Sunday, May 10, 2020


HAK OAS,SENI DAN PELANCONGAN  DI PERJUANG SERENTAK  
Dari Meja Editor



Puluhan etnik ada di Sabah.Ratusan unsur seni dan budaya.

Industri Pelancongan bukanlah setakat menyaksi keindahan flora dan fauna,atau destinasi santai,pun bukan sekadar bercuti beriadah di penginapan berbintang hinggalah ke HomeStay dan inapDesa.

Ia amat luas bepengertian kerana industri ini harus punya sinonim unsur seni dan kebudayaan masyarakat setempat.

Kementerian yang berlandaskan tiga unsur ini iaitu pelancongan,kesenian dan kebudayaan diwujudkan samada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri bagi menyelia secara bersama tiga elemen penting ini.

Sektor ini adalah salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di mana kemasukan pelancong ke Malaysia mewujudkan sistem jual beli dari segenap sudut maka,kementerian ini berfungsi dengan berbagai cara untuk ‘menjual’ nama Malaysia bagi tujuan menarik kehadiran pelancong asing ke negara ini (sebelum COVID19).

Suku Kaum Bajau Kota Belud  

Malahan,jika ditelusuri secara mendalam,industri pelancongan ini boleh juga menjadikan keinginan pelabur-pelabur asing berpusu datang untuk menjalankan urus niaga di Malaysia,dek kerana harumnya nama Malaysia itu di persada dunia.

Menarik minat pengunjung luar (secara amnya) perlu menggandingkan tiga elemen di atas iaitu pelancongan,kesenian dan kebudayaan.

Pelancongan membawa makna,destinasi yang membuatkan setiap individu atau kumpulan pengunjung itu ingin kunjungi dan menyaksikan sendiri panorama yang disediakan samada secara binaan ataupun secara semulajadi.

Kesenian dan kebudayaan pula mencerminkan sesuatu yang berkait rapat dengan destinasi yang ingin dikunjungi tersebut serta lokasi-lokasi sekitar yang terdekat.

Kita ambil beberapa contoh yang ada di Sabah saat ini iaitu satu darinya ialah apa yang ada di daerah Kota Belud dan daerah utara negeri Sabah.

Etnik Rungus  

Di kawasan Kadamaian,aliran sungai yang dingin,cetek dan berbatuan itu menggamit rasa untuk dikunjungi apatah lagi suasananya itu berlatarbelakangkan bukit bukau dan Gunung Kinabalu.

sumber foto Kadamaian Tourism  

Di kawasan Nanamun dan Rampayan Laut pula dibarisi dengan pesisir pantai yang putih bersih dan dari hujung ke hujung pasir pula terbina pelbagai chalet dan homestay tepian laut bertemakan kemodenan dan perkampungan suku kaum setempat.

Jika anda pernah singgah ke sana,tentu sekali anda akan terpesona untuk menetap semalam dua di Dedsaan Village atau ke taman tema SplashLand Cabana Retreat (cari di Google ya).

Dedsaan Village Kota Belud

Jika anda ke utara sedikit,anda boleh ke Simpang Mengayau Kudat tetapi sebelum itu,singgah-singgahlah juga di Kilang Sumangkap Gong (pembuat gong terkemuka di Sabah) atau ke Tinanggol yang terkenal dengan industri pembuatan manik suku kaum rungus di Sabah.

Cabana Retreat Kota Belud  

Banyak sebenarnya serlahan seni dan budaya suku kaum (etnik) di Sabah berbanding dari negeri-negeri lain di negara ini dan itulah yang kita maksudkan melalui gabungan tiga elemen secara dasarnya,menyumbang kepada industri pelancongan itu sendiri.


Apakah fungsi pelancongan,seni dan budaya terhadap Orang Asal Sabah (OAS) ?

Dari sudut normaliti,ianya menyumbang terus kepada penggiat-penggiat kepelancongan,kesenian dan kebudayaan setempat malah tidak dinafikan bahawa penggiat-penggiat industri tiga elemen ini adalah orang-orang tempatan atau Orang Asal Sabah (OAS) itu sendiri.

Sebagai contoh,masyarakat Kadazan,Dusun,Murut dan Rungus (KDMR) atau masyarakat Berunai Kedayan termasuklah masyarakat Orang Sungai,Bajau,Iranun dan sebagainya itu adalah TOTAL OAS.

OAS yang diiktiraf sebagai warganegara Malaysia di Sabah dengan memiliki sijil lahir original dan kad pengenalan original (yang bukan di adaptasi dari sebuah dokumen perjalanan asing atau dokumen palagiat/ciplak).

Itulah OAS dan apabila ianya berkecimpung dalam dunia kepelancongan,ia mampu menjana pendapatan sendiri dan pendapatan berkapita samada keluarga atau persatuan atau koperasi.

Jarang sekali kita mendengar industri pelancongan ini dipelopori oleh bangsa asing di Sabah seperti contohnya di bina sendiri oleh Peniaga dari China atau Eropah misalnya,kalau adapun,tentu sekali ianya tetap akan mengaitkan OAS dari sudut lain seperti peluang pekerjaan,penyewaan,jual beli kraftangan mahupun urus niaga gabungan/kerjasama.

OAS sebenar tidak pernah terlepas dari industri ini malahan kita begitu bangga sekali dengan wujudnya beratus-ratus pengusaha homestay,inapDesa dan hotel di Sabah.

sumber foto Kadamaian Tourism  

Kita juga turut berasa bangga dengan wujudnya industri niaga di kalangan OAS bagi menyediakan destinasi atau lokasi riadah yang menarik di setiap pelusuk negeri seperti Taman Arnab,Taman Kolam Ikan Air Tawar,Taman Kucing,Taman Unggas dan bermacam-macam lagi.

Mari kita lihat pada sudut politiknya pula iaitu kepada persoalan atau tohmahan yang sering dilemparkan oleh kalangan individu atau kumpulan tertentu terhadap Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan juga Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS).

Kedua-duanya adalah badan terpenting dalam memastikan industri pelancongan negara,kekal memperuntukkan tiga elemen di atas sebagai pendasar kepada turun naiknya industri ini.

MOTAC dan KePKAS tetap menjalinkan kerjasama yang tidak berbelah bahagi meskipun dari segi politiknya kedua badan ini berbeza fahaman politik.

sumber foto Kadamaian Tourism  

Bukan itu yang di ambil kira dalam menjana sektor ini menjadi terus gemilang tetapi yang di ambil kira ialah kemasukan dana (wang hasil) dalam aliran susun tadbirnya untuk Sabah dan negara secara keseluruhannya.

Sekaligus,keuntungan itu juga berlaba kepada OAS yang terlibat di dalam industri ini sebagai pemain tegar samada secara individu,persatuan pelancongan mahupun pengendali di lokasi.

Bagi negeri Sabah,KePKAS diketuai oleh Datuk Christina Liew manakala di peringkat persekutuan pula,Datuk Dr,Jeffrey G.Kitingan sebagai Timbalan Menteri di kementerian berkenaan.


Kita ambil beberapa persoalan dan tohmahan segelintir pihak tertentu yang mempersoalkan fungsi Dr.Jeffrey yang hanya memegang portfolio Timbalan Menteri di Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia.

Persoalannya,apakah Jeffrey sudah terhalang dari melaksanakan Perjuangan Hak_Hak Orang Asal Sabah,hanya kononnya sudah berada dalam kabinet persekutuan ?

Jawapan asas yang pernah beberapa kali Jeffrey tegaskan kepada persoalan ini iaitu (katanya),lebih senang untuk bersuara apabila kita berada di kalangan ‘keluarga’ persekutuan itu yang secara jelas merupakan laluan mudah untuk terus memperjuangkan hak dan maruah OAS serta negeri Sabah.

Persoalan lain,apakah kalau hanya sekadar Timbalan Menteri,kuasa tidak besar dan terhalang untuk terus menyuarakan ‘Suara OAS dan negeri Sabah’ ?

Ada dua jawapan ringkas yang pernah diucapkan oleh Jeffrey pada temubual kami yang lepas iaitu Pertama,sebagai Timbalan Menteri kepada MOTAC,Jeffrey berperanan besar untuk memfokuskan industri pelancongan,seni dan budaya OAS di Sabah,di peringkat nasional dan juga di persada dunia.



Menteri MOTAC,Dato’ Seri Hjh.Nancy Shukri mengetuai keseluruhan penjanaan sektor pelancongan,seni dan kebudayaan di Malaysia manakala Jeffrey berperanan besar untuk memfokuskan dua negeri di Borneo khususnya Sabah dan Sarawak.

Kedua,Jeffrey adalah seorang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat...
Beliau,seperti Ahli Parlimen yang lain,mempunyai hak untuk bersuara di luar konteks kementerian yang diwakili maka,apabila beliau ingin membicarakan atau menangkis serangan atau menjawab soalan berhubung isu Hak-Hak OAS dan MA63,Jeffrey akan ‘keluar dari kepompong’ Timbalan Menteri dan bersuara pula sebagai seorang AHLI PARLIMEN P180 Keningau Sabah,sepertimana yang dilakukan oleh Jeffrey sebelum ini,yakni AKAN TETAP MEMPERJUANGKAN HAK-HAK OAS & MA63 tersebut.

Bagaimanakah munculnya persoalan ‘mulut Jeffrey terkunci’ tentang perjuangan Hak-Hak Sabah ini kalau bukan kerana sikap negatif,tidak terbuka minda dan berfahaman sarkastik yang cuba ditiupkan oleh pihak-pihak yang memiliki agenda tertentu,sedangkan secara logiknya,parlimen atau Dewan Rakyat itu dikhususkan untuk membicarakan soal urus tadbir negara dan kepentingan rakyat semata ?

salah satu komentar laman sosial  


Di dalam politik,pihak berfahaman negatif dan positif tetap ada......

Cuma terpulang sahaja kepada kita sebagai rakyat atau netizen untuk membuka minda dan berfikir dengan matang untuk menentukan segala hal atau isu berbangkit.

Jeffrey tidak akan membelakangi kehendak Hak-Hak OAS dan negeri Sabah kerana beliau itu terkenal sejak awal karier politiknya sebagai manusia ‘tahan tukul’ dan sukar untuk mengunci mulut dalam bab-bab kenegerian sebegini sehinggakan beliau pernah beberapa kali terseret tindakan undang-undang malah pernah di tahan di bawah Akta ISA hampir tiga tahun dek kerana kekentalan perjuangan politiknya.

Begitu banyak komentar berbaur hanyir dan negatif terlempar kepada Dr.Jeffrey dari dahulu hingga ke hari ini tetapi yang menghairankan (mengikut kajian kami) ialah isu dan motif yang sama sahaja tanpa ada apa-apa yang berubah.

Ada jugalah berubah sedikit tetapi itu di lihat Cuma sebagai tambahan sahaja yakni,selepas Jeffrey berada di dalam kabinet persekutuan.

Isunya – macamana Jeffrey boleh bawa/suarakan isu PTI ke peringkat nasional sedangkan Jeffrey cuma seorang timbalan menteri sahaja dan bukan menteri penuh ?

BACK TO BASIC (jawapan ada tertulis di atas sana)

Ahli-Ahli Yang Berhormat Parlimen Sabah yang telah di lantik ke Kabinet Persekutuan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin,samada menteri penuh ataupun timbalan menteri di pelbagai kementerian,baru pun sehari dua bertugas,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 bermula.



Lalu,bagaimanakah rakyat boleh melihat prestasi kerja mereka untuk di bidas,di cerna dan di hukum sedangkan kerja belum bermula (malah gaji dua bulan lagi di potong) ?

Hanya kita-kita yang minda terbuka dan melihat kepada keadaan yang sebenar sahaja yang mampu untuk mentafsir adakah Ahli-Ahli Parlimen di lantik menteri ini TIDAK BUAT KERJA.

Lucu bila memikirkan betapa ‘isu belum start kerja’ ini ‘ditunggang-terbalikkan’ oleh sesetengah pihak dalam usaha mereka untuk mengaburi mata rakyat agar membenci dan menolak kepimpinan pemimpin yang sedia ada.

Sedangkan pada hakikatnya,mereka belum start bertugas pun kerana kementerian di tutup operasi bagi memberikan laluan kepada PKP.

Hanya kementerian penting yang tertentu sahaja beroperasi,itupun hanya di kalangan pegawai-pegawai atasan sahaja bagi memastikan pentadbiran negara tidak terjejas akibat PKP dan rakyat pula akan terus mendapat perhatian dengan sewajarnya bagi menjalani hidup dalam suasana PKP.

Dalam keadaan negara menghadapi dan mendisiplinkan diri sepanjang PKP,para pemimpin dan semua kementerian sebenarnya berfungsi dalam bentuk lain yakni,seperti saranan pihak berkuasa agar semua kerja boleh dilakukan dari rumah secara Online.

Tentu sekali semua kementerian,khususnya Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia sudahpun menggariskan banyak cara baharu atau pelan strategi sebagai perancangan dalam memastikan industri pelancongan,kesenian dan kebudayaan itu tetap bergerak sepanjang masa.

Ibaratnya,musyawarah boleh dilakukan secara Online dalam merangka strategi manakala akan ada ilham-ilham kreatif tentang bagaimana industri pelancongan ini boleh bergerak sewajarnya biarpun PKP masih berlangsung.

Perancangan strategik untuk membawa kementerian pelancongan berfungsi cara baharu dengan keupayaan yang lebih baik agar terus memberikan keuntungan kepada OAS sebagai pemain sektor ini,kepada negeri Sabah dan negara amnya.

Pada ketika bertemu Jeffrey beberapa hari yang lalu,beliau seakan membayangkan bahawa Pesta Kaamatan tahun ini akan tetap di sambut untuk diraikan tetapi dengan cara yang baharu yang lebih sofistikated,berbeza dalam suasana negara dan Sabah menghadapi PKP......

Apapun,kita tunggu dan lihat nanti...
Wartawan Sabah_OnlineNEWS akan mengupas senario kaamatan alaf baharu ini tidak lama lagi...Nantikan slot seterusnya kelak.SEKIAN.

#FikirWithYourHati
#DoWithYourOtak




2 comments:

  1. Thank you for promoting the property it's called Dedsaan Beach Village, Kota Belud.

    ReplyDelete
  2. U r welcome,frenz.....lihat jg di page rasmi kami sabahitz on9 tv regarding Dedsaan tq

    ReplyDelete