Tuesday, March 5, 2019


MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT 10 MAC 2019 / JAM 9.30 PAGI

KOTA KINABALU ; Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di jangka akan bersama rakyat Kota Belud di dalam sebuah program besar yang akan dilaksanakan paa 10 Mac ini bertempat di Dewan Terbuka Datuk Musbah,Kg.Taun Gusi Kota Belud.
Bercakap kepada SABAHitz On9 TV ,Datuk Hj. Musbah Jamli yang merupakan ADUN N6 Tempasuk berkata majlis berkenaan merupakan majlis julung-julung kalinya diadakan di kawasan beliau kerana ianya melibatkan pemimpin besar negeri Sabah.
"Saya menyeru agar para penduduk di kawasan N6 Tempasuk dan juga seluruh daerah Kota Belud untuk bersama-sama kita meraikan ketibaan YAB Ketua Menteri," ujar beliau ketika ditemui di kediamannya di Kingfisher Jalan Sulaman di ibu negeri.
"Kita berbangga sekali kerana kita berjuang untuk sebuah parti lokal yang di pimpin oleh anak jati Sabah sendiri.Kerajaan Sabah hari ini adalah pimpinan anak Sabah iaitu YAB Datuk Seri Hj.Mohd. Shafie Apdal ,Presiden Parti Warisan Sabah," kata Musbah.
Menurutnya,apa yang menjadikannya istimewa ialah kesudian YAB Ketua Menteri ke Kota Belud dan tentu sekali ianya akan mencetuskan inspirasi baharu bagi Tempasuk.
"Tempasuk merupakan sebuah lembah jelapang padi dan kebanyakan penduduknya menjadikan industri pertanian sebagai salah satu hasil mahsyul keluarga.Semoga dengan lawatan YAB Ketua Menteri akan membuka ruang yang luas ke arah merealisasikan kemajuan dan pembangunan Tempasuk khasnya dan Kota Belud amnya," jelas beliau lagi.
Adalah dijangkakan turut hadir sama ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong dan kalangan menteri-menteri kabinet yang lain.
Selainnya,mengharapkan akan terzahir beberapa perkara yang bakal diumumkan oleh YAB Ketua Menteri dalam ucapan khas beliau kelak.
Musbah akan mengetuai penyerahan borang-borang keahlian Warisan dari kalangan penduduk N6 Tempasuk sebagai acara kemuncak majlis berkenaan nanti.

No comments:

Post a Comment