Thursday, March 28, 2019


PPBM KOTA BELUD SASAR 3,000 PENYOKONG HADIR
Perasmian PPBM Sabah 6 April 2019 oleh Tun Mahathir Mohamad
Tinjauan oleh Geng Ngayau SABAHitz_Online

KOTA BELUD ; Pelancaran PPBM Sabah pada 6hb April ini bakal menyaksikan banjir baju merah bersulam logo bunga raya berwarna putih di ibu negeri.Di pusat perasmian ITCC Penampang pula,dijangkakan akan mengalami kesesakan lalulintas dan orang awam dinasihati agar mengelak laluan tersebut dengan menggunakan laluan alternatif lain.

Pihak Jabatan Trafik PDRM di jangka akan mengeluarkan peta laluan khas bagi pengguna-pengguna jalanraya lain yang tidak terlibat dalam perhimpunan raksasa itu kelak.

Kota Belud sahaja,adalah dijangkakan bahawa seramai hampir 3,000 orang penyokong PPBM Sabah akan turun.Mereka ini di pimpin oleh YB Datuk Japlin Hj.Akim dan dibantu pula oleh Tan Sri DSP Pandikar Amin Hj.Mulia dan DSP Salleh Tun Said Keruak.

Menurut tinjauan,seramai 2,000 orang sudah didaftarkan (gelombang pertama) di Kota Belud manakala 1,500 borang lagi sudah terisi oleh ahli-ahli di gerakan gelombang kedua.Malahan,Admin difahamkan bahawa ramai lagi ahli baharu akan menyertai PPBM Bahagian Kota Belud dengan matlamat sasar boleh mencapai sehingga 5,000 lebih kelak dalam masa terdekat ini.

Sasaran ini adalah himpunan keseluruhan daerah di mana Kota Belud terbahagi kepada tiga DUN iaitu Tempasuk,Usukan dan Kadamaian.Rangkuman keaktifan pendaftaran inilah yang di lihat sebagai sasaran kepada jumlah berkenaan malah akan di jangka jumlah tersebut lebih ramai lagi.

Keminatan pengundi-pengundi baharu di Kota Belud tumbuh mekar apabila mengetahui bahawa YB Datuk Japlin Hj.Akim sahaja satu-satunya kini masih bergelar ADUN (Usukan) akibat berundurnya ADUN Tempasuk,YB Datuk Musbah Jamli yang menyertai Parti Warisan Sabah.Kedudukan Japlin yang satu-satunya ADUN KB yang menyertai PPBM memungkinkan peratusan besar ke arah menjadikan Datuk Japlin sebagai Ketua PPBM Bahagian Kota Belud.

Yang pasti,sistem PPBM tidak mengira DUN yang ada tiga itu tetapi dicantumkan menjadi SATU Bahagian sahaja.

Dari arah Sipitang pula,tinjauan krew SABAHitz_Online difahamkan hampir 2,000 penyokong parti pimpinan YAB Tun Dr.Mahathir Mohamad itu bakal berkampung di Kota Kinabalu mulai 5 April ini manakala dari tanah tinggi Ranau pimpinan YB DSP Masidi Manjun dan persekitarannya pula menjangkakan jumlah yang sama bakal hadir.

Begitu halnya pula dengan kawasan Beaufort yang disifatkan sebagai kawasan 'The Chronicles 3'.Jumlah 2,000 hingga ke 3,000 itu bukan perkara mustahil.Penyokong-penyokong The Chronicles 3 iaitu YB Datuk Isnin Aliasnih,YB Datuk Azizah Mohd.Dun dan DSP Hj.Lajim Ukin bakal berpusu menambah kebanjiran di hari pelancaran.

Belum lagi di kira yang datang dari arah Kudat dan Kota Marudu.Mana lagi yang datang dari pantai timur khususnya diketuai oleh YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan....Lalu,di sambut pula dengan gerombolan penyokong-penyokong di ibu negeri di bawah pimpinan YB DSP Hajiji Hj.Noor yang sememangnya punyai ribuan penyokong yang siap siaga mengibarkan panji-panji PPBM.

Gelombang Merah bakal beralun di Kota Kinabalu menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


No comments:

Post a Comment