Wednesday, March 27, 2019

dari kacamata Sam@SABAHitz_Online

POLITIK SABAH-KERAJAAN BARU 2019 ?


Benarkah kerajaan Sabah pimpinan YAB DSP Mohd.Shafie Apdal bakal berubah lagi apabila PPBM sudah bertapak di Sabah?

Jawapannya-segalanya berkemungkinan.

Jom kita dalami sedikit ilmiah Mahathir seorang Perdana Menteri.Dunia sememangnya sangat menyegani satu-satu pemimpin Asia ini yang datang dari Malaysia.Beliau seorang yang bijaksana dan penuh dengan ketertiban meski sudah menjangkau 94 tahun.Otaknya masih fresh dan bukan seorang yang pelupa (cuma kadangkala pura-pura lupa) demi menutup sesuatu yang mungkin difikirkan sesuai.

Ramai netizen dan ahli politik khususnya yang tidak menyenangi Tun Mahathir kerana beberapa tindakannya yang menongkah arus dan sengaja 'lupa sejarah'.Ini tidak dinafikan lagi kerana Tun M seorang Tokoh Politik yang penuh pengalaman serta 'puas' hidup di ulit asam garam kehidupan.

Warisan terpaksa menerima kemasukan PPBM ke Sabah dan Shafie memohon sangat-sangat agar rakyat dan penyokong Warisan bertenang.Bukan sedikit pengalaman Shafie sebelum bergelar Ketua Menteri.Beliau punya citarasa yang tinggi untuk membangunkan negeri Sabah semaju yang boleh dengan gandingan menteri kabinetnya walaupun hampir kesemuanya belum berpengalaman mentadbir sebuah kerajaan.Namun,Shafie membimbing mereka ke arah yang lebih baik dan berusaha untuk melupakan bahawa mereka bukan lagi Pembangkang.

Pada masa yang lain pula,Barisan Nasional (dulu) kini berdiri sebagai pihak pembangkang dan berusaha pula untuk menyelami sifat dan sikap seorang pembangkang.Almaklum,sudah terbiasa menjadi kerajaan sejak merdeka lagi.Tentu sekali amat payah menyesuaikan diri.Apapun,pembangkang Sabah benar-benar membuktikan bahawa mereka mampu.Kecemerlangan blok pembangkang di Dewan Undangan Negeri tidak dapat dipertikaikan lagi.Hal ini sangat baik untuk blok kerajaan dimana mereka cuba menelusuri setiap teguran,memperbaiki setiap kelemahan dan belajar untuk jadi kerajaan yang terbaik.

Bergolak juga senario politik Sabah bila,Warisan tidak mahu PPBM mungkir janji dan tidak injak kaki ke Sabah.Janji sebelum PRU14.Shafie tidak mahu masuk ke dalam komponen Pakatan Harapan kerana ingin mandiri untuk Sabah tercinta.Makanya,Warisan hanya menjalin kerjasama dengan PH.

Akhirnya,Warisan terpaksa akur dengan kehendak (atau mungkin tekanan) PPBM bertapak di Sabah.Alasannya,Ex-UMNO Sabah & YB Bebas tak mahu masuk Warisan.Dengar khabar,Shafie pernah di minta agar memujuk Ex-YB UMNO Sabah ini menyertai partinya dalam tempoh sebulan.Malang sekali,pasukan Ex-YB UMNO Sabah ini menolak mentah-mentah.

Yang berjaya masuk ahli hanya lah seorang dua.Kesempatan ini di ambil pantas untuk dijadikan alasan agar PPBM bertapak di Sabah.Walau pada masa yang sama,Warisan sudah berjaya mengumpul kerusi peribadinya sejumlah 30 ADUN.

Barangkali,Tun M mempercaturkan kemasukan PPBM ke Sabah sebagai salah satu usaha untuk mempercukupkan kerusi miliknya di peringkat Nasional.Kerusi-kerusi Ahli Parlimen di Sabah harus berada dalam genggaman PPBM.Terdapat logiknya dalam hal ini kerana Tun Mahathir itu asalnya dulu pejuang parti melayu dan Islam juga.

Soal mengenepikan Warisan di Sabah,mungkin hanya fikiran tipis dari segelintir orang tetapi tidak boleh juga dikatakan tidak.Segalanya berkemungkinan sekiranya Warisan bertindak membelakangi Tun M.
Membelakangi Tun M bererti isytihar perang politik namanya.Sekali lagi diingatkan,Tun M itu seorang Perdana Menteri dan fikirkan sedalam-dalamnya dahulu,mengapa Tun M boleh di lantik sebagai Perdana Menteri kalau hanya punya 13 kerusi saat itu????

Berbalik kepada pernyataan di atas,sekali lagi ditegaskan bahawa Tun M seorang yang bijaksana dan mahir mengatur catur.

Sabah pasti akan lebih maju dengan pimpinan YAB DSP Mohd.Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri kerana Shafie punya wawasan dan hala tuju yang prolifik,penyabar serta tenang.Dibarisi oleh gandingan menteri-menteri yang berusaha untuk belajar,apa salahnya jika peluang itu di pandang dari sudut positif dan jangan terus menghukum.

Namun,hakikatnya alangkah indahnya jika GBS itu bernaung di bawah PPBM Sabah pimpinan YB DSP Hj.Hajiji Hj.Noor nanti,dicampuri pula dengan pimpinan mantap barisan Shafie Apdal,sudah pasti Sabah ini akan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.
Ibarat sebuah padang bola,pemain muda saling bergantung harap dengan pengalaman pemain yang lebih senior untuk menyudahkan gol-gol kemenangan.

Buang sifat buruk sangka.Buang ego.Buang sikap negatif.

Sabah sangat memerlukan kemajuan dan bukan pertelagahan.Kalau pemimpin asyik bertelingkah,bila masa pula tumpuan di beri untuk kebajikan rakyat ?

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERJUANG
DEMI SABAH TANAHAIRKU TERCINTA


No comments:

Post a Comment