JANGAN HINA UMNO : JAINAB
KOTA KINABALU : PENGERUSI PPBM, Datuk Haji Hajiji Haji Noor dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kata-kata menghina UMNO Sabah dan menyinggung perasaan Ahli-Ahli UMNO, parti yang pernah dinaunginya beberapa penggal sebagai ADUN.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid berkata,meskipun UMNO Sabah kini ditinggalkan oleh ramai pemimpin atasan UMNO sebelum ini tetapi itu tidak bermakna UMNO Sabah mati.
"UMNO Sabah tidak amalkan Sindrom Penafian sepertimana yang didakwa. Kita tidak nafikan memang ramai malah sebahagian besar pemimpin UMNO termasuk Ketua-Ketua Sayap UMNO termasuk juga Ahli-Ahli UMNO telah meninggalkan UMNO dan berhijrah ke parti lain," jelas Jainab dalam kenyataan media nya berhubung tindakan Hajiji tersebut.
"Memang betul,kami tidak nafikan berlaku nya gelombang penghijrahan beramai-ramai bekas ahli UMNO ke PPBM. Mereka pergi membawa bersama-sama data pentadbiran dan senarai keahlian UMNO.
Kerana itu kini mereka mudah mendaftar ahli baru tanpa turun ke kawasan mencari mereka yang berminat.
Sebab itulah, ramai Ahli-ahli UMNO membuat laporan nama mereka dicatatkan dalam senarai ahli Parti lain," ujarnya lagi.
Menurut Jainab,UMNO kini masih dalam pemutihan dan sekarang sedang berlangsung Mesyuarat Perwakilan diperingkat Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian-Bahagian dan di Bahagian Induk.
"Bagi Wanita UMNO setakat ini 13 Bahagian telah selesai bersidang dengan jayanya.
Walaupun kehadiran perwakilan tidak seramai seperti sebelum-sebelum ini tapi ia menunjukkan itulah kesetiaan Cawangan-cawangan Wanita UMNO dan menganggap ianya adalah pejuang tulin parti berkenaan.
"Sepertimana yang diperkatakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin, sekiranya UMNO Sabah tidak ada ahli tidak mungkin kita dapat mengadakan mesyuarat perwakilan di beberapa Bahagian yang telah bersidang dengan jayanya," tambah Jainab lagi.
Kenyataan Hajiji yang mengatakan pemimpin UMNO banyak melakukan kesilapan seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah,Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah itu beranggapan ia merujuk kepada diri mereka sendiri (Hajiji).
"UMNO telah ditinggalkan lebih setahun. Kini UMNO sudah tidak berkuasa. UMNO atau Barisan Nasional bukan Kerajaan yang memerintah. Tidak ada kuasa yang boleh disalahgunakan oleh Kami Wanita UMNO. Saya berpendapat, janganlah dipertikaikan kekuatan atau kelemahan UMNO. Apa yang penting adalah kesetiaan. Apalah juga andai sebuah parti kuat tetapi ahli-ahlinya tidak setia," katanya.
Walau apapun, jangan menafikan jasa dan budi UMNO ini dibumi Sabah. Pembangunan Negeri Sabah kini adalah hasil daripada Kerajaan lepas.
"Banyak jasa dan budi yang telah kerajaan BN/Umno lakukan untuk rakyat Sabah termasuk bangunan Perpustakaan Negeri di Tanjung Aru, bangunan kerajaan negeri di Teluk Likas, kerajaan BN jaga kebajikan dan pembangunan rakyat yang mana Hajiji sendiri antara menteri kabinet nya ketika itu.
Apakah Hajiji sudah lupa atau buat-buat lupa ?" Soal Jainab.
No comments:
Post a Comment