SELAMAT MAJU JAYA KATA JEFFREY
oleh Sam Hj.Othman
KOTA KINABALU : Presiden Star Sabah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan menyambut baik hasrat mantan Ketua WiraMuda Star Sabah Terence Sinti yang meninggalkan parti itu dan berharap agar Terence beroleh kejayaan bersama parti baharu yang bakal beliau sertai.
"Selamat Maju Jaya kepada beliau,itu ucapan saya pada malam sebelum Terence mengumumkan keluar dari parti kerana dia ada berjumpa dengan saya dan membincangkan perkara ini," kata Jeffrey.
Menurut Ahli Parlimen Keningau itu,perbincangan kedua mereka adalah dari hati ke hati dan tiada sebarang prasangka buruk malah hubungan di antara keduanya tetap terjaga sebagai ahli politik yang matang.
"Terence ada menceritakan tentang masalah peribadi yang dihadapinya yang mana perlu penyelesaian segera sehingga mengganggu tugas-tugasnya selaku Ketua WiraMuda Negeri dan Naib Presiden Star sebelum ini.
Terence Sinti (sumber BS) |
Sebagai parti pembangkang,banyak perkara yang tidak mampu kami atasi bersama dan beliau boleh memilih untuk kelangsungan karier politiknya yang mempunyai masa depan yang cerah," ujar Jeffrey lagi.
Pada Khamis,Terence dilaporkan telah mengumumkan keluar dari Star Sabah sekaligus meletakkan keahliannya dari parti berkenaan dengan alasan ingin meneruskan karier politiknya ke arah yang lebih baik lagi khususnya dalam memperjuangan suku Momogun yang tampak semakin berpecah belah dan perlukan penyatuan segera.
Dari sumber yang kami terima,Terence berkemungkinan besar akan menyertai UPKO dan dikhabarkan akan melangsungkan suatu majlis bersama Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau di kediamannya Sabtu ini.
Ohoo... aku pun memahami kangku bo daa. Jadi kuroyon po lah kio.nga suai tadau osusa susa nodi umboyoon tulun miagal diti.
ReplyDeleteWaro ngawi bo keperluan tulun.
Saya rasa modàl pusingan tidak mengizinkan untuk terus bersàma parti Star maklum la pembàngkang..
ReplyDeleteTdk bersedia drp awal...
ReplyDeleteINI LAH MASALAH PEMIMPIN SABAHAN...MAU CARI KEDUDUKAN TIADA PENDIRIAN TEGUH DALAM MEMPERJUANGKAN HAK2 SABAHAN..BIARLAH DIA ITU..TIDAK JUGA LAKU DIA ITU. JANGAN KAU SUDAH MASUK UPKO LAPAS TU BILA KEMPEN PRU15 MEMPERBURUKKAN PARTI STAR KERANA MAU MANANG ARH...RAKYAT SABAHAN KIULU PINTAR TU SEKARANG TAHU MANA PEMIMPIN2 YANG GILA KEDUDUKAN...
ReplyDeleteSoromasing-masing tosorou, topurimanan, koimaya'an. Ialah untuk kelangsungan hidup dalam berpolitik, seseorang itu memerlukan dana untuk meyakinkan ahli agar setia pada Party. Perasaan dan harapan T. Sinti tidak sama dengan mereka yg menyalak di FB. Tanpa duit mana mungkin seorang ahli politik bertahan melainkan dia seorang yang memang berharta dan boleh membantu ahlinya. DDJK mungkin ada duit tapi tidak ada kemampuan untuk menyara keperluan semua penyokongnya. Party pembangkang seperti STAR tidak ada kemampuan dari segi kewangan maka dia tiada kemampuan untuk menahan seseorang memilih halatuju mereka. Saya setuju dengan pendapat TS bahawa MOMOGUN kini berpecah dan akar umbi mungkin tidak sekukuh seperti yg didakwa. Penduduk Kiulu pun punya pilihan yang lebih menjamin masa depan kumpulan MOMOGUN.merekapun bijak juga bah.
ReplyDeleteUntuk menjadi ahli politik yg baik. Perlu ada pendirian dan sanggup bersusah untuk rakyat. Perjuangan adalah asas utama untuk membela nasib rakyat, tidak kira semasa susah dan senang. Apapun rakyat kena hormati keputusan yg telah diambil olehnya. Mungkin itu lah yg terbaik bagi dirinya.
ReplyDelete