Sunday, February 9, 2020

Terence Sinti Sertai UPKO  
STAR SABAH TIDAK TERASA KEHILANGAN PUN KATA RAPLIN  
oleh Sam Hj.Othman  


KOTA KINABALU : Pemergian Terence Sinti bukan lah satu kehilangan besar pun yang boleh mencacatkan perjuangan parti Star Sabah meskipun pernah memegang jawatan sebagai Ketua WiraMuda dan Naib Presiden parti berkenaan sebelum ini.

"Tidak...Pemergian dia tidak mengubah apa-apa dalam Star Sabah.....Star sedikitpun tidak merasai kehilangan.... Star Sabah bekerja dan berjuang sebagai sebuah pasukan,berganding bahu setiap masa dengan ikatan setiakawan.

Jika salah satu bahu itu terlepas akibat terlalu lemah,sepantas itu juga pelapis yang sedia ada tampil memperkuatkan benteng," kata Ketua Bahagian Star Sabah DUN Pintasan Kota Belud,Dato Sri Raplin Samat.

Katanya,pihak atasan Star dan akar umbi sudah tahu bahawa Terence keluar meninggalkan parti itu untuk menyertai UPKO demi kesinambungan karier politiknya dan bukanlah sebuah perjuangan yang sejati untuk rakyat.


"Semua rakyat tahu,bahawa PRU15 akan datang,ada parti-parti tertentu di negara ini bakal berdepan hukuman rakyat kerana banyak sebab terutamanya dari segi penipuan janji,pengkhianatan dan pentadbiran yang langsung tidak konsisten di hati rakyat.

Terdapat juga banyak sebab kenapa kebanyakan pemimpin hari ini menyertai parti lain dalam kerajaan yang antaranya ialah dijanjikan dengan kemanisan gula-gula tetapi lama kelamaan,manis itu pasti akan bertukar jadi hambar.

Sangat jelas sekali garis-garis perjuangan Star Sabah sememangnya adalah untuk memperjuangkan Hak-Hak Pribumi Sabah sejak dahulu lagi dan ianya dibarisi oleh kalangan rakyat Momogun sendiri bersama suku kaum tempatan yang lain.

Apakah dengan menyertai parti lain dengan hanya beralasan 'untuk momogun' sahaja sudah boleh di terima oleh akal ?

Sudah pasti ada sebab tertentu yang sangat peribadi untuk kepentingan diri,jadi tidak perlulah memberikan alasan seolah-olah Star Sabah tidak punya perjuangan sedemikian," jelas Raplin dalam satu perbualan bersama Sabah_OnlineNEWS di sini.

"Semasa beliau berada di dalam Star...Diberikan jawatan Ketua Pemuda dan Naib Presiden,mengapakah Terence tidak membantah jika benar parti Star Sabah bukan platform untuk menyatukan Momogun sedangkan dia berjawatan paling kanan pula pada ketika itu.

Dia ini seperti sifat pasangan yang berpisah,suka memburuk-burukkan bekas pasangannya demi meraih simpati dan kedudukan pada pasangan yang baharu.

Anak-anak muda belia terutamanya Gen Y,tersenyum sinis dengan kenyataan Terence bila sahaja menyertai UPKO yang dia banggakan tanpa dia berfikir bahawa karier politik seseorang pemimpin itu HARUS berlandaskan perjuangan sejati dan bukannya politik bermuka-muka yang sering bertukar arah angin," ujar Raplin lagi.

Dalam pada itu,sebagai Ketua Bahagian Star Sabah DUN Pintasan,Raplin mewakili seluruh ahli dan AJK Bahagian itu sebulat suara memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Presiden dan misi perjuangan parti demi menuntut Hak-Hak Pribumi Sabah melalui MA63.

Menurutnya,Presiden Datuk Dr.Jeffrey Kitingan dan Star Sabah tidak pernah mengalihkan misi perjuangan asal dan ianya terbukti dari semenjak parti itu ditubuhkan lagi hingga ke saat ini.

"Datuk Presiden Star dan parti bukan bersifat seperti 'Sesumpah',berubah warna mengikut keadaan sekeliling dan penyamar yang mengelabui mata haiwan lain.

Star tidak seperti parti lain yang tiba-tiba U-Turn dari perbuatan asal bila sahaja melihat rakyat mula bangkit membantah.

Ini bukan perjuangan atau pendirian mereka kerana mereka suka berubah fikiran....Contohnya,sekejap perjuangkan kebaikan PSS,bila kalah di Kimanis,terus batal sebab rakyat menghukum tetapi pada masa yang sama,disebut pula 'mekanisme' baharu akan diperkenalkan dan rakyat melihat ini semua.

Bila rakyat mula melihat perjuangan Star tentang Hak-Hak Pribumi dan MA63 itu penting dan sering dibicarakan netizen di media-media sosial,sekali lagi mereka bangun ingin memperjuangkan hal yang sama dengan Star Sabah sedangkan sebelum ini,peranan mereka ke arah itu tampak lebih kurang macam sambil lewa sahaja.

Rakyat melihat ini semua bagaikan sandiwara sahaja atau dalam ertikata lain,ini percubaan halus mereka untuk mendapatkan kembali minat rakyat terhadap mereka sedangkan pada masa yang sama,rakyat sudah bijak menilai dan belajar dari kesilapan yang lalu.

Hari ini dan juga hari-hari yang menjelang datang,adalah hari perhitungan di mana giliran rakyat pula untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal apabila tiba masanya kelak," ujar beliau lagi yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment