Thursday, March 14, 2019

Catatan SAM@SABAHitz_Online

BERSATU MASUK SABAH,KENAPA YANG LAIN SENTAP? -Politikus Sabah di landa sindrom 'tekazut' & resah gelisah 
Tanggal 6 haribulan April 2019 telah dicatatkan sebagai tarikh keramat bila mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu menapak di Sabah negeri di bawah bayu dengan rasminya.Ironinya,perasmian itu akan disempurnakan oleh Tun Mahathir Mohamad,Pengerusi PPBM dan juga Perdana Menteri Malaysia bertempat di Padang Merdeka Bandaraya Kota Kinabalu.
Percaya atau tidak,parti-parti tempatan di Sabah tidak bersetuju dengan kemasukan PPBM ini ke Sabah.Lebih-lebih lagi Parti Warisan Sabah yang kini memerintah negeri.
Berbagai kenyataan di buat oleh kalangan pemimpinnya.Presidennya merujuk kepada perjanjian lisan bersama PPBM sebelum PRU14 manakala timbalan berkata PPBM tidak akan masuk Sabah sedang naib presiden berkata,agar PPBM mengotakan janji.
Memang benar PPBM sudah mengikat janji dengan Warisan sebelum PRU14 lalu untuk tidak masuk ke Sabah.Memang benar Warisan menjangkakan janji itu akan tertunai selepas PRU14 dan selepas Warisan menubuhkan kerajaan Mei tahun lepas.Dan memang benar,PPBM melaksanakan janji tersebut yang genap usianya 10 bulan.

Bak kata Tun M,manifesto itu bukan kitab suci.Janji mulut boleh dihalalkan bila keperluan mendesak.Perlu di ingat,janji itu cuma lisan pada telinga dan mulut tetapi tidak di atas kertasnya bak kata orang kita,hitam putih.Ini adalah budaya orang kita sendiri bah kerana kita bukan bangsa lain yang punya karenah masing-masing.Contohnya,si A telefon si B...Si A bilang mau jumpa jam 2pm di suatu tempat lalu dipersetujui oleh si B....

Ko pikir tepatkah masanya si B datang ke tempat yang dijanjikan ??..Tidak bosku.
Inilah budaya kita..Lain kali kalau berjanji tentang sesuatu yang besar dan mustahak,perlulah menandatangani suatu perjanjian di atas kertas.Di kemudian hari boleh dijadikan bukti untuk tuntutan...So,siapakah si bijak itu dalam kes janji ini??

Kita semua tahu Tun M adalah Perdana Menteri Malaysia negara kita.Di dalam kabinet,Tun M berkuasa penuh sebagai ketua.Ingat tu !!

Sandiwara itu sebahagian daripada DNA Politik.Di dalam tubuh 'politik' itu segalanya ada....Kuasa,bijaksana,pencatur,penindas,pemilih,penurut,pemain wayang,pelakon,sutradara,penggertak,putar belit,jujur,amanah,duit dan macam-macam lagi.

Cuba kita imbau kembali kenyataan pemimpin-pemimpin Warisan tentang kemasukan PPBM ke Sabah yang menyifatkan kemustahilan ianya berlaku dan meminta PPBM kenang janji serta di minta menjauhi Sabah.

Bukan setakat pemimpin Warisan melempar komen malahan perang netizen terbentuk dengan sendirinya di media sosial.Berbagai andaian di buat.Penyokong Warisan mengatakan Tun M berbohong.Tun M lidah bercabang.Tun M mungkir janji dan macam-macam lagi.Pihak yang satu lagi khususnya dari kalangan pembangkang seperti Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan UMNO Sabah,menjadikan isu ini sebagai satu senjata baharu selain memomokkan kerajaan Warisan.Istilah 'apa ko rasa? Oren?',PPBM masuk Sabah-Warisan gelabah dan macam-macam karenah bualan netizen berlaku.



Apapun,kelihatannya netizen media sosial itu lebih ribut dari angin berbanding apa yang berlaku di kalangan pemimpin.Seolah media sosial itu dijadikan Sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen layaknya.Sedang para pemimpin Warisan kelihatan sangat 'cool' dan mampu menerima arahan ketuanya agar bertenang.
Cuma,apa yang memeningkan ialah kenyataan beberapa ahli politik yang agak 'kencang' dan bisa membuatkan netizen kebingungan yang kemudiannya melahirkan berbagai reaksi.Ini termasuklah kenyataan yang di buat oleh Ahli Parlimen Tenom,Jamawi Jaafar yang mengatakan 'Politik Sabah di jajah dasar pecah dan perintah' serta kenyataan pemimpin lain yang agak pedas.

Rasionalnya,PPBM akhirnya bertapak juga di Sabah.Ianya diusahakan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Hj.Noor untuk membawa parti nasional itu ke negeri ini meskipun ramai pihak lain turut sama berbuat demikian sehingga menimbulkan teka-teki siapakah sebenarnya yang di lantik oleh Tun M sebagai Pengerusi PPBM Sabah.

Andaian Datuk Seri Panglima Lajim Hj.Ukin dan YB Datuk Seri Anifah Aman merupakan dua nama lain yang digembar-gemburkan sebagai calon pengerusi selain Hajiji.Peranan Lajim memang agak besar kerana khabarnya,beliau merupakan ahli politik Sabah yang terawal menyertai PPBM di ibu negara.Malah,Lajim juga sanggup mengorbankan partinya sendiri,Harapan Rakyat,untuk dibubarkan sekaligus mengajak ahlinya menyertai PPBM.Kononnya,jumlah Harapan Rakyat seramai 64,000 orang.Bukan sedikit jumlah itu tetapi persoalannya,jika 64K itu mengundi calon-calon Harapan Rakyat khususnya Lajim,mengapa pula parti ini tidak memiliki sebarang kerusi kemenangan dalam PRU14 lalu? Pada sudut lain pula,Lajim juga pernah 'berjasa' suatu ketika dahulu apabila menjadi Atlet Balapan Politik melompat ke parti lain dan merupakan seorang yang berperanan sebagai penyebab kemasukan UMNO di awal tahun 90an dahulu.

Anifah pula,tiba-tiba muncul bersama Tun M baru-baru ini selepas beliau mengumumkan keluar UMNO dan bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah.Beliau di lihat sebagai calon kedua untuk jawatan pengerusi PPBM Sabah tetapi terkaan itu sedikit calar dengan keputusan mahkamah untuk Parlimen Kimanis milik Anifah.Datuk Karim Hj.Bujang dibenarkan oleh mahkamah untuk mengira semula undi PRU14 yang dalam simpanan SPR.Pada sudut yang lain pula,tindakan Anifah muncul bergambar bersama Tun M baru-baru ini dilihat netizen sebagai 'menyelamatkan diri sendiri dan abangnya Musa Aman' (bekas Ketua Menteri Sabah).

Hajiji pula,merupakan antara calon popular yang agak senyap pergerakannya.Ibarat kata Hang Tuah,'bergerak biar dalam gelap' dan 'umpama menarik rambut dari tepung..rambut tak putus,tepung tak selerak'...Hajiji pernah 'hilang' beberapa ketika tatkala taufan ribut menyebarkan khabar tentang kemasukan PPBM ke Sabah antara Disember 2018 dan Januari lalu.Di selatan Sabah sibuk dengan Lajimnya manakala di tanah tinggi dan utara pula,sibuk dengan kumpulan seorang individu bergelar Datuk mengetuai kemasukan 700 ahli baru PPBM Kota Belud.Tandatanya semakin hangat dan Hajiji pula terus-terusan berdiam diri.

Tetiba lah pula,YB Keranaan DSP Masidi Manjun mengepos gambar Hajiji bersama Dato' Seri Mukhriz serta beberapa AMT PPBM lain.Bagai ledakan yang agak gempita,kesenyapan Hajiji rupanya melantunkan impak yang besar sekaligus menutup suara-suara sumbang tentang PPBM ke Sabah.Berita itu sekaligus menjawab siapakah yang bakal menerajui PPBM Sabah dan siapakah yang akan merasmikan parti nasional pimpinan Tun M itu kelak,yakni 6 haribulan April 2019 bertempat di padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah.

Rata-rata netizen berpendapat,bukan Lajim-bukan Anifah Aman.Tetapi ianya Hajiji yang bakal dinamakan sebagai Pengerusi PPBM Sabah.Semakin lah terSENTAP politikus-politikus yang selama ini menjuihkan bibir mencemuh Hajiji,mencemuh PPBM dan mencemuh Tun M.Malah,sudah ada kalangan politikus yang aktif di media sosial mula memadam post-post yang lalu berkenaan cemuhan ini supaya tidak kelihatan lagi membelakangi Hajiji dan PPBM.
Inilah namanya DNA dalam tubuh 'politik' itu seperti yang saya katanya di atas.Politikus yang dulunya mencemuh dengan berbagai kata kesat,penghinaan dan sindiran tetapi kemudiannya memadam post tersebut adalah orang-orang yang akan muncul sebagai 'penyokong kuat',kononnya....
Biasanya,pemimpin akan lupa apa yang pernah dilakukan oleh mereka sehingga PEJUANG & PENYOKONG SEBENAR diabaikan serta dipinggirkan.Well,itulah namanya politik dan ianya akan terus-terusan begitu sehinggalah Tuhan mengurniakan musibah ke atasnya dengan tujuan agar pemimpin itu sedar sedikit....(Saya menyindir ni).
Insyaallah,DSP Hajiji Hj.Noor bukan orangnya kerana saya mengetahui hati budi beliau sejak dahulu lagi (ini bukan jek 15tan ye).Ini adalah kenyataan dan tiada siapa berani menyangkal dakwaan ini.

Jumpa nanti di Padang Merdeka jam 3 petang pada tarikh 6hb April 2019 ini.Pemimpin tempatan lain yang tidak sehaluan,jangan lagi SENTAP dan buat-buat terkejut kerana perlulah kita ingat bahawa Tun M itu bigboss,janjinya akan memperkukuhkan pentadbiran kerajaan Sabah dan dia adalah seorang PERDANA MENTERI...

"mun paham-bisai.."

WASSALAM

#terimakasih/sumberrujukan/gambar:fmt&borneotoday;







No comments:

Post a Comment