Saturday, February 8, 2020

SIASAT AKJAN BERLUNASKAN UNDANG-UNDANG : ADUN BINGKOR  
oleh Sam Hj.Othman  


KENINGAU : Orang Asal Sabah ( OAS) terpanggil untuk bersuara bersama dengan seluruh rakyat Sabah, menyeru pihak berkuasa supaya segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Datu Mohd Akjan.

Rombongan Orang Asal Sabah dari Bingkor, Liawan, Sook dan Tulid yang masing-masing diketuai oleh Encik Junior Fred, Encik Casmir Silip, Encik Ismail Bin Saharif dan Encik Adzra Addy,RM Jasni disertai oleh kira-kira 100 orang wakil dari pelbagai badan NGO dan juga ahli-ahli parti politik tempatan.

   IPD Keningau  

Empat (4) Laporan Polis telah di buat serentak dengan tujuan meminta pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan terhadap Datu Mohd Akjan diatas pernyataan-pernyataan beliau melalui siaran Youtube yang kemudiannya tular di media massa.

Menurut mereka, tindakan itu adalah salah dan boleh mendatangkan akibat yang tidak baik.


Turut bersama dalam rombongan Orang Asal Sabah itu ialah YB Tuan Robert Tawik,(Adun Bingkor),YB Datuk Ellron Angin (Adun Sook),Datuk Annuar Ayub Aman serta pemimpin-pemimpin yang lain.

Ketika ditemui,Adun Bingkor itu menyatakan bahawa beliau percaya kepada undang-undang di negara kita yang jika sesuatu perkara salah berlaku,maka kita pulangkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak.

"Ini sesuatu yang sangat serius dan menjadi kebimbangan kepada setiap rakyat Sabah dan kebimbangan rakyat ini diterjemahkan melalui beberapa siri laporan polis yang telah dibuat di seluruh negeri dan berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan dan tindakan sewajarnya," jelas Datuk Ellron Angin pula.

  Sumber Youtube  

Beberapa wakil NGO Orang Asal Sabah yang ditemui di Balai Polis Keningau ini menyatakan harapan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap salah laku seperti ini.

Melihat kepada reaksi orang ramai, kebanyakannya tertanya-tanya mengapa sehingga hari ini belum ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa dan berpendapat bahawa sesiapapun yang melakukan kesalahan,perlu untuk diletakkan di bawah kawalselia undang-undang yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment