Saturday, December 28, 2019


BANJIR KOTA BELUD : KETEPI IDEOLOGI POLITIK DEMI RAKYAT  
oleh Sam Hj.Othman  

KOTA BELUD : Terdapat empat perkara yang pernah dicadangkan sebelum ini berkenaan usaha mengatasi masalah banjir di daerah Kota Belud pada saat Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan masih menjadi Ahli Parlimen Kota Belud.

Sabah_OnlineNEWS tertarik dengan satu post yang dikeluarkan oleh Timbalan MPN PKR negeri Sabah Tn.Hj.Mustapha Hj.Sakmud yang berbunyi ;

‘Jika pengorekan sungai dapat mengurangkan risiko banjir,mohon percepatkan perlaksanaan. Jangan sampai rakyat menghukum pada PRU15.’
Mustapha Sakmud FB 24 December at 8:40

Ini sekaligus menunjukkan bahawa tindakan kerajaan hari ini menghentikan kerja-kerja pengorekan sungai di Kota Belud adalah tindakan yang kurang wajar dan ramai yang mempertikaikan keputusan itu lebih cenderung kepada sifat dendam dan egoistik.


Hampir dua tahun memegang tampuk kerajaan,masih belum kelihatan lagi apa yang diupayakan oleh kerajaan khususnya oleh para ADUN dan MP Kota Belud.

Yang ada Cuma mesyuarat demi mesyuarat,kajian demi kajian dan perancangan demi perancangan sedangkan perlaksanaannya benar-benar tidak ada.

Sedang pada masa yang sama,banjir kerapkali menenggelamkan beberapa bahagian penting di daerah ini terutamanya jalanraya utama penghubung antara daerah.

Kembali kepada cadangan asal yang pernah disarankan oleh Rahman Dahlan dahulu,tidak salah kiranya para wakil rakyat Kota Belud menimbang tara atau merealistikkannya demi untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

Cadangan ini masih releven dan perlu difikirkan semula oleh pemimpin hari ini bagi mengatasi masalah berkenaan terus berlarutan tanpa hala tuju dan pengakhiran.

“Bagi mengatasi perbelanjaan kerajaan yang besar,kita telah mencadangkan supaya kontraktor-kontraktor yang dipilih untuk kerja mendalamkan sungai itu dibenarkan untuk menjual pasir sungai berkenaan supaya dengan cara ini,mereka tidak perlu dibayar oleh kerajaan kerana mereka mendapat untung dari penjualan pasir.

Dan bagi mengatasi kerisauan pencemaran alam sekitar kerana pendalaman sungai tersebut, saya telah cadangkan pelan pengorekan dan lokasi pengorekan didedahkan kepada umum supaya orang ramai maklum dan dapat memantau aktiviti pengorekan tersebut.


Kontraktor-kontraktor pula hanya diberi masa yang terhad untuk membuat pengorekan tersebut. Mungkin dalam 6 hingga 12 bulan sahaja supaya kesan pada alam sekitar tidak berkekalan,” jelas Rahman dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

Menurutnya,pada ketika itu beliau tidak mahu jabatan kerajaan terlalu taksub menekankan kerisauan tentang kesan alam sekitar disebabkan kerja-kerja pengorekan sungai, kerana banjir yang berkali-kali terjadi itu juga merosakkan alam sekitar,sebenarnya.

Selain itu,katanya lagi,Kerajaan negeri dan pusat serta pejabat daerah mesti memberikan kelulusan dengan segera dalam semua urusan termasuk isu lesen dan permit kebenaran tanpa mengambil masa yang lama untuk bermesyuarat dan buat keputusan bagi mengelakkan karenah birokrasi.

“Wakil-wakil rakyat membantu meyakinkan kepimpinan tertinggi kerajaan pusat dan negeri tentang kritikalnya situasi banjir di Kota Belud.

Kalau kepimpinan tertinggi kerajaan tidak faham, mereka akan kurang peduli dengan apa yang berlaku sehingga akan menyebabkan segala perancangan terbantut atau lambat,” jelasnya sambil mengimbas kembali saranan yang pernah di buat bagi mengatasi isu banjir di Kota Belud.

“Saya berharap semua pihak di Kota Belud dapat bekerjasama untuk mengatasi masalah banjir yang sudah terlalu lama menghantui penduduk Kota Belud kerana masalah ini boleh diselesaikan dengan cara mengenepikan perbezaan ideologi politik.


Janganlah kerana isu siapa dapat kontrak kerja pengorekan sungai ini menjadi penghalang kepada penyelesaian penderitaan rakyat Kota Belud,” ujar beliau lagi.

Friday, December 27, 2019

UMNO SABAH UMUM CALON 1 JAN INI  
oleh Sam Hj.Othman  

KIMANIS : UMNO Sabah di jangka akan mengumumkan calonnya bagi PRK Kimanis pada 1hb Januari 2020 di pejabat UMNO Bahagian itu di sini.

Menurut sumber dalaman parti berkenaan,dari sejumlah 5 hingga 6 nama disenaraikan sebelum ini telah melalui tapisan berdasarkan populariti,pengaruh,komited dan turut mengambil kira kehendak penduduk di kawasan berkenaan.

"Nama calon bagi BN ini akan diumumkan sendiri oleh Ketua UMNO Sabah YB Dato' Seri Bung Moktar Radin sepertimana sebahagian daripada kehendak autonomi yang telah diberikan kepada UMNO Sabah.

UMNO Sabah kini boleh membuat keputusannya sendiri tanpa merujuk kepada Umno Pusat dan seperti yang dijanjikan,kuasa autonomi itu kini dilaksanakan (pengumuman calon)," kata sumber itu lagi.


Turut di jangka hadir pada sesi pengumuman calon BN dan sidang media itu kelak ialah Presiden UMNO Malaysia YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS YB Tuan Guru Dato' Seri Hj. Hadi Awang.

Pada sebelah malamnya pula,sebuah program anjuran Muafakat Nasional BN-PAS itu akan berlangsung di Pekan Sedco Membakut mulai jam 8.00 malam.

Dengan tema Hijratul Rasul Menyatukan Ummah,kedua-dua parti berkenaan mencipta sejarahnya tersendiri apabila bekerjasama mengadakan program ini buat pertama kalinya di Sabah.

Selain presiden kedua-dua parti berkenaan,turut hadir pada malam itu nanti ialah Ketua UMNO Sabah Dato' Seri Bung Moktar Radin dan Ketua UMNO Bahagian P176 Kimanis Datuk Mohamad Hj.Alamin.

GEN Y PILIH STAR DI PINTASAN  
Oleh Team Crew Site  


Pintasan sebuah persempadanan baharu pada PRU akan datang dan kawasan ini bakal membawakan satu lagi fenomena dalam politik Sabah amnya.

Ramai yang mengidam untuk menduduki kerusi baharu ini tidak kira secara individu mahupun kalangan parti yang ada.

Persoalannya,dengan cara manakah individu atau parti berkenaan ingin menawan Pintasan dalam keadaan politik hari ini yang agak kucar kacir ?

UMNOBN sudah tentu mempunyai rekod nya yang tersendiri ditambahi pula dengan autonomi yang sudah dianugerahkan bagi menjadikannya sebuah parti lokal yang bergerak sendiri.

Warisan pasti mengidam kerusi ini untuk menambah koleksi mereka lantaran sebahagian dari kawasan pintasan ini dahulunya berada dalam kawasan Tempasuk yang kini milik Warisan apabila ADUNnya melompat masuk meninggalkan UMNO.

Sabah_OnlineNEWS meninjau jauh ke ceruk kawasan Pintasan bagi mendapatkan pandangan dan kehendak penduduk kawasan berkenaan berhubung perkara ini biarpun PRU agak lama lagi.

Ramai yang melahirkan pandangan bahawa kemunculan parti Star Sabah bagi kawasan tersebut bakal menghidangkan tentangan sengit sekiranya PRU tiba kelak.

Nama besar yang disebut-sebut sebagai individu yang semakin mencipta nama ialah pemimpin NGO Dato Sri Raplin Samat sebagai pilihan pertama.
Dato Raplin Samat  

Raplin merupakan Ketua Star Bahagian Pintasan yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan selain dikenali sebagai seorang anak muda yang menjadi pemimpin kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Sabah.

Dari hasil tinjauan yang di buat,Raplin berjaya mendahului calon paling popular lantaran penglibatan beliau dalam apa sahaja bentuk adat istiadat kawasan Pintasan,selain menyumbang kepada kebajikan penduduk setempat serta memiliki daya kepimpinan yang menambat hati golongan muda belia di kawasan tersebut.

“Pengundi hari ini khususnya golongan muda belia (Gen Y) mengharapkan suatu perubahan dalam menjana kebajikan dan nasib masa depan mereka.

Kami mengharapkan suara dan perjuangan kami khususnya dalam membangunkan sosio ekonomi di ambil berat dan itulah yang kami nampak pada Dato Raplin yang banyak berusaha ke arah itu,” ujar Sharil Azwan Mohammad,20.

“Perjuangan memartabatkan Gen Y itu sering dilaung-laungkan oleh Dato Raplin dan kami menyokong kepimpinan beliau bukan atas sebab peribadi tetapi kerana kami kaum beliau terasa begitu terjamin kebajikan kami di kawasan Pintasan ini.

Star Sabah memperjuangkan pengembalian Hak-Hak Anak Asal Negeri Sabah dari dahulu hingga ke hari ini dan kami menyokong hasrat berkenaan kerana kami takut generasi selepas kami nanti akan kehilangan hak-hak tersebut yang semakin di rampas oleh orang luar,” kata Matbi Dzulkarnain,22.

Saat PRU14 lalu memuktamadkan keputusannya,banyak kawasan-kawasan gergasi politik BN bertukar tangan ke arah Warisan sehingga lah persempadanan baharu pilihanraya ini dimaktubkan oleh SPR.

Pintasan besar kemungkinannya akan menjadi milik parti Star berdasarkan populariti semasa di mana setakat berita ini di tulis,kemunculan Star dalam berbagai bentuk aktiviti dan riadah yang melibatkan penduduk sekitar begitu ketara sekali.

Ini berbanding dengan parti-parti lain yang agak senyap dan perlahan di mana terdapatnya kalangan penduduk menyifatkan mereka (parti-parti tersebut) mungkin menunggu saat PRU tiba,barulah akan bertindak mendekati rakyat.

Wednesday, December 25, 2019

GELOMBANG KEDUA GEN Y BAKAL MENGHUKUM SEKALI LAGI  
Oleh Sam Hj.Othman  


Dato Raplin Samat  
KOTA KINABALU : Suara anak muda atau Gen Y merupakan suara yang besar dalam arena politik masa kini di mana kumpulan ini sudahpun dikenal pasti sebagai suatu entiti yang di anggap sebagai kumpulan pelapis kepimpinan negara.

Aktivis masyarakat,Dato' Sri Raplin Samat menjelaskan bahawa perubahan besar boleh merobah stiap bentuk keadaan sekiranya kumpulan Gen Y ini bertindak sekali lagi dalam rona-rona menjelang PRU ke 15 nanti.

"Mereka (Gen Y) adalah kumpulan terbesar dalam politik negara hari ini dan gelombang yang dibawakan oleh golongan ini bukan alang kepalang hebatnya sehingga mampu merobah lanskap politik negeri dan Malaysia amnya," jelas beliau dalam satu pertemuan bersama Editor Sabah_OnlineNEWS di ibu negeri.

"Saya melihat kepada skop yang lebih kecil dan terdekat iaitu Kota Belud sendiri di mana gelombang yang di cipta oleh golongan Gen Y ini begitu ketara sehingga membuatkan keadaan politik semasa itu goyah lalu berubah serta merta.

Lantaran itu,para pemimpin setempat mahupun nasional perlu berhati-hati dalam menangani permasalahan golongan ini selain cuba untuk menyelami apa kehendak mereka dan janganlah sekali-kali mengajarkan golongan Gen Y ini erti sebuah penipuan ataupun pengkhianatan kerana risikonya bakal teruk apabila golongan ini 'menghukum' pemimpin dan parti tanpa belas kasihan," jelasnya lagi.


Mungkin merujuk kepada senario politik negeri Sabah yang bertukar corak selepas PRU14 lalu,Raplin menyifatkan bahawa sebarang janji-janji politik samada yang terkandung dalam manifesto ataupun disebut-sebut dalam ceramah kempen,perlulah ditunaikan dan jangan sekali-kali memungkiri.

"Memang benar manifesto bukan kitab suci tetapi setiap parti yang berkempen samada di PRU lalu ataupun di PRK yang selepasnya jika ada,hendaklah bersikap adil dan berfikir masak-masak sebelum berjanji kepada rakyat khususnya golongan anak muda ini.

Andai janji tidak mampu ditunaikan dan menghidangkan pula alasan demi alasan,setelah membentuk kerajaan bukan suatu tindakan yang bijaksana.

Rakyat dari golongan muda ini pernah dibohongi dengan janji bulan dan bintang tetapi melaksanakan janji-janji itu seakan hanya mimpi di siang hari.

Mungkin inilah penyebabnya jika suatu ketika nanti,golongan ini akan mula menjatuhkan hukuman kepada yang 'engkar' dan tidak mustahil corak (lanskap) politik di negeri ini akan berubah sekali lagi," ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Sabah.

Tinjauan rambang pihak kami mendapati bahawa kebanyakan golongan muda belia hari ini berasa tertekan dengan corak hidup yang semakin menghimpit akibat dasar-dasar kerajaan baharu yang cuba untuk meminda hampir keseluruhan fasilitas yang bertahun-tahun diamalkan sejak merdeka.

Ada juga yang melahirkan pendapat bahawa slogan #SabahUbah perlukan penjenamaan semula kepada #UbahBalik jika kerajaan hari ini telah benar-benar gagal membela nasib rakyat tempatan khususnya golongan belia.

Isu PATI,pemerosotan ekonomi,kejatuhan harga komoditi (getah dan sawit) yang kritikal,pengangguran berleluasa,sikap monopolizer 'orang-orang kuat' penyokong berebut tender projek,penangguhan atau pemberhentian projek-projek mega yang membawa kepada keselesaan rakyat dan befbagai-bagai lagi menjadi sentimen kuat untuk membangkitkan dengkil rakyat terhadap kerajaan.

Anak muda belia turut dinafikan pembelaan terhadap mereka dengan alasan golongan ini sudah terlalu dimanjakan oleh kerajaan terdahulu.

Golongan wanita seakan terpinggir dalam arus pertumbuhan sosio ekonomi setempat dan sudah terlalu kurang inisiatif diberikan kepada mereka.

"Kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian yang lebih sedikit untuk kebajikan dan pembangunan belia yang begitu mengharapkan perubahan masa hadapan mereka terutama dari segi pengujudan peluang-peluang pekerjaan,keusahawanan dan kemahiran.

Belia muda hari ini begitu cepat matang dalam berbagai segi tetapi peluang-peluang ke arah memperbaiki masa depan mereka seakan-akan hampir tertutup dek kerana tiadanya pembelaan yang serius dari kerajaan," jelas Raplin lagi.

Friday, December 20, 2019


#KimanisMengundi  
GELANGGANG PENENTU MARUAH  

BONGAWAN : Keputusan Datuk Seri Anifah Hj.Aman tidak bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) Kimanis di sambut baik oleh sebilangan orang politik dan sebilangannya pula menarik nafas lega bila sahaja ianya disahkan oleh rakan baik Anifah yang juga merupakan Presiden STAR Sabah,Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan baru-baru ini.

Sebelum ini,ramai yang menjangkakan Anifah bakal tampil semula dan mempertahankan kerusi P176 Kimanis itu biarpun menggunakan lambang yang bukannya Barisan Nasional  (Anifah memenangi kerusi P176 PRU14 atas tiket Barisan Nasinal).

Saat itu,kebimbangan benar-benar bermain di benak kebanyakan orang kerana impak dari hasil keputusan Mahkamah akan memberikan kesan yang mendalam dan sudah pasti ianya akan dijadikan isu panas atau senjata paling ampuh oleh pihak lawan.


Pada ketika yang sama,dari pihak Warisan Sabah pula,kedudukan Datuk Karim Hj.Bujang untuk meletakkan diri sebagai calon parti kerajaan itu sedikit tergugat apabila khabar kononnya terdapat beberapa nama lain turut diajukan kepada presiden (YAB DSP Mohd.Shafie Apdal) untuk pilihan.

Pada dasarnya,Karim di anggap sebagai calon paling layak kerana beliau sudah bersusah payah membawa kes tersebut ke mahkamah sehingga memaksa pengadilan di buat yang akhirnya berpihak kepadanya.

KARIM  
Kedua,Karim adalah calon Warisan Sabah pada PRU14 lalu yang meraih undi hampir sama besar jumlahnya dengan apa yang diperolehi oleh Anifah.

Ketiga,Karim adalah anak jati Kimanis yang sudahpun menceburi dunia politik dari zaman Usno,UMNO dan kini Warisan-PH.

Hari ini,rakyat sudah mengetahui bahawa tanggal 4hb Januari 2020 itu adalah hari penamaan calon malah,tarikh 18hb Januari 2020 itu juga diketahui sebagai tarikh penting untuk menunaikan tanggungjawab memilih sekali lagi wakil rakyat di parlimen Kimanis.

Pada pihak parti-parti yang mungkin akan bertanding meletakkan calon masing-masing,kemelut memilih calon paling sesuai merupakan detik paling payah sekali.

Siapapun dan parti apa sekalipun,soal memilih calon adalah saat bagai meletakkan telur di hujung tanduk atau seolah perumpamaan ‘ditelan mati emak,diluah mati ayah’.


Mana tidaknya,jika terdapat beberapa calon di peringkat akhir,memilih yang paling layak itu bukan ‘kaleng-kaleng’ payahnya,kata orang muda masa kini.

Andai pilih calon A,penyokong calon B dan C akan patah hati dan mungkin kecewa sehingga memaksa sebahagiannya kepada istilah ‘Atas Pagar’,yakni berpaling arah menyokong parti lawan sebagai tanda protes dan begitulah sebaliknya.

PRK Kimanis secara khususnya bakal diwarnai dengan politik sentimen jika melihat kepada keadaan semasa dan apa yang berlaku sejak kerajaan baru mengambilalih pentadbiran.

Pihak kerajaan sudahpun mula menabur bantuan dan sumbangan apabila sahaja sesebuah kawasan itu bakal membuang undi (biarpun secara kebetulan).

Tidak hairanlah kalau-kalau tiba-tiba ada pengumuman projek mega di kawasan Kimanis dengan tidak semena-mena dalam tempoh terdekat ini.

Rakyat perlu peka kepada setiap pengumuman yang di buat oleh pihak-pihak yang bertanding samada di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.
Rakyat perlu mendengar dan memahami sebaik-baik dan sedalam-dalamnya tentang sesuatu pengumuman tersebut biarpun disebutkan juga bahawa ianya adalah demi kepentingan rakyat.
Kelogikan sesuatu pengumuman itu amat penting untuk di nilai,adakah ianya relevan untuk hari ini atau hanya akan berlangsung lima tahun lagi ?
Perlu di ingat bahawa,janji politik boleh sampai ke bulan dan bintang atau mungkin ke Syurga..
Sedangkan semua itu tidak masuk akal malah hanya ‘neraka’ yang dapat akhirnya....

Anifah sudah menolak untuk menjadi calon PRK Kimanis tetapi pada masa yang sama,khabarnya anak beliau kedua-duanya sangat berminat untuk mewakili BN-UMNO.
Persoalannya,apakah penarikan diri Anifah itu sebagai ‘tanda bersyarat’ bagi memberikan laluan untuk salah seorang dari anaknya menjadi calon ?
Atau sudah adakah ‘rundingan’ hati ke hati antara Anifah dan BN sehingga khabar hangat begini tular dari mulut ke mulut orang hari ini?
Jika ini berlaku,ia pasti akan mengundang dua senario di PRK Kimanis sehingga wujud ‘perpecahan’ undian bagi pihak BN.
Rata-rata penyokong UMNO-BN mengharapkan calon lain (dalam UMNO Sabah sendiri) yang popular dan punya pengaruh di kalangan orang kampung dinaikkan bagi mewakili BN dan bukannya ‘legasi AA’ yang sekianlama menghuni Parlimen Kimanis.
Walhal,ada pula yang tergamak menyifatkan bahawa Legasi AA ini bukan anak asal Kimanis tetapi berasal dari daerah Beaufort.

Persepsi rakyat Kimanis sebenarnya sudah melalui anjakan paradigma dari segi pemikiran dan bukan lagi tertambat pada situasi di zaman dahulu kala.


JIKA KARIM (WARISAN) VS MOHAMAD ALAMIN (UMNO-BN)

Mohamad Alamin  
Sentimen kekeluargaan atau pertalian darah atau asal usul akan menjadi sebahagian daripada sentimen politik sepanjang kempen PRK Kimanis lantaran nama kedua-duanya bersalasiah sama serta talian keluarga besar dari rumpun yang sama.
Andai kata UMNO meletakkan Datuk Mohamad Alamin sebagai calon BN manakala Warisan diwakili oleh Datuk Karim Bujang,bermakna sentimen kekeluargaan akan menjadi semakin kuat di antara keduanya di kalangan penyokong lebih-lebih lagi di daerah Bongawan.
Selain itu,kreadibiliti Karim dan Mohamad akan di ukur sekali lagi berdasarkan rekod lama yakni,pada ketika keduanya pernah menyandang gelaran YB di DUN N23 Bongawan.
Ironinya,Karim pernah menjadi YB bagi DUN N23 Bongawan sepertimana Mohamad dan harus juga di ingat bahawa penyumbang undi terbesar dalam P176 Kimanis datangnya dari pengundi di DUN ini iaitu seramai 16,052 pemilih berdaftar manakala jumlah keseluruhan pemilih di parlimen ini menjangkau 29,664 orang termasuk pengundi awal (di 69 saluran).

Warisan bakal berhadapan dengan berbagai situasi getir apabila di lihat pada senario politik hari ini di mana isu Pas Sementara Sabah (PSS) bakal menjadi salah satu topik panas.

Pihak lawan akan mempergunakan sebaik mungkin setiap inci hasil pentadbiran kerajaan negeri pasca PRU14 dan akan diperbandingkan sepelaminan pula dengan isu kemelut kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.


Kemelut pentadbiran,kemelut dalaman parti dan harga barang atau petrol akan menjadi sensasi apatah lagi apabila sentimen kesukuan di ambil kira.
Sebilangan rakyat sudah mula berpaling tadah kembali akibat janji yang tidak tertunai seperti yang disuarakan pada PRU14 lalu.

Penurunan nilai matawang negara,aset-aset negara,sosio ekonomi,pengangguran,bantuan rakyat,subsidi yang hilang,vandalisme maruah,kes rasuah yang nyata dan kes sengaja ditutupi,isu pembelaan golongan siswa,kerakyatan,kes tunjuk kuasa,kes seksual,hak rakyat,manifesto,copy paste pelan kerajaan terdahulu,kuasa beli merundum,peniaga tarik pelaburan,tutup syarikat,isu agama,pencen pesara kerajaan,isu babi,isu imigran,harga sawit,getah,bantuan nelayan,PPR,rasmi fun fair sana,rasmi lif sini,isu Pengarah JANS dan banyak lagi akan menjadi bahan isi ceramah kempen pihak pembangkang.

Isu MPKK,lantikan ketua kampung dan juga lantikan politik yang lain begitu banyak menerbitkan keluhan rakyat hari ini seperti contoh,orang yang diberikan jawatan itu bukan orang asal dari kampung berkenaan namun andai ‘kabel besar’ dan dikenalpasti sebagai penyokong kuat,mereka di lantik dan di pilih tanpa melalui persetujuan rakyat setempat.
Walhal,gaji atau elaun pun,masih ada lagi yang belum dapat biar sudah lebih setahun menyandang jawatan.

UMNO-BN pula bukan semudah itu laluannya kerana kerana rakyat masih beranggapan bahawa UMNO itu parti Malaya walaupun UMNO Sabah sudahpun mendapat autonominya sendiri.

Agaknya..Adakah rakyat di ceruk kampung memahami apa itu AUTONOMI ?

UMNO-BN Sabah perlu pantas menyerapkan dan memahamkan orang kampung tentang autonomi ini supaya UMNO Sabah tidak lagi dilabelkan sebagai parti Malaya seperti dulu.
Perlu di ingat,salah satu sebab kejatuhan mereka di PRU14 dahulu adalah disebabkan sentimen “Sabah For Sabahan’ yakni,penolakan terang-terangan rakyat terhadap campurtangan kuasa Malaya.

Makanya,UMNO Sabah perlu mendahulukan isu Autonomi itu agar rakyat kampungan segera faham dan menerima serta jangan lagi dihidangkan dengan kemegahan pemimpin-pemimpin di Malaya atau keberjasaannya.

Berhujahlah mengenai pentingnya UMNO yang berautonomi di Sabah tanpa mengagung-agungkan apa yang di capai dan berlaku di Malaya.

Benar...Cameron Highland,Semenyih,Rantau dan Tg.Piai itu suatu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan dengan hikmah tertentu tetapi jika UMNO Sabah mengagungkannya di sini,seolah-olah juga parti keramat yang sudah berautonomi ini di lihat masih berpaksikan Malaya.

Isu Malaya ini akan selari dengan pergelutan isu imigrasi,isu rasuah Najib dan pemimpin-pemimpin BN yang lain termasuklah kes Tan Sri Musa Aman.

Ianya akan berlarutan dan menjadi kebanggaan bagi pihak lawan tentang penafian mahkamah terhadap kehendak Musa,ditambahi pula dengan slogan Sabah For Sabahan sekali lagi,Sabah Ubah dan Sabah Kita Punya akan terdengar lagi di sini.

Kimanis diibaratkan sebagai pertembungan Satu Lawan Satu di antara Warisan dan UMNO-BN,kalaupun tidak ada parti lain menyongsong arus meletakkan calon mereka.
Ini kerana,terdapat dua blok di Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu blok pembangkang dan blok kerajaan makanya,jika ada parti lain turut meletakkan calon,ianya pasti membawa makna bahawa tidak ada kesepakatan dalam blok berkenaan.

Ini di panggil sikap Tamak dan Gila Kuasa yang akan memecahkan undi dan tentu sekali rakyat akan memandang serong kepada parti ini yang mungkin telah ‘di taja’ oleh blok tertentu bagi tujuan tersebut.
Contoh Calon Bebas  

Andai benar-benar ikhlas bertanding atas kehendak rakyat,parti-parti itu perlu ‘cermin dulu’ samada kemampuan mereka itu mampu atasi dua gergasi politik yang sedia ataupun tidak kerana jika hasrat bertanding itu sekadar memenuhi kehendak penyokong,baik lupakan sahaja kerana jumlah penyokong parti tidak setanding dengan jumlah pengundi yang sedia ada.

Percaya atau tidak,Calon Bebas juga akan muncul dan seringkali kelihatan calon-calon ini kurang popular (biasanya di taja oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan memecah undi).
Ini perkara biasa namun sekiranya calon bebas itu terdiri dari kalangan orang ternama,popular dan pernah punya pengaruh,tujuannya pasti hanya untuk kepentingan peribadi sahaja.

Warisan dan UMNO Sabah (BN Sabah) harus mendahulukan apa kehendak rakyat Sabah di PRK Kimanis nanti yakni,isu-isu tempatan yang boleh menyakinkan rakyat agar terjamin masa depannya.
Bukan janji retorik bulan dan bintang sedang melaksananya ibarat Angin Malam,bila fajar muncul,hilanglah ia.

Gambar Hiasan  
Ketaksuban menyokong seseorang pemimpin sehingga mencemarkan harga diri,silaturrahim atau ikatan persaudaraan bukanlah amalan berpolitik di negeri Sabah sepertimana yang berlaku di sebuah perhimpunan politik di Malaya.

Budaya itu tidak perlu di bawa konsepnya di Sabah khusus kepada parti-parti yang bertanding lantaran corak kempen di Malaya jauh berbeda daripada di Negeri di bawah bayu ini yang sangat menjaga sensitiviti kaum dan agama.

Para pemimpin Malaya tidak kira dari parti apa pun,perlu menghormati konsep Sabahan ini dan jangan cuba untuk menyalakan budaya Malaya itu di Sabah.


#PRKkimanis   #KimanisMengundi

Saturday, December 14, 2019

PRK KIMANIS #KimanisMengundi  
UMNO SABAH (BN) SAH LETAK CALON  
Oleh Sam Hj.Othman  

KOTA KINABALU : UMNO Sabah dan Barisan Nasional hari ini mengesahkan untuk meletakkan calon di Pilihanraya Kecil Kimanis.

Pengerusi UMNO Sabah Dato' Seri Bung Moktar Radin berkata demikian dalam satu sidang akhbar sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Jawatankuasa Negeri parti berkenaan.

Mesyuarat tersebut juga merupakan mensyuarat peringkat tertinggi UMNO Sabah yang pertama setelah memperolehi autonominya sendiri dan merupakan detik bersejarah apabila memilih sendiri calon yang layak untuk mewakili UMNO-BN dalam PRK Kimanis akan datang tanpa merujuk lagi ke UMNO Pusat di Kuala Lumpur.

"UMNO Sabah dan BN akan meletakkan calon di PRK Kimanis dan mesyuarat malam ini yang turut dihadiri bersama oleh Setiausaha Agung UMNO Pusat Tan Sri Annuar Musa,memberikan pandangan dan nasihat bagaimana cara menyusun atur segala gerak kerja dan jentera pilihanraya bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Kimanis.
Bung Moktar  

Setakat ini kita ada dua tiga nama untuk tapisan akhir dan akan diumumkan nama calon berkenaan sekurang-kurang seminggu sebelum hari penamaan calon," kata Ahli Parlimen Kinabatangan tersebut.

Menurut Bung,jentera UMNO dan BN Sabah sememangnya bersiap siaga sentiasa lebih-lebih lagi apabila kerusi bagi parlimen Kimanis tersebut diputuskan oleh mahkamah sebagai terbatal sehingga memaksa kepada pilihanraya kecil.

Menyentuh soal wujudnya kerjasama dengan blok pembangkang yang lain,Bung menyatakan bahawa pihaknya tetap mengamalkan sikap keterbukaan untuk bersama-sama berganding bahu dengan parti-parti pembangkang yang lain di Sabah.

"Apa yang penting,kerusi Kimanis itu pernah milik UMNO-BN dan kita akan mempertahankannya di PRK kali ini," ujarnya lagi.

"Kita kena buat perbincangan secara terperinci jika ada di antara bekas-bekas pemimpin UMNO yang sudah keluar dan ingin menyertai kami kembali....UMNO sebuah organisasi politik yang berperlembagaan dan kena ikut saluran yang betul....Tapi,UMNO terbuka hati untk mengalu-alukan kekembalian mereka bila-bila masa," katanya ketika di tanya mengenai spekulasi kononnya Dato' Seri Anifah Aman bakal kembali bersama UMNO.


Friday, December 13, 2019


SPECIAL SPICY : RESIPI SAMBAL CILI ‘MAKCIK’   
Membalas kenyataan mentah Ketua Wirawati Warisan Tenom Saudari Rafidah Arkani 

Bahan-bahannya ialah :   

1. Mengenang dan mengungkit sejarah lalu UMNO dan pemimpin ibarat "menepuk air di dulang,terpercik di muka sendiri".

Saudari sudah lupakah atau buat-buat  lupa yang Presiden Parti Warisan merangkap Ketua Menteri Sabah kini merupakan mantan Naib Presiden UMNO?
Sudah 22 tahun dalam arus perdana politik atas platform UMNO?
Cuba tanya DS Shafie Apdal pula soalan yang sama.

2. Di awal kenyataan Saudari menyentuh tentang autonomi tetapi kemudian "terpesong" ke MA63.
Saudari Rafidah,FAHAM atau tidak Autonomi Sabah yang telah diluluskan dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini?
Yang dibentangkan ialah AUTONOMI UMNO SABAH yang mana antara yang dimaktubkan ialah;
-Pemilihan calon untuk Pilihanraya (DUN/PARLIMEN) bukan lagi diputuskan oleh UMNO Pusat di Kuala Lumpur tetapi UMNO Sabah sendiri.
Begitu juga dalam menentukan Ketua Menteri kelak jika berjaya memenangi Pilihanraya.

3. Saudari juga memperlekeh kekuatan terkini UMNO dengan menyatakan bahawa "melihat kepada PAU baru-baru ini,impaknya tidaklah terlalu kuat walaupun UMNO bakal mengetengahkan pemimpin2 muda"
Terlalu angkuh kenyataan saudari ini ; walau bagaimanapun ayuh jadikan PRK P176 KIMANIS ini sebagai kayu pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap "tranformasi" dalam UMNO dan dasar mesra PTI oleh Warisan yang ketika ini beriya-iya melaksanakan dokumen PSS.

4. Oh ya saudari Ketua  Wirawati yang cantik lagi bijaksana,alang-alang Makcik sudah tercuit isu PSS ini ; mengenai biometrik, seandainya mereka (pemegang IMM13, kad burung-burung dan sijil banci) mahu bekerja di Sabah,patut dapatkan passport dan berdaftar sebagai pekerja asing jika ada majikan.
Pas kerja mempunyai biometrik,sama juga dari segi kawalan keselamatan,jadi tidak perlu arguement PSS diberi kerana ada biometrik untuk kawalan keselamatan.

5. Kos 3 tahun bayaran PSS ini RM120 SAHAJA untuk seorang sedangkan kos paling murah untuk pekerja asing yang memiliki Passport dan Permit Pekerja Asing paling murah dalam sektor pertanian pun ialah RM1,200 seorang untuk tempoh setahun.
Jadi dari segi kutipan bayaran PSS jika PAS kerja 3 tahun ialah RM3,600 seorang,Kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM3,480.
Nampakkan betapa mesranya Warisan yang terkenal dengan slogan "Sabah Kita Punya" ini pada pendatang asing?

6. Jika PTI-PTI ini tidak dapat kerja,apa pula punca pendapatan mereka?
Bolehkah mereka berniaga?
Jika tiada syarat mereka perlu bekerja untuk tinggal di sini, apakah yang mereka buat jika mereka tidak ada pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup  mereka?
Ini mengundang isu keselamatan awam.

7. Selepas 3 tahun dlm pengumuman yang disiarkan dalam suratkhabar,bakal pemegang PSS ini nanti boleh melanjutkan tempoh sah kad PSS mereka.
Dalam ertikata lainnya, mereka boleh kekal tinggal sini seumur hidup.

8. Justeru, bagaimana pula dengan anak mereka?
Boleh ke bersekolah atau tidak di sekolah kerajaan?
Boleh terus tinggal sini atau tidak?
Jika boleh pasti akan beranak-pinak nanti.
Bolehkah kerajaan bagi jaminan bahawa mereka boleh di hantar balik ke negara asal mereka?
Kalau sekarang dikatakan payah,apa lagi pada masa akan datang?
Persoalannya juga,sebagai rakyat Sabah yang membayar cukai,jika mereka bersekolah di sini,adakah wang rakyat akan digunakan untuk membiayai kos persekolahan dan apa sahaja yang berkaitan dengan mereka?
Mohon pencerahan dari saudari....

9. Sedangkan orang Semenanjung yang bekerja di Sabah pun perlu memperbaharui pas kerja mereka setiap tahun jika bertugas sini.
Paling tidakpun,pas lawatan yang hanya boleh menetap tiga bulan sahaja di Sabah.
Ini kan pula PTI kategori ini boleh tinggal 3 tahun tanpa syarat bekerja atau tidak ??

10. Seramai 600,000 orang yg diumumkan akan diberi PSS dan ianya BUKAN ANGKA YANG SEDIKIT.
Ini bersifat "halus" tapi boleh menyebabkan Orang Asal Sabah menjadi minoriti jika di lihat pada atau dalam jangka masa yang panjang.
Tambahan lagi seperti yg diperkatakan,ada PTI yg mendapat kad pengenalan melalui projek IC seperti yang terdapat dalam laporan RCI.
Akibatnya Hak Orang Asal Sabah menjadi rundum dan ini sekaligus akan menyebabkan kita kehilangan kuasa eksekutif dan perundangan.

JANGAN LUPA,SAMBAL NI TAK SEDAP JIKA DIJADIKAN SAPUAN ROTI.JUMPA LAGI.
WASSALAM.


RALAT : Ini adalah tulisan/pendapat penulis sahaja dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pihak kami.Ianya sekadar ruang untuk penulis menzahirkan corak fikir dan kreativiti minda semata.Terimakasih.