EWON KETUAI LEBIH 5000 AHLI UPKO RANAU ISYTIHAR KELUAR
Oleh Sam Hj. Othman
Ranau, Sabah - Setelah berunding dengan pemimpin parti di peringkat bahagian, cawangan-cawangan serta ahli-ahli UPKO Ranau, maka saya pada hari ini, dengan disertai oleh Ahli-ahli Jawatan Kuasa Bahagian, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Komulakan serta Ahli-ahli UPKO di pelbagai peringkat, yang berjumlah seramai lebih 5000 orang, meletakkan keahlian UPKO dan melepaskan semua jawatan yang kami pegang dalam UPKO berkuatkuasa dengan serta merta
Keputusan kami untuk keluar UPKO adalah didorong oleh faktor-faktor berikut:-
- Kegagalan pimpinan parti UPKO serta kerajaan untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan Pendatang Tanpa Izin di Sabah, dimana pendirian kepimpinan tertinggi UPKO sentiasa berubah-ubah mengenai isu ini
- Arah dan asas perjuangan UPKO pada hari ini telah jauh tersasar daripada perjuangan asal UPKO ditubuhkan, iaitu untuk menjaga dan mempertahankan kepentingan, kebajikan serta melindungi hak-hak ahli nya, Anak Negeri Sabah dan rakyat Malaysia asal negeri Sabah.
- Walau pun Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan untuk membatalkan Pengeluaran Pas Sementara Sabah, namun masih terdapat kenyataan daripada menteri-menteri kabinet serta pemimpin kerajaan, yang menyatakan bahawa kerajaan akan berusaha untuk menambah-baik PSS agar boleh diterima rakyat.
Dengan pengumuman ini, Saya, bagi pihak mantan Ahli Jawatan kuasa Bahagian, Pergerakan Pemuda, Wanita, Komulakan serta mantan ahli-ahli UPKO Ranau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu yang telah memberikan galakan dan sokongan kepada kami semasa kami memimpin UPKO Ranau.
Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang masih berjuang dalam UPKO, semoga kita semua diberkati dengan kesihatan yang baik dan sentiasa sejahtera.
Biblografi Datuk Dr Ewon Ebin
120+ cawangan UPKO Ranau dibubarkan
Datuk Dr. Ewon Ebin’s involvement in UPKO:-
- Founding member of UPKO registered on 21 March 1994
- UPKO Membership – 21 March 1994 till 25 February 2020 (26 years)
- Vice President 21 March 1994 – Nov 2019
- Divisional Head for Kundasang Division (then rename Ranau Division) – Since March 1994 till now
- Organising Chairman for renaming Parti Demokratik Sabah - PDS to United Pasokmomogun KadazanDusun Murut Organisation - UPKO at Ranau Sabah – 30 Oct 1999
No comments:
Post a Comment