DSP Hajiji Hj.Noor Pengerusi Jawatankuasa Penaja Negeri Sabah
Spekulasi melebarkan sayap ke Sabah akhirnya terjawab apabila pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memutuskan untuk bertapak di negeri di bawah bayu ini menjelang 6hb April 2019.
Keputusan tersebut diumumkan oleh sumber parti berkenaan dan kenyataan tersebut sekaligus mengunci mulut yang melahirkan suara-suara sumbang sebelum ini yang lebih banyak mencemuh akan hasrat orang Sabah membawa PPBM ke Sabah.
Apa yang lebih mengejutkan ialah ADUN N10 Sulaman Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Hj.Noor hampir disahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja PPBM Negeri Sabah,yang juga turut melenyapkan khabar angin mengatakan ada pihak lain sudah SAH sebagai Pengerusi Negeri seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Penganalisis politik berpendapat,kesenyapan DSP Hajiji selama khabar angin bertiup (tular di media sosial berkenaan terdapatnya dua pihak menuntut sebagai pengerusi sah PPBM Sabah),sebenarnya adalah kerana keyakinan beliau bahawa tohmahan tentang mustahilnya PPBM ke Sabah dan siapa pengerusinya,menunjukkan bahwa beliau tahu JAWAPANNYA sejak awal lagi.
PPBM Sabah bakal dilancarkan pada 6hb April 2019 di Padang Merdeka Kota Kinabalu oleh Pengerusinya YAB Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia.Turut di jangka hadir ialah Presiden PPBM YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya YB Datuk Mukhriz Mahathir serta barisan AMT PPBM pusat.
Berbagai reaksi tercetus apabila pengumuman ini disiarkan awal petang ini.Antaranya cenderung kepada persoalan apakah Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan YAB Datuk Seri Panglima shafie Apdal dan barisan komitinya akan hadir berikutan ketidaksetujuan parti Sabahan itu sebelum ini ?
Apakah akan berlaku 'kerjasama & pengukuhan' yang dijanjikan oleh PPBM terhadap Warisan?
Kita mengharapkan sesuatu yang positif akan terzahir selepas 6hb April ini nanti dan berusahalah untuk menghindar pergolakan politik dalam keluarga PH yang mana Warisan adalah salah satu dari 'adik'.
Apapun,politikus dan pemimpin perlu meneropong dari atas ke akar umbi kerana pemikiran rakyat hari ini BUKAN lagi pemikiran zaman 80an atau 90an....Rakyat jelata hari ini ibarat si Algojo yang kejam...Yang mampu menghukum dengan mandatori melalui kertas undi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment