"DALAM PERJALANAN"
Karya pertama diterbitkan dalam bentuk eBook
Saya akan mengulas mengenai isipati buku tulisan Pak Musli Oli ini apabila ianya sudah berada di tangan dan selesai membacanya kelak.
Ulasan sangat perlu untuk mengelakkan makna disalahtafsir dan mungkin juga bisa dijadikan sebagai rujukan kerana usia dewasa saya terlalu banyak membuat rujukan terhadap karya-karya Pak MO yang padat dan tepat apabila saya mula menulis di akhbar,menulis di blog ataupun berbicara di sawang radio digital KB Hitz FM.
Bukan setakat buku-buku Pak MO saya jadikan rujukan tetapi kala waktu fikiran buntu tentang sesuatu yang musykil,saya tidak membuang masa untuk mengunjungi Restoran Pak Mus untuk bertanya.Syukur,selama ini,tiap kali saya ke restoran Pak MO di Tanjung Aru Plaza,saya tidak kecewa kerana pasti akan dapat duduk berbual sebentar bersama penulis prolifik yang penuh tanda tanya ini.
Setahu saya,setiap karya Pak MO menggunakan bahasa melayu bersahaja dan mudah difahami.Beliau tidak begitu gemar menggunakan bahas-bahasa sastera yang berkias-kias.Karyanya penuh dengan fakta dan sinis...Terpulang pada kita untuk menilai mesej yang disampaikan samada faham atau 'pura-pura' tidak faham atau langsung tidak faham.
Apapun,sebulan yang lalu,Pak MO ada mengatakan kepada saya tentang buku 'Dalam Perjalanan' ini yang katanya sedang diperhalusi isi kandungnya dan kini ianya telah siap untuk di baca dan diterokai....
(Lihat pada gambar untuk maklumat lanjut)
No comments:
Post a Comment