Saturday, February 8, 2020

CUBAAN MUSUH LUMPUH UMNO DARI DALAM : JAINAB  
oleh Sam Hj.Othman  


KOTA KINABALU : Media elektronik hari ini merupakan saluran yang digunapakai oleh pihak-pihak tertentu dalam menyebarkan berita yang tidak sahih dan aktiviti menyunting bahan untuk terbitan umum sebagai salah satu usaha memporak perandakan situasi.

Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid menegaskan bahawa terdapatnya kalangan pengamal media khususnya Media Sosial telah menjadikan laman tersebut sebagai saluran menghebahkan berita palsu,mengedit bahan (gambar),mengolah susunatur laporan dan memuat naik video yang telah di edit dengan tujuan mengelirukan umum.

" Mereka ini di panggil Cyber Troopers (Cytro) yang di upah oleh pihak-pihak tertentu bagi memuaskan hati mereka yang berkepentingan.

Politik hari ini terlalu terdedah kepada laporan MedSos yang dimainkan oleh cytro-cytro dengan tujuan tertentu termasuklah mengucar-kacirkan pihak yang di tuju," jelas Jainab yang merujuk kepada 'cytro jahat' di MedSos hari ini.

Menurut beliau,sudah beberapa tahun cytro sebegini bergerak aktif di MedSos malah di zaman kerajaan BN lalu pun,cytro-cytro ini sudah memulakan langkah memburuk-burukkan keadaan.

"Semasa saya masih memegang portfolio Menteri kabinet Sabah dahulu pun,saya kerap memberikan nasihat yang sama berulang kali bahawa setiap apa yang terima berkenaan sesuatu itu mestilah dipastikan kesahihannya terlebih dahulu.

Semak samada ianya fakta yang benar atau fakta yang sudah di sunting....Bukannya tergesa-gesa untuk memviralkan sesuatu itu untuk menunjukkan yang anda lebih pantas dari orang lain sehingga akhirnya,apa yang anda poskan di MedSos itu adalah fakta yang tidak benar.

Kadang-kadang,maklumat yang kita terima itu masih dalam peringkat cadangan dan perbincangan tetapi tiris lebih awal lalu diviralkan hingga menyebabkan timbulnya salah faham dan kekeliruan," ujar Jainab lagi yang pernah menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Beliau merujuk kepada beberapa situasi yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini di mana ketirisan maklumat berlaku sehingga menyebabkan kekeliruan timbul yang menyebabkan netizen rancak membahaskan perkara-perkara tersebut di Media Sosial.

Jainab yang juga merupakan Exco Wanita Malaysia,tidak menolak kemungkinan bahawa terdapatnya gerakan-gerakan tertentu cytro ini di dalam UMNO itu sendiri dengan tujuan untuk melaga-lagakan pemimpin tertentu.

"UMNO sudah mengesan gerakan ini sejak beberapa lama dan sering memantau aktiviti mereka kerana mereka ini bertujuan untuk melemahkan UMNO dari dalam.

Mereka sudah cuba melumpuhkan UMNO dan Muafakat Nasional dari sudut luar tetapi ternyata Muafakat Nasional tetap kuat dan semakin gagah pula sehingga mereka mencari cara dan jalan lain umpama sang anai-anai," ujarnya lagi.


Akar umbi UMNO terlalu kuat untuk mereka hadapi dan akhirnya aktiviti mereka berjaya di kesan,katanya lagi.

"Oleh yang demikian,saya menyeru agar semua Ketua Wanita Bahagian serta Ahli Jawatankuasa mengambil langkah berwaspada selalu dengan taktik dalaman mereka ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini banyak menyebutkan aktiviti tularan berita palsu dan inilah natijahnya bila Akta Berita Palsu itu dimansuhkan.

Tetapi kita semua sedar bahawa tindakan kerajaan hari ini memansuhkan berita palsu itu semata-mata kerana mereka sudah menjadi kerajaan.

Sewaktu mereka masih pembangkang dahulu,mereka lah sebenarnya penyebar berita palsu yang begitu kuat mempengaruhi rakyat sehingga terpesona dengan fitnah mereka," tegas Jainab.

Gerakan melemahkan UMNO dan Muafakat Nasional cuba dilakukan dari dalam parti berkenaan oleh kumpulan tertentu yang membentuk CyberWar Team berpandukan kecanggihan teknologi media baharu hari ini.

Kumpulan ini aktif menubuhkan Grup Whatsapp tertentu dengan memasukkan nombor telefon pemimpin yang mereka kehendaki dan menambah rakan penyamar mereka untuk beraksi kononnya sebagai suara dari akar umbi samada menggunakan nama palsu ataupun nama-nama orang lain.

"Ini termasuklah ala Red Beans Army (RBA) milik kumpulan cytro kerajaan yang di upah dengan berbagai tujuan seperti menghasut,memutar belit dan sebagainya di MedSos," tambah Jainab lagi.


No comments:

Post a Comment