Thursday, February 13, 2020

KE ARAH MENTERJEMAHKAN PERJUANGAN DDJK
oleh Sam Hj.Othman


Menelusuri minda dan sejarah perjuangan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan sebagai seorang tokoh politik yang paling disegani di Sabah ini bukanlah sesuatu yang mudah jika hanya mengenali beliau melalui pandangan mata dan zahiriah sahaja.

Beliau merupakan tokoh politik yang penuh keazaman dan berfikiran jauh ke hadapan sehingga iltizam dan visi utamanya sering menimbulkan kontroversi dalam kancah politik Sabah dulu kini dan akan datang.

Saya sempat mengupas sedikit dalam bual bicara yang singkat mengenai kemahuan,misi dan visi Jeffrey Kitingan dalam Star Sabah baru-baru ini lantas mendapati bahawa jika anda pernah berhadapan dengan tokoh politik KDM ini,tidak akan lengkap sekiranya anda tidak berjaya mendalami corak pemikiran dan kehendak nalurinya.

Saya tidak mengupas di sini secara total tetapi saya ingin menarik perhatian pembaca terhadap misinya kepada golongan belia atau anak muda hari ini kerana itu sudah cukup untuk menterjemahkan intipati perjuangan Jeffrey Kitingan sendiri.

"Saya sedar sejak dahulu lagi bahawa anak muda belia kita adalah aset utama untuk masa depan negara dan inilah cerminan kepada kita hari ini yang mencorakkan hala tuju mereka.

Sebagai ahli politik,saya tidak pernah mengabaikan golongan anak muda ini kerana Parti Star mahukan golongan ini menerajui kepimpinan di masa depan setelah ketiadaan kita kelak.

Kita lah yang merintis jalan itu dan mewariskannya pula kepada mereka...Jika baik rintisan tersebut,baik jugalah masa depan mereka nanti," kata Jeffrey. 

Jeffrey,sebagai seorang yang sudah matang pengalaman menelusuri sepak terajang politik ini mengambil iktibar dari kelemahan parti-parti politik Sabah yang ada dan dari situlah kelemahan itu diperbaiki untuk kemajuan dan pembangunan Star Sabah.

Menyebut soal anak-anak muda ini,tidak dinafikan bahawa kekuatan sesebuah parti politik itu terdapat tiga teraju utamanya iaitu Ketua,yakni pemimpin nombor satu yang semestinya mempunyai kewibawaan,kreadibiliti,kesungguhan dan berpengalaman dalam poltik.

Kedua ialah Ketua Sayap Pemuda,yang semestinya adalah benteng hadapan yang teguh pendirian,serta bertindak jika perlu dalam memastikan Ketua Utama (Presiden) serta partinya sentiasa terpelihara.

Ketiga tentu sekali Ketua Sayap Wanita yang khusus berfungsi sebagai penyeri halaman perjuangan kerana mereka inilah serikandi parti yang membelai,membela dan sering meniupkan semangat kekeluargaan (parti).

Bercakap soal Pemuda ini,di dalam Star belum lagi kelihatan 'taring' nya seperti mana juga di Sayap Wanita.

Kali ini,saya terpanggil untuk menyebut satu nama yang rasanya mampu di angkat naik menjadi Pejuang di Sayap Pemuda (WiraMuda Star) yang boleh memimpin golongan belia ini menuju ke puncak.

  Dato Sri Raplin Samat  

Dato Sri Raplin Samat,Ketua Bahagian Star DUN Pintasan adalah salah satu calon yang boleh dipertimbangkan untuk menerajui benteng hadapan parti kerana beliau ini hampir cukup pakej nya bagi ke arah itu.

Raplin pernah menjadi Anggota Keselamatan negara dan berpengalaman mengendalikan isu-isu keselamatan secara amnya selain berpengetahuan luas dalam pentadbiran kerana Raplin merupakan Presiden sebuah pertubuhan NGO hampir 20 tahun sehingga kini.

Menjadi seorang pemimpin sayap utama parti,selain pengalaman dan pengetahuan diperlengkapi,tentu sekali akan di timbang pula dari segi kewangan dan Raplin hampir memenuhi segala tuntutan tersebut jika diberikan laluan menjadi Ketua WiraMuda Star Negeri Sabah.

Hanya satu sahaja yang masih kurang bagi anak muda bergelar Dato dan usahawan ini iaitu watikah perlantikan.

Pada kesempatan yang lain,saya akan mengupas lagi berkenaan saranan dan impian Datuk Presiden Star dalam membawa parti ini ke satu tahap yang lebih baik berbanding hari ini di mana ianya banyak melibatan para ahli parti dan sikap keterbukaan yang sewajibnya perlu menjadi amalan demi sebuah perjuangan untuk rakyat Sabah.

No comments:

Post a Comment