan polis ataupun keratan status Verdon Bahanda yang mengundang untuk netizen
membuat komen-komen...Semuanya sudah dikumpulkan (komen berbaur negatif).
Kita akan terus memantau
setiap komen atau posting netizen berhubung isu ini untuk difailkan bersama
sebagai bahan bukti,” ujarnya lagi.
Dari sumber yang boleh
dipercayai,lebih dari 10 laporan polis telah di buat ke atas Verdon Bahanda
yang khabarnya dilaporkan di beberapa daerah seperti Kota
Belud,Semporna,Papar,Kota Kinabalu dan beberapa lokasi lain.
“Ini soal maruah dan
prinsip...Saya sudah mengadakan perbincangan beberapa kali dengan barisan
peguam-peguam saya dan mengambil keputusan untuk memfailkan saman fitnah
terhadap individu-individu yang terlibat tetapi atas dasar kemanusiaan,kami
memberikan tempoh selama 7 hari
untuk mereka menarik balik laporan polis yang telah mereka buat dan tempoh berkenaan bermula hari ini 4hb
Mei 2020 dan akan berakhir pada 10 Mei depan,” katanya lagi.
“Kami serius dengan perkara
ini dan bukan setakat main-main....Saya sanggup turun naik mahkamah walaupun 10-20
tahun semata-mata untuk menegakkan kebenaran sekaligus mempertahankan prinsip
dan maruah saya.
Perlu di ingat,saya memuat
naik status berkenaan pada 24 April lalu tanpa menyebut nama individu,nama
parti atau kaum di Sabah......Adakah perkataan PTI itu (Pendatang Asing Tanpa
Izin) merujuk kepada suku kaum kita di Sabah ?
Jika jawapan anda
TIDAK...Maka,benarlah laporan polis yang sudah di buat oleh individu-individu
tertentu itu menunjukkan bahawa mereka terkesan dengan istilah PTI dan
sekaligus bermakna mereka itu ‘melindungi’ PTI,” ujar Verdon lagi.
Verdon turut menyifatkan
bahawa tindakan individu-individu yang membuat laporan polis terhadapnya itu
cukup jelas menunjukkan bahawa mereka memfitnah diri beliau,membuat penghinaan
dan cuba untuk memburukkan reputasi beliau.
“Status yang saya muat naik
itu tidak sekali-kali mengaitkan dengan suku kaum kita di Sabah,jadi dari sudut
manakah tuduhan ‘rasis’ itu datang ?
Ini semua (laporan polis
yang di buat) adalah tuduhan melulu yang kononnya saya telah mengaibkan
kerajaan yang ada pada hari ini terutamanya YAB Ketua Menteri serta barisan
pemimpin-pemimpin negeri yang lain.
Mereka seolah-olah mendakwa
bahawa saya adalah rakyat yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati
pemimpin-pemimpin kita di negeri ini.
Saya tidak edit posting 24
April itu dan masih ada di akaun facebook saya untuk anda semua lihat dan
baca..Saya tidak padam kan supaya anda sendiri saksikan adakah posting itu
menyebut nama seseorang,parti dan pentadbiran kerajaan ataupun tidak dan anda
boleh mendengar sendiri rakaman penjelasan saya berhubung isu ini di FB saya
sendiri untuk anda menilai.
Jika benar posting itu
tertulis nama individu,suku kaum kita atau nama parti ataupun pentadbiran
kerajaan sekalipun,saya sedia untuk di ambil tindakan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment