POLITIK : KENYATAAN AGRESIF GOLONGAN MUDA DI TEGUR
teropong Geng Ngayau SABAHitz_Online
Kenyataan politik membidas dan menyelar sudah menjadi lumrah di dalam dunia politik.Lebih-lebih lagi jika pengkritik itu dari kalangan pembangkang.
Geng Ngayau kali ini memfokuskan kepada keagresifan golongan muda yang datang dari sebilangan parti tempatan yang sering mengeluarkan kenyataan yang agak keras terhadap pemimpin lain khususnya jika tidak sealiran dengan perjuangan parti mereka.
Biasanya hal-hal ini dilakukan oleh golongan anak muda-mudi yang merupakan sayap kanan kiri dalam parti tersebut.Umpamanya,membidas tanpa memikirkan impak atau risiko kepada kenyataan keras yang dikeluarkan.
Seorang penganalisa politik tempatan berkata,sikap anak-anak muda sebegini umpama 'si kudung mendapat,cincin'...Yakni,baru menjawat jawatan sayap parti,sudah mula menunjuk taring demi mengharapkan pujian dari pihak atasan.
"itu memang lumrah sesebuah parti dan lumrah juga bagi anak-anak muda berdarah muda tetapi perlu di ingat juga bahawa darah muda itu jangan pula menampakkan 'otak pemikiran yang muda',laksana umur baru setahun jagung"jelas beliau lagi.
"Segelintirnya (bukan semua) datang dari cawangan atau bahagian.Walhal,ketuanya di peringkat negeri tidak pula bersuara apa-apa," katanya lagi.Ini menunjukkan sikap 'minta puji' yang sinonim dalam masyarakat Sabah.Sebilangan netizen pula beranggapan tindakan begitu sekadar mencar publisiti murahan demi menarik perhatian umum.
"Politik kita saat ini bukan politik ala 80an atau 90an..Politik kita era hari ini sangat matang di mana kuasa netizen (rakyat) mampu mengubah sesebuah kerajaan.Tindakan segelintir anak muda berjawatan di bahagian atau cawangan,mengeluarkan kenyataan keras yang ekstrem terhadap pemimpin lain boleh mencerminkan pendirian parti itu secara keseluruhan," ujar beliau lagi.
ITU KENYATAAN ATAU PENDAPAT PERIBADI
Istilah ini sering kedengaran bila mana pemimpin atasan buat 'cover line' atas kenyataan anggota bawahannya.Senario ini bagaikan semakin popular sejak kebelakangan ini.Walhal,kenyataan anak-anak buahnya itu bersangkut paut dengan hal parti.Hatta,gambar yang diposkan di media sosial atau akhbar juga memaparkan jenis jawatan yang di sandang dan kapasiti nya di dalam parti semasa diterbitkan.
Teropong Geng Ngayau SABAHItz_Online tidak pernah tersilap nota kerana artikel ini terbit dengan fakta yang telah berlaku.
CONTOH UNTUK DITELADANI
Masihkah anda ingat dengan kenyataan seorang anak muda mengkritik seorang pemimpin yang telah lama dalam kerajaan terdahulu ??
Katanya,pemimpin itu dilabel sebagai 'pelawak'...Sekarang ini,masihkah anak muda itu ingin mengulangi kata-kata tersebut sedangkan 'lawak jenaka' tersebut sudah menjadi realiti umpama Senjata Makan Tuan.
Masihkah anda ingat tentang kenyataan seorang anak mudi di sayap bahagian sebuah parti membidas tentang kemasukan sebuah parti dari semenanjung ?
Katanya tiada keperluan parti itu berada di Sabah dan rakyat Sabah menolak parti dari Malaya...Kini,adakah anak mudi itu ingin mengulangi kenyataannya sebelum ini ?
Geng Ngayau menelusuri laman sosial dan kenyataan bergambar (anak mudi) itu sudah di padam.Mana yang sempat,Geng Ngayau screenshot untuk simpanan.
Ketua kepada sayap di peringkat negeri khabarnya mengeluarkan TEGURAN dan sedikit amaran kepada anak-anak buahnya beberapa minggu lalu dengan harapan,ketua-ketua anak muda mudi di bawahannya jangan terlalu agresif sehingga memakan diri.
Teguran itu sangat membina dan itulah namanya ketua yang berfikiran matang dalam politik.Ketua sebegini tidak menggunakan Otak Muda walaupun berdarah masih muda belia.Orang bawahan perlu akur kerana ianya adalah untuk kebaikan diri dan parti yang diperjuangi selama ini.
Persoalannya...Mengapa parti-parti dari Malaya yang sudah sedia ada di Sabah ini,tidak pula meroyan dengan kenyataan-kenyataan pedas dan sini ?
Kendatipun,mereka juga bukan parti tempatan Sabah..Datang juga dari Malaya.Atau mentang-mentanglah mereka itu sekutu makanya kebal dari sebarang kritikan?
Berhentilah jadi 'pembangkang' bila mana diri sudah di pihak kerajaan.
Berhentikan lah angan-angan sebagai kerajaan kalau sudah duduk di kerusi pembangkang.
PEMUDA HARAPAN BANGSA-PEMUDI TIANG NEGARA
Sabah Tanahairku Tercinta