KEMBALIKAN NAJIB RAZAK PULIHKAN MALAYSIA
Hj.Fadli Hj.Juanas,Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM)
Fadli Juanas |
Rakyat Malaysia semakin menerima dan mempercayai kembali keupayaan
negarawan Dato' Seri Najib Razak. Ianya cukup berbeza sebelumnya di mana
sebelum ini rakyat telah disajikan
dengan momokan dan hamburan fitnah yang cukup dahsyat.
Namun, hari demi hari terbongkarlah satu persatu kebenaran berada di pihak
bekas Perdana Menteri ke 6 itu.
Pengalaman dan keupayaan beliau telah terbukti terutamanya di dalam
bidang ekonomi kerana sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negara
pada tahun 2009, KDNK negara telah meningkat naik daripada -1.5% kepada 7.4%
pada masa yang sama,defisit negara telah menurun daripada 6.7% kepada hanya
5.4%.
Malah pelaburan jangka masa panjang oleh GLC-GLC milik kerajaan
semakin berkembang positif, berbanding sebelum beliau menerajui negara YANG mana
banyak pelaburan di industri utama negara
di monopoli oleh kroni-kroni yang sekian lama bersarang di lubuk emas
hasil negara.
Persoalannya bagaimanakah
keadaan negara kita pada masa hadapan?
Adakah kita masih mampu berhadapan dengan kemelesetan ekonomi dunia
dan bagaimanakah kita menanganinya pada kali inI seta sejauh manakah kepimpinan
pada hari ini mampu bertahan dan berkeupayaan mengembangkan ekonomi.
Mungkin tidak keterlaluan untuk kami mengatakan sumber aset negara
yang kita guna pada hari ini sebahagiaan besarnya adalah hasil daripada
kebijaksanaan kepimpinan Dato' Sri Najib Razak pada suatu ketika dahulu.
Najib Razak |
Atas dasar inilah, kami GENERASI
ANAK MALAYSIA (GAM) cukup optimis dan berkeyakinan bahawa Dato' Sri Najib
Razak adalah watak penting buat rakyat demi masa depan negara.
Sekali lagi, Genarasi Anak Malaysia menaruh harapan agar Bossku
kembali semula untuk mentadbir negara Malaysia yang tercinta.
Hj Fadli Hj Juanas
Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM).
No comments:
Post a Comment