PORTAL PARTI TERBIT BERITA TAK BERETIKA
Oleh Ir.Jovilis Majami
Ir Jovilis Majami: Sebuah portal milik parti politik saya anggap tidak beretika kerana menyampaikan berita yang mengelirukan netizen
Pertamanya saya memaklumkan bahawa cara Borneo Today menyampaikan berita adalah bias dan tidak beretika.
Menyatakan bahawa Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (DDJK) gagal menunjukkan bukti dan hanya melakukan tuduhan liar terhadap pemimpin WARISAN yang kononnya memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PTI) dalam satu sidang media adalah semata-mata untuk menjatuhkan reputasi DDJK di mata rakyat Sabah.
Borneo Today juga sebenarnya tidak memahami apa kenyataan yang disampaikan oleh DDJK sebelum ini berkenaan dengan rumah setinggan dan bantuan yang diberikan oleh WARISAN sama ada ketika COVID-19 melanda negara mahu pun semasa berlakunya kebakaran.
Apa yang dipertikaikan oleh DDJK sebenarnya ialah tindak tanduk WARISAN yang seolah-oleh mengutamakan kebajikan PTI sejak mereka mengambil alih kerajaan. Umpamanya apabila berlaku kebakaran di setinggan-setinggan maka bantuan kepada mereka ini sampai dengan cepat malahan jabatan pendaftaran juga bergegas datang ke situ untuk mengurus dokumentasi mereka sedangkan umum tahu bahawa ruamh-rumah setinggan ini banyak dihuni atau sinonim dengan penempatan PTI. Ceritanya sama, apabila kita berhadapan dengan COVID-19. Sebaliknya kebakaran ditempat lain contohnya di daerah Matunggung dan Tandek tiada pula jabatan ini datang untuk mengurus segala dokumen pengenalan diri mangsa.
Ya kita akui dan DDJK juga tahu bahawa setinggan ini bukan saja dihuni oleh PTI tetapi ada juga dikalangan orang kita yang tinggal didalamnya namun mungkin ianya boleh dikira dengan jari. Hakikatnya ialah setinggan ini memang dihuni oleh kebanyakan orang PTI. Fakta ini bukan dibuat-buat oleh DDJK, pemimpin-pemimpin STAR Sabah atau pengikut-pengikut STAR Sabah atau Orang Asal Sabah (OAS) tapi atas kajian ilmiah, rekod-rekod daripada penguatkuasa, informasi daripada majilis tempatan, daripada pemimpin-pemimpin politik dan orang ramai.
Untuk lebih jelas lagi disini saya kongsikan bukti-bukti yang tidak dibawa oleh DDJK semasa sidang media siang kelmarin untuk mengesahkan bahawa setinggan ini memang banyak dihuni oleh PTI-PTI, tempat mereka berlindung, tempat mereka bercambah dan macam-macam lagi yang bukannya direka-reka oleh DDJK seorang diri.
a. Kajian Ilmiah
i) Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana Peters & Marja Azlima Omar (2003), Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian dari Sudut Keselamatan, UMS.
ii) Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Douah (2007) Impak Kehadiran Pendatang Flllpina Di Kampung-Kampung Air: Satu Tinjauan Di Sabah, UMS.
iii) Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah (2008), Isu-Isu Keselamatan Sabah Dan Impak Kepada Malaysia, Ums.
iv) Mohamed Bin Ismail (2005), Setinggan Dan Permasalahannya Serta Penyelesaian Ke Arah Setinggan Sifar, UTM.
b. Sidang Parlimen 2002 (M/S 15&16) – Pertanyaan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di Parlimen.
Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Sipitang. Tadi Yang Berhormat menyatakan tentang apakah sebenarnya tujuan operasi Ops Nyah Bersepadu ini, adakah untuk menangkap pendatang tanpa izin atau semata-mata merobohkan rumah-rumah setinggan. Dalam laporan akhbar pada 5 Mac yang lepas, dilaporkan bahawa pasukan operasi ini telah merobohkan 3,245 rumah setinggan, sedangkan bilangan pendatang tanpa izin yang ditangkap cumalah 2,074 orang. Jadi, siapakah punya rumah yang seribu lebih itu, adakah ini rumah setinggan tempatan ataupun setinggan pendatang tanpa dengan izin? Dan adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa ini membuktikan terdapat masalah bagi pihak kerajaan untuk membezakan di manakah yang dikatakan pendatang tanpa izin dan di manakah yang dikatakan setinggan tempatan? Terima kasih.
c. Berita-berita akhbar
i)https://www.sabahnewstoday.com/op-mega-3-0-3309-pti-dan-44-majikan-ditangkap-setakat-ini-di-sabah/
ii)https://sabahkini2.com/en/news/2346/selepas-30-setinggan-kini-90-kampung-diwartakan-di-kawasan-hutan-simpan-kata-menteri-upko-/view
iii)https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20170325/281492161146054
iv) https://www.bharian.com.my/node/66002
Untuk makluman Borneo Today semua bahan-bahan yang saya sertakan di atas dengan jelas menyatakan bahawa rumah-rumah setinggan itu memang dihuni oleh PTI-PTI maka itu di lain masa tidak perlu lagi bertanya untuk meminta bukti kepada orang yang mempersoalkan atau meragui apabila setinggan-setinggan ini dibela oleh kerajaan melebihi kawasan lain yang diduduki 100% orang asal Sabah.
Saya juga melihat bahawa apa yang disampaikan oleh Borneo Today dalam berita mereka ini adalah satu percubaan untuk menaikkan imej kerajaan Warisan dengan menjatuhkan populariti DDJK. Ketika angin bertiup kencang bahawa ramai ADUN kerajaan WARISAN meninggalkan parti tersebut untuk menyokong pembangkang Sabah sehingga boleh mennggugat kedudukan mereka sebagai kerajaan maka berita-berita sebegini sengaja direka untuk menaikan imej Warisan agar ADUN-ADUN ini tidak meninggalkan mereka.
Selain itu juga, kunci kepada kekuatan Warisan ialah melemahkan STAR Sabah yang diterajui oleh DDJK. Bermula selepas PRU14 STAR Sabah adalah satu-satunya parti yang paling banyak menerima borang permohonan keahlian daripada rakyat disebabkan oleh perjuangan DDJK yang jelas, memperjuangkan nasib dan mengambalikan hak Orang Asal Sabah. Oleh itu, apabila Borneo Today menyiarkan berita yang menampakkan kekhilafan kenyataan-kenyataan DDJK sebelum ini maka sokongan rakyat akan kembali kepada Warisan.
Namun, saya percaya dan cukup yakin bahawa rakyat Sabah pandai menilai halatuju perjuangan sesebuah parti itu. Daripada cari begaimana Kerajaan Sabah melayani setinggan-setinggan ini sudah menampakan kearah mana perjuangan mereka. Borneo Today tidak perlu meminta bukti daripada DDJK kerana bukti itu ada pada kajian-kajian ilmiah, terpampang didada-dada akhbar dan sebagainya. Sabaiknya minta informasi daripada mereka dan dedahkan perkara yang masih tersembunyi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Ir. Jovilis Majami
27 Mei 2020
No comments:
Post a Comment