Thursday, September 5, 2019

16 SEPTEMBER HARI MALAYSIA-TARIKH BERSEJARAH SABAH



Kota Kinabalu,Sabah : Rakyat Sabah menganggap tarikh 16 September sebagai bersejarah bagi negeri Sabah dan akan merayakannya setiap tahun sebagai mengingati penyatuan Tanah Semenanjung,Sarawk dan Sabah yang di beri nama Persekutuan Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian P169 Kota Belud,Hj.Fadli Hj.Juanas berkata,Hari Malaysia yang di sambut setiap 16 September di Sabah dan Sarawak wajar dirayakan sebagai memperingati penyatuan Persekutuan Malaysia.

"Biarlah Hari Kemerdekaan 1957 itu di sambut oleh Semenanjung dan kita juga di Sabah dan Sarawak sebagai perayaan sejarah setiap tahun tetapi bagi kita di Sabah dan Sarawak ini,kita menyambut Hari Malaysia," jelas Fadli sebagai tanda setuju akan kenyataan Presiden STAR Sabah YB Datuk Dr.Jeffery Kitingan baru-baru ini.

Jeffery dalam satu kenyataan di halaman rasmi beliau ada menyebut agar pemimpin-pemimpin semenanjung mesti berhenti memaksa Sabah dan Sarawak dieksploitasi seolah kedua negeri ini tanah jajahan.

Jeffery juga mahu semenanjung mengiktiraf sejarah,budaya,hak,autonomi,kebebesan dan keperibadian Sarawak dan Sabah khususnya.

Berhentilah memaksa kami meraikan kebebasan Malaya 1957,kata ADUN Bingkor itu di laman rasmi nya yang mendapat reaksi 1.2 ribu,172 komen dan 210 perkongsian.

"Kita sambut Hari Kebangsaan ke-62 dengan semangat setiakawan dan perpaduan Malaysia..Tak perlulah di sambut secara besar-besaran kerana tarikh keramat kita di Sabah ialah Hari Malaysia yang perlu dirayakan atau di sambut dengan semangat patriotik dengan tujuan bersyukur di atas kejayaan kita rakyat Sabah mengekalkan kebebasan,perpaduan kaum,keharmonian dan kesejahteraan bersama," jelas Fadli lagi.


No comments:

Post a Comment