PRK KIMANIS #KimanisMengundi
UMNO SABAH (BN) SAH LETAK CALON
Oleh Sam Hj.Othman
KOTA KINABALU : UMNO Sabah dan Barisan Nasional hari ini mengesahkan untuk meletakkan calon di Pilihanraya Kecil Kimanis.
Pengerusi UMNO Sabah Dato' Seri Bung Moktar Radin berkata demikian dalam satu sidang akhbar sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Jawatankuasa Negeri parti berkenaan.
Mesyuarat tersebut juga merupakan mensyuarat peringkat tertinggi UMNO Sabah yang pertama setelah memperolehi autonominya sendiri dan merupakan detik bersejarah apabila memilih sendiri calon yang layak untuk mewakili UMNO-BN dalam PRK Kimanis akan datang tanpa merujuk lagi ke UMNO Pusat di Kuala Lumpur.
"UMNO Sabah dan BN akan meletakkan calon di PRK Kimanis dan mesyuarat malam ini yang turut dihadiri bersama oleh Setiausaha Agung UMNO Pusat Tan Sri Annuar Musa,memberikan pandangan dan nasihat bagaimana cara menyusun atur segala gerak kerja dan jentera pilihanraya bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Kimanis.
Bung Moktar |
Setakat ini kita ada dua tiga nama untuk tapisan akhir dan akan diumumkan nama calon berkenaan sekurang-kurang seminggu sebelum hari penamaan calon," kata Ahli Parlimen Kinabatangan tersebut.
Menurut Bung,jentera UMNO dan BN Sabah sememangnya bersiap siaga sentiasa lebih-lebih lagi apabila kerusi bagi parlimen Kimanis tersebut diputuskan oleh mahkamah sebagai terbatal sehingga memaksa kepada pilihanraya kecil.
Menyentuh soal wujudnya kerjasama dengan blok pembangkang yang lain,Bung menyatakan bahawa pihaknya tetap mengamalkan sikap keterbukaan untuk bersama-sama berganding bahu dengan parti-parti pembangkang yang lain di Sabah.
"Apa yang penting,kerusi Kimanis itu pernah milik UMNO-BN dan kita akan mempertahankannya di PRK kali ini," ujarnya lagi.
"Kita kena buat perbincangan secara terperinci jika ada di antara bekas-bekas pemimpin UMNO yang sudah keluar dan ingin menyertai kami kembali....UMNO sebuah organisasi politik yang berperlembagaan dan kena ikut saluran yang betul....Tapi,UMNO terbuka hati untk mengalu-alukan kekembalian mereka bila-bila masa," katanya ketika di tanya mengenai spekulasi kononnya Dato' Seri Anifah Aman bakal kembali bersama UMNO.
No comments:
Post a Comment