PERJUANGAN HAK ORANG ASAL SABAH Part 2
Oleh Sam Hj.Othman
Gambar Sebahagian dari Pejuang OAS |
Dalam episod pertama berkenaan isu ini,saya sudah perjelaskan status sebenar Orang Asal Sabah (OAS) secara basic dan mudah difahami oleh masyarakat kita hari ini.
Pada saat Sabah Tanahairku
memerlukan lahirnya pejuang-pejuang tulin yang konsisten untuk terus berpegang
kepada prinsip dasar/intipati Hak OAS tersebut,telah berbagai cara dicipta bagi
memperkukuhkan semangat yang ada supaya tidak luntur dari hari ke hari.
Melihat kepada pembinaan
sebuah batalion siber yang
menggelarkan kumpulan mereka sebagai SSKM (Sabah Sarawak Keluar Malaysia)
adalah sesuatu yang di anggap sebagai perjuangan sia-sia dan dungu.
Pada asalnya,SSKM ini di
lihat berkeinginan untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Persekutuan
Malaysia tetapi kemudiannya beralih angin sedikit dengan menyelitkan isu
tuntutan hak-hak OAS dan kemerdekaan sendiri,lalu kembali semula meniupkan
sentimen ‘keluar dari Malaysia’ yang sungguh membosankan apabila pengikutnya
terus-terusan dihidangkan janji manis demi janji manis,sedang hasilnya tidak
ada malah di anggap pula sebagai mimpi kosong semata.
Hasrat membawa Sabah dan
Sarawak keluar dari Malaysia adalah sesuatu yang sangat di luar kebiasaan dan ekstrem malah,hari ini lebih 80 peratus dari
rakyat Sabah/Sarawak itu TIDAK pernah bersetuju dengan perjuangan tersebut
kerana ianya hanya akan menimbulkan perpecahan dan isu perkauman serta tindakan
undang-undang.
Cukuplah saya kira jika
memperjuangkan Sabah atau Sarawak itu diiktiraf sebagai salah sebuah wilayah
dari tiga (3) iaitu Wilayah Sabah,Wilayah Sarawak dan Sememanjung Malaysia bagi
mewakili Tanah Semenanjung kerana hakikinya,rakyat Sabah dan Sarawak begitu
selesa untuk bersama-sama dalam rumahtangga Persekutuan Malaysia itu sendiri.
Perjuangan SSKM dari masa
ke semasa ditinggalkan oleh para pengikutnya dan hari ini,Cuma sekerat
pihak-pihak tertentu sahaja yang masih menebal sikap dan
sifat....Ironiknya,dengar khabar struktur ‘pentadbiran’ SSKM ini berpusat di
London,kerajaan British yang pernah menjajah kita dan pernah juga memberikan
kemerdekaan kepada kita.
Perkara menganugerahkan
sistem kemerdekaan itu sudah selesai dan British tidak lagi mempunyai hak
mutlak ke atas kita di Sabah,di Sarawak mahupun di Tanah Semenanjung kerana
kita sudah dibebaskan dari penjajahan mereka serta sudah miliki Deklarasi
Kemerdekaan Persekutuan Malaysia.
Gambar Arkib |
Rakyat hari ini tidak lagi
berfikir dengan corak pemikiran lama yang kelihatan agak fanatik dan ekstrem
kerana rakyat hari ini sudah di anggap sebagai Sang Algojo yakni,penentu hukuman
dan penjatuh hukum yang tegar dan sukar ditumpaskan walaupun di buru dengan
anasir-anasir berhaluan kiri yang negatif apatah lagi dalam soal politik
semasa.
Apa yang rakyat Sabah
mahukan hari ini ialah perjuangan sebenar yang menitikberatkan soal masa depan
keturunan dan anak cucu-cicit Orang Asal Sabah itu dari di jajah lagi dalam
versi baharu.
Dunia hari ini sudah
menjauhi medan tempur jika mahu merampas sesebuah negara sebagai tanah jajahan
sepertimana yang berlaku di zaman perang dahulu....
penjajahan versi baharu-Gambar hiasan |
Dunia hari ini,sudah punya pendekatan penjajahan versi baharu dengan sewenangnya membentuk sentimen samada ianya dalam bentuk budaya,seni,ruang digital,ideologi dan banyak cara lain lagi.
Kita tidak sedar bahawa
dalam diam,kita terjajah minda atau taksud kepada suatu budaya luar yang boleh
menyesatkan dalam usaha ‘penjajah’ itu menguasai persada dunia.
Maka itu,saya lebih gemar
memerhati dan meninjau perjuangan OAS di Sabah sambil menelusuri tatacara
Sarawak mengawal selia permintaan yang ada kepada Kerajaan Persekutuan.
Kita tidak seharusnya
menciplak tatacara Sarawak yang sudah memperolehi apa yang mereka kehendaki
kerana struktur negeri kita berbeda,cara tadbir kita berbeda dan geologisme
kita juga berbeda.
Saya merasa terkesan dan
sedih bila sahaja Sarawak berjaya mendapatkan sesuatu tuntutan,ada pihak
tetentu di Sabah melenting dan saling salah menyalahkan pemimpin-pemimpin tempatan
yang ada,sehingga saya terfikir bahawa inikah budaya kita di Sabah (yang
sebenarnya meruntuhkan martabat kita yang sedia ada).
Isu-isu di luar kotak
politik,dipolitikkan demi nafsu serakah dan kepuasan hati sendiri tanpa
menyedari betapa bodohnya mereka di mata rakyat.
PERJUANGAN OAS TIDAK PERNAH TERHENTI
Di episod pertama saya
pernah menyebut beberapa nama pejuang asal OAS,tuntutan hak,MA63 dan yang
berkaitan dengannya sejak dua tahun lepas.
(Rujuk Link Episod I)
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8913730246991964372#editor/target=post;postID=4710028907444353571;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=2;src=postname
Pada hari ini,masih ada
lagi kelahiran pejuang-pejuang hak OAS bagi menggandingi pejuang-pejuang yang sedia
ada yang tentu sekali diketuai oleh Datuk Dr.Jeffrey Kitingan sendiri,yang
terganding bersama-sama pejuang lain seperti Datuk wilfred Bumburing,DSP Yong
Teck Lee,Datuk Henrynus Amin,DSP Anifah dan ramai lagi.
Hari ini,muncul lagi suatu
wajah baharu yang ingin saya ketengahkan kepada anda iaitu kelibat Dato’ Verdon
Bahanda (DVB) di era tahun 2020 ini,yang begitu lantang bersuara dalm isu
mempertahankan hak-hak OAS samada di MedSos ataupun secara terbuka.
Membaca tulisan,komentar
dan video penerangannya mengenai isu mempertahankan hak-hak OAS ini,telah
berjaya menggamit perhatian rakyat Sabah sehingga ada netizen beranggapan
bahawa beliau adalah seorang ahli politik Sabahan.
Sequiemic dari
fikiran netizen itu sebenarnya jauh meleset kerana dari siasatan pihak kami
mendapati bahawa DVB bukanlah seorang yang aktif dalam politik semasa di Sabah
malah bukan juga seorang yang berpartisan.
Benar...Beliau pernah di
dalam UMNO tetapi tidak punya peranan dalam urustadbir parti keramat itu....
Benar juga beliau pernah
bersama UPKO (lama) tetapi jawatan Bendahari Agung itu belum pernah menguji
apa-apa peranannya di dalam urus tadbir parti.
Beliau lebih tertonjol
sebagai seorang usahawan,sebagai aktivis masyarakat dan seorang pencinta sukan
sehingga mampu membina sebuah padang sintetik di Matunggong.
Rakyat Matunggong sinonim
dengan nama DVB kerana beliau dikenali sebagai Ikon Masyarakat atau Ikon
Komuniti atas jasa-jasa beliau melalui Yayasan VB dan syarikat-syarikatnya
terhadap masyarakat setempat.
Ketika ini,beliau mula
dikenali sebagai salah seorang pejuang OAS dengan bersolidariti bersama-sama
dengan rakan dan taulan serta badan-badan pejuang OAS yang ada di Sabah.
Melalui komentar yang
sering tertera di laman sosial,saya melihat DVB lebih cenderung ke arah kempen ‘Katakan
Tidak Kepada Jenama PATI’ dan sering meniupkan semangat kepentingan hak
pribumi Sabah atau kedudukan Orang Asal Sabah itu sendiri.
Ini yang jelas di mana
perjuangan memartabatkan dan memaruahkan hak-hak OAS itu diperjuangkan dari
sudut atau cara lain dan bukan setakat beriltizam semata-mata kepada perubahan
MA63 atau sebagainya kerana skop yang di pilih oleh DVB lebih fokus kepada akar
umbi OAS itu sendiri dengan kempen boikot jenama PATI,sebagai permulaan.
Senario hala tuju dan visi
yang ditonjolkan oleh DVB ini kelihatan agak berasingan berbanding dengan apa
yang pernah diperhujahkan oleh lain-lain pejuang OAS yang ada,yang lebih
komited mempertaruhkan isu kad pengenalan,sijil lahir,pembangunan infras di
pelusuk perkampungan OAS dan MA63 itu sendiri manakala DVB pula memilih langkah
pertama dengan memulakan perjuangan dari bawah,iaitu pemikiran dan corak
kehidupan OAS tersebut.
Bersambung....
**Episod seterusnya bakal
menyusul...
No comments:
Post a Comment