Wednesday, March 27, 2019

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD RASMI PPBM SABAH 6HB APRIL INI
Oleh : Sam Othman

KOTA KINABALU ; Parti Pribumi Bersatu Malaysia sah melebarkan sayapnya ke negeri di bawah bayu ini setelah melalui berbagai perbincangan antara atasan PPBM Pusat dengan sekumpulan Ahli Yang Berhormat DUN Sabah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj.Hajiji Hj.Noor.

Pertemuan demi pertemuan dilakukan oleh kedua belah pihak sejak Disember 2018 lalu bagi membincang dan memperhalusi bagaimanakah PPBM itu boleh bertapak di Sabah.Dalam pada itu,berbagai andaian dilontarkan berkenaan penubuhan parti itu di Sabah oleh banyak pihak termasuklah isu panas ketidaksetujuan presiden dan pimpinan Warisan sebagai kerajaan negeri.

Apapun,tiada yang bisa menghalang PPBM melangkah Laut China Selatan untuk singgah duduk di Sabah.Warisan diberikan jaminan bahawa kemunculan PPBM Sabah adalah untuk memperkasakan pentadbiran negeri dan bukannya untuk merampas apa-apa.Begitupun halnya yang dipersetujui oleh Warisan dan PPBM Pusat,rungutan dan bebelan masih juga kedengaran di sana sini ibarat 'rumah siap,pahat tukul masih berbunyi'.

Tinjauan menyatakan,ada sekelompoknya di dalam Warisan itu meniupkan isu negatif terhadap kemunculan PPBM di Sabah.Antaranya yang hangat ialah PPBM MAHU JAWATAN TIMBALAN KETUA MENTERI....Puak-puak ini seakan bertindak memperlagakan kesucian hubungan Warisan-PPBM,Tun M-Shafie-Hajiji.....Sedang isu sebegini belum pernah terlintas di fikiran Tun M sebagai pengerusi malahan hasil pertemuan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Warisan YAB DSP Mohd.Shafie Hj.Apdal dengan YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi PPBM membuahkan silaturrahim yang harum mekar.

Mengapa puak-puak ini menebar isu-isu negatif bagai ingin mencetus perbalahan ??
Jangan lupa,setiap apa yang disebut atau diinginkan itu umpama doa.....Hati-hati.

Dari Padang Merdeka Kota Kinabalu,lokasi pelancaran PPBM Sabah oleh YAB Tun Mahathir Mohamad dipindahkan ke Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC) di Penampang.Auditorium ITCC Aras 2,Banquet Hall bakal banjir dengan penyokong-penyokong PPBM Sabah.Terpindah lokasi mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu dan mungkin juga kerana keselesaan lebih diutamakan.

Khabarnya,setiap daerah membekalkan paling sedikit 100 hingga 500 orang perwakilan daerah masing-masing.Bayangkan dari Kota Belud sahaja khabarnya hampir 1,000 orang bakal berkampung di ibu negeri mulai 5hb April manakala dari Ranau juga sama.Bukan setakat sebagai ahli PPBM Sabah di bawah pimpinan DSP Hajiji tetapi juga sebagai menghormati kehadiran pemimpin no.1 negara YAB Perdana Menteri.Sesambil itu juga,teringin sangat untuk termaktub dalam sejarah sebagai orang yang pernah hadir menyaksikan peristiwa besar itu tertulis disamping ingin mendengar sendiri pengumuman tentang SIAPAKAH Pengerusi PPBM Sabah dari mulut PPBM Pusat sendiri.

YAB PERDANA MENTERI pasti hadir !!
YB Presiden PPBM dan YAB Timbalan juga hadir bersama AMT dan Armada nya.
Laskar Hajiji...Laskar Masidi dan rakan-rakan juga dari seluruh Sabah bakal hadir dengan panji-panji kegemilangan....

Muatkah dewan ITCC ??
Ini bukan setakat majlis perasmian PPBM Sabah tetapi juga turut meraikan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia.

JUMPA ANDA DI SANAAAAA !!


No comments:

Post a Comment