Tinjauan Krew SABAHitz-Online
KOTA KINABALU ; Permohonan keahlian untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sabah ibarat pisang goreng,demikian tinjauan krew SABAHitz_Online dalam beberapa hari kebelakangan ini.Ramai yang bertanyakan kepada Admin lokasi sebenar pejabat urusan PPBM Sabah untuk berurusan.
Manakala di beberapa bahagian atau daerah lain pula,bertanyakan dimanakah tempatnya untuk mendaftar menjadi ahli.Pertanyaan sedemikian yang bertubi-tubi datangnya samada melalui aplikasi whatsapp,sms dan messenger adalah kerana hasil berita yang kami poskan ke laman rasmi dan blog.
Terdapat rakan-rakan dari Putatan,Papar,Kota Belud serta beberapa daerah lain bertanya hal yang sama sedangkan Admin kurang pasti bagaimanakah dan kepada siapakah mereka harus mendaftar sebagai ahli.Ini kerana,setahu Admin,tinjauan kami setakat hari ini ke Bangunan Urusetia PPBM Sabah di Alam Mesra,Kota Kinabalu,belum beroperasi sepenuhnya.
Lalu,cara lain yang boleh adalah dengan memasuki laman web PPBM itu sendiri dan mendaftar secara Online.Anda akan dihidangkan dengan suapan arahan bagi mengisi satu persatu biodata personel anda termasuklah di kawasan mana anda mengundi.Apabila siap,anda perlu menaip nombor debit kad anda bagi yang sudah lengkap terisi.Di situ,akan terdapat arahan berapa jumlah yang anda perlu bayar untuk Ahli Biasa,Ahli Bersekutu (bukan bumiputera) dan Ahli Seumur Hidup.
Try Link : https://pribumibersatu.org.my
Mula-mula,anda klik link berwarna biru itu dan pilih 'daftar keahlian PPBM'.Kemudian isi biodata anda seperti yang dipaparkan pada Gambar A.Kemudian pada bahagian bulatan biru adalah untuk gambar kad pengenalan anda.
Isikan borang online tersebut sepenuhnya dengan lengkap pada setiap petak soalan yang dikemukakan.
Pemohon diingatkan agar menggambar terlebih dahulu kad pengenalan pemohon sebelum mengisi borang online ini.
Pada ruangan Nama Penuh,hendaklah di isi mengikut apa yang tertera di kad pengenalan pemohon.
Petak tertulis no.Kad Pengenalan hendaklah di isi nombor kad pengenalan TANPA menaip (-) sengkang.
Mengisi tarikh lahir hendaklah dimulakan dengan tahun kelahiran seperti contoh 1975-02-30
Sila tekan YA jika sudah daftar sebagai pemilih.Arahan yang keluarkan dari satu petak ke petak isian yang lain sangat mudah untuk difahami.
Anda akan menemui suapan seperti Gambar B di mana anda dikehendaki untuk membuat "UserName" ciptaan anda sendiri dan kata laluannya (password) kerana ianya akan memudahkan anda Sign-In kemudiannya nanti.
Kemudian,raksori pengesahan di minta dan anda perlu menaip ikut huruf kecil atau besar pada raksori yang terpapar.
PERINGATAN :
Anda perlu mengingati UserName dan kata laluan (password) anda kerana ianya penting untuk menyemak kembali biodata anda di kemudian hari.
Fail tersebut adalah merupakan fail peribadi anda tanpa diketahui oleh sesiapa melainkan anda dan pihak Urusetia Pendaftaran PPBM Pusat.
Setelah anda siap mengisi borang tersebut,suapan sebegini akan muncul (Gambar X) dan anda perlu menekan petak biru yang tertulis 'Seterusnya' KECUALI sekiranya anda ingin menyemak kembali biodata sebelumnya,anda perlu menekan 'Kembali'.
Menekan 'Seterusnya' akan membawa anda ke titipan jumlah bayaran dengan pilihan Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu atau Ahli Kehormat (VIP).
Secara automatik,suapan ini akan meminta bayaran melalui kad kredit atau debit kad anda dan anda perlulah berhati-hati dengan sisipan ini kerana HANYA anda yang mengetahui nombor kad anda dan kata laluannya.
Nombor TAC akan dikirimkan melalui sms ke telefon bimbit anda dan nombor 6 angka itu perlu ditaipkan ke petak yang telah disediakan.
Lihat Gambar C dimana anda akan menerima suapan seperti ini dengan ucapan TAHNIAH kerana telah berjaya menjadi ahli PPBM beserta dengan nombor keahlian dan tarikh luput kad keahlian tersebut.
Kad yang terpamer hanyalah 'prototaip' sahaja sebagai permulaan.
Kad sebenar yang anda bakal terima mempunyai SmartChips dan susunan nama yang lebih teratur dan cantik.
Untuk hasil daftar yang baik dan mudah,talian wifi anda haruslah dalam keadaan yang bagus.Cara daftar ada sedikit berbeza mengikut jenama telefon bimbit di mana suapan artikel mungkin sedikit berbeda namun cara daftarnya adalah sama seperti yang Admin susun sejak awal tadi.
Jika bayaran sudah di buat,sesetengah telefon atau wifi akan memaparkan suapan seperti Gambar A semula...Jangan panik kerana nama anda sudahpun didaftarkan sebenarnya.
Disinilah pentingnya UserName dan password anda tadi.Lihat pada hujung sebelah kanan atas di mana terpapar perkataan LOG IN....Disitulah anda klik dan masuk kembali dengan UserName dan password.Buatlah mengikut arahan yang tertera.
Kad sebenar (Gambar Z) yang anda bakal terima mempunyai SmartChips dan susunan nama yang lebih teratur dan cantik.
Anak panah biru adalah SmartChips yang dimaksudkan dan mengikut tinjauan krew kami difahamkan,kad tersebut akan dikirimkan samada melalui pos ataupun di tuntut sendiri di Ibupejabat PPBM Pusat ataupun di pejabat urusan PPBM di tempat anda.
Perlu diingatkan kepada anda yang telah menganggotai mana-mana parti,hendaklah melepaskan keahlian anda terlebih dahulu sebelum menyertai parti baharu.Sikap mempunyai banyak keahlian dalam parti di seluruh negara itu bukan suatu sikap yang baik.Kesetiaan harus dikekalkan dalam perjuangan politik anda barulah anda boleh berbangga sebagai ahli parti yang bersih dan amanah serta jujur dalam perjuangan.
Semoga artikel ini memberikan sedikit info dan tatacara untuk menjadi ahli PPBM.
Wassalam.SELAMAT BERJUANG RAKYAT MALAYSIA !!
**mohon komen jika ada yang tersilap..Aramaitiii..Kihoii.
No comments:
Post a Comment