ANAK MUDA YANG KU KENAL
ANAK MUDA ini saya kenali bukan sebulan dua.Sejak dia masih bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah dahulu.
Orangnya bertubuh kecil sederhana tetapi pantas bergerak seolah seluruh anggotanya itu diperbuat daripada keluli dan segala sendinya itu terikat dengan nat-nat besi.
Sifatnya memang peramah...Seorang yang humble dan gemar bertutur dengan budi bahasa yang tinggi....Tidak sombong dan biasa-biasa orangnya.
Cuba lah ketika anda berhadapan dengan insan ini,renung matanya tatkala anda berbual dengannyamsudah pasti anda akan terbaca raut wajah yang kelihatan pantas berfikir sebelum mengukir kata-kata.
Ewon Benedick (YB Datuk) tidaklah ingin saya puji melambung tinggi dek kerana dirinya itu seorang YB dan bergelar Datuk....Lagipun,buat apa saya memujinya lebih-lebih sedangkan saya ni bukan kakitangannya,bukan mengundi di N7 Kadamaian pun malah saya ini bukan dibayar satu sen pun..Saya cuma ingin anda semua tahu siapa Ewon Benedick ini sebenarnya....Saya sering memandangnya sebagai orang yang sama iaitu ketika dia belum menang pilihanraya sehinggalah ke hari ini.Tetap Sama..tetap tanak kampung...
Orangnya tetap sama...Bicaranya tetap sama...pekertinya tetap sama...Santun oangnya sejak dahulu lagi,tetap sama.
Sepanjang dua bulan sebelum PRU14 lagi,saya giat menemaninya ke ceruk kampung di kawasan Kadamaian.Malah,sering ikut tumpang rakan yang miliki pacuan 4 roda kerna jalanrayanya berbukit dan gravel.Pada saat-saat itu,saya tidak pernah terfikir yang dia ni akan dinamakan sebagai calon pilihanraya sehinggalah pada minggu-minggu terakhir sebelum DUN Sabah dibubarkan,baru lah saya mula terhidu kelibat namanya bakal dicalonkan.
Well,itu berita menggembirakan...Kempen 11 hari saya ikut padatkan masa membuat liputan bersama Ewon Benedick....Rasanya,saya orang pertama yang tiba-tiba menggelarnya dengan panggilan 'YB' sehingga ditertawakan oleh rakan-rakan lain dalam kumpulan kempen kami itu...Bukannya apa,saya terlalu yakin dengan kemenangan beliau.
Bukan setahun dua saya menulis sebagai orang Media....Tahun 1990 saya bermula sebagai wartawan Sabah Times (kini New Sabah Times)...Empat tahun kemudian,saya 'dipinjam' oleh seorang Menteri Persekutuan untuk diserapkan masuk ke Team Media menteri berkenaan selama 6 bulan.Kemudian selepas itu,saya kembali menulis sebagai wartawan politik dan isu semasa di akhbar tempatan dan juga kadang menulis di Borneo Bulletin dan akhbar Media Permata (keduanya di Negara Brunei DS).
Tahun 1997,ketika negara di landa kegawatan ekonomi,saya di ambil bertugas oleh seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah bersama beberapa rakan lain sehinggalah Timbalan itu menyerahkan pula saya ini kepada Team Media Ketua Menteri....Tidak ada yang dapat dibanggakan kerana saya tidak berjawatan SU Akhbar pun...Cuma kakitangan komunikasi dan media sahaja hampir 4 tahun...Dipendekkan kisah,saya ini cuma orang biasa yang suka menulis ikut rentak atau cara saya sendiri...Mengejar jawatan penting tidak pernah saya impikan dek kerana sedikitnya ilmu dan pengalaman yang saya miliki.
Semenjak Ewon Benedick di angkat menjadi YB dan bergelar menteri,saya pernah menitiskan airmata hanya kerana ramalan saya betul..Iaitu,Ewon Benedick dapat Menteri Penuh dalam kabinet Sabah....Saya terharu dan sangat gembira...Saya melihat kegembiraan itu dirayakan oleh YB dan para sahabat-sahabatnya dengan meriah sekali dan susulannya mereka bercuti rehat di luar Sabah setelah sekianlama berjuang untuk kemenangan yang diimpikan...Saya cuma mampu melihat dari jauh sahaja...Turut sama gembira dan terharu....Syukurlah....
Ewon Benedick bijak menyusun atur barisan kakitangannya yang di lihat berjasa sewaktu pilihanraya lalu....Beliau memang genius dengan meletakkan sesuatu tugasan itu untuk seseorang yang layak...Saya melihat dari jauh segalanya dan berdoa agar anak muda bergelar YB ini akan terus sukses dan mampu membawa Kadamaian ke tahap yang lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelumnya.
Dia seorang yang miliki wawasan yang logik..Dia seorang ahli fikir dan seorang yang mempunyai misi tertentu untuk penduduk Kadamaian...Dia tidak ingin dilihat dan disamakan dengan bekas YB-YB yang terdahulu...Dia ingin kelihatan lebih Advance dan ingin maju bersama rakyatnya..Dia lah Ewon Benedick yang saya kenali dahulu dan hari ini.
YB Datuk Dr.ewon Benedick Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah |

Catatan ini sudah lama tersimpan (30 Mei 2018) lalu hari ini dipaparkan
No comments:
Post a Comment