Friday, December 27, 2019


GEN Y PILIH STAR DI PINTASAN  
Oleh Team Crew Site  


Pintasan sebuah persempadanan baharu pada PRU akan datang dan kawasan ini bakal membawakan satu lagi fenomena dalam politik Sabah amnya.

Ramai yang mengidam untuk menduduki kerusi baharu ini tidak kira secara individu mahupun kalangan parti yang ada.

Persoalannya,dengan cara manakah individu atau parti berkenaan ingin menawan Pintasan dalam keadaan politik hari ini yang agak kucar kacir ?

UMNOBN sudah tentu mempunyai rekod nya yang tersendiri ditambahi pula dengan autonomi yang sudah dianugerahkan bagi menjadikannya sebuah parti lokal yang bergerak sendiri.

Warisan pasti mengidam kerusi ini untuk menambah koleksi mereka lantaran sebahagian dari kawasan pintasan ini dahulunya berada dalam kawasan Tempasuk yang kini milik Warisan apabila ADUNnya melompat masuk meninggalkan UMNO.

Sabah_OnlineNEWS meninjau jauh ke ceruk kawasan Pintasan bagi mendapatkan pandangan dan kehendak penduduk kawasan berkenaan berhubung perkara ini biarpun PRU agak lama lagi.

Ramai yang melahirkan pandangan bahawa kemunculan parti Star Sabah bagi kawasan tersebut bakal menghidangkan tentangan sengit sekiranya PRU tiba kelak.

Nama besar yang disebut-sebut sebagai individu yang semakin mencipta nama ialah pemimpin NGO Dato Sri Raplin Samat sebagai pilihan pertama.
Dato Raplin Samat  

Raplin merupakan Ketua Star Bahagian Pintasan yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan selain dikenali sebagai seorang anak muda yang menjadi pemimpin kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Sabah.

Dari hasil tinjauan yang di buat,Raplin berjaya mendahului calon paling popular lantaran penglibatan beliau dalam apa sahaja bentuk adat istiadat kawasan Pintasan,selain menyumbang kepada kebajikan penduduk setempat serta memiliki daya kepimpinan yang menambat hati golongan muda belia di kawasan tersebut.

“Pengundi hari ini khususnya golongan muda belia (Gen Y) mengharapkan suatu perubahan dalam menjana kebajikan dan nasib masa depan mereka.

Kami mengharapkan suara dan perjuangan kami khususnya dalam membangunkan sosio ekonomi di ambil berat dan itulah yang kami nampak pada Dato Raplin yang banyak berusaha ke arah itu,” ujar Sharil Azwan Mohammad,20.

“Perjuangan memartabatkan Gen Y itu sering dilaung-laungkan oleh Dato Raplin dan kami menyokong kepimpinan beliau bukan atas sebab peribadi tetapi kerana kami kaum beliau terasa begitu terjamin kebajikan kami di kawasan Pintasan ini.

Star Sabah memperjuangkan pengembalian Hak-Hak Anak Asal Negeri Sabah dari dahulu hingga ke hari ini dan kami menyokong hasrat berkenaan kerana kami takut generasi selepas kami nanti akan kehilangan hak-hak tersebut yang semakin di rampas oleh orang luar,” kata Matbi Dzulkarnain,22.

Saat PRU14 lalu memuktamadkan keputusannya,banyak kawasan-kawasan gergasi politik BN bertukar tangan ke arah Warisan sehingga lah persempadanan baharu pilihanraya ini dimaktubkan oleh SPR.

Pintasan besar kemungkinannya akan menjadi milik parti Star berdasarkan populariti semasa di mana setakat berita ini di tulis,kemunculan Star dalam berbagai bentuk aktiviti dan riadah yang melibatkan penduduk sekitar begitu ketara sekali.

Ini berbanding dengan parti-parti lain yang agak senyap dan perlahan di mana terdapatnya kalangan penduduk menyifatkan mereka (parti-parti tersebut) mungkin menunggu saat PRU tiba,barulah akan bertindak mendekati rakyat.

No comments:

Post a Comment