Monday, September 16, 2019

BUKAN BOIKOT PUN : DARD

Sebenarnya kempen Buy Muslim First yang kemudiannya berkembang menjadi Buy Muslim Bumiputera First itu bukanlah satu kempen memboikot produk keluaran non-muslim ataupun non-bumi.

Rakyat Malaysia masih perlukan barangan yang dijual atau dibuat oleh usahawan bukan Islam. 

Namun dalam memperhalusi isu ini, orang putih kata it is more than meets the eye.

Kempen itu hanya simptom kepada satu root cause yang jauh lebih parah iaitu kekecewaan rakyat terhadap dasar kerajaan PH yang dilihat meminggirkan kepentingan orang Islam dan Bumiputera.

Pasal apa semua pemimpin PH hanya menyentuh soal simptom bukan root cause?

Dan siapa kata kempen #BMF dan #BMBF itu anjuran PAS dan UMNO?

Sebenarnya tak ada mana-mana parti politik yang mampu menggerakkan kempen secepat dan seberkesan itu di mana-mana sekalipun.

Pergerakan sebesar dan sepantas itu hanya boleh dilahirkan melalui satu sumber sahaja: rakyat. Atau lebih tepat lagi, kemarahan rakyat!

Tak payah lah kerajaan nak menafikan sangat, lagi rakyat meluat.

Apa yang pasti, kempen ini adalah kempen yang dijuarai oleh netizen muslim yang bersatu tanpa mengira fahaman politik. Kalau itupun tak faham susahlah nak ajak berbincang.

Jadi sekarang apa kerajaan kena buat?

Yang pertama sekali tolonglah tukar spokesperson tu. Menteri kewangan bukanlah jurucakap yang sesuai untuk memberi komen mengenai kempen ini. DAP dilihat sebagai sebahagian daripada masalah bukannya sebahagian dari penyelesaian. 

Setiap kali dia bercakap, sila baca segmen komentar – susah nak cari yang setuju dengan dia. Maki ada banyak.

Yang kedua dan yang paling penting, kena tahu kenapa jadi macam ni? Apa root cause?

Walaupun ketika BN memegang pentadbiran negara selama 60 tahun, polisi dan inisiatif bumiputera kita juga pernah dikritik dan ditohmah. Tetapi kenapa pergerakan tersusun rakyat untuk #BMF ini terjadi sekarang hanya setelah 14 bulan memerintah?

Ini tulisan di dinding: Bumiputera sekarang rasa terpinggir. Marginalised. 

Lihat saja trend seantero dunia – Arab Spring, Brexit, Scotland Referendum dan yang terkini protest jalanan di Hong Kong – mereka semua mempunyai satu persamaan: mereka memanifestasikan rasa marah dan tidak puas hati dengan kerajaan secara berkumpulan.

Pergerakan mereka juga lazimnya tanpa pemimpin utama, hanya pengelola. Mereka masif, bingit dan berkuasa. Tak mahu ambil iktibar lagi dari semua ini?

Apabila bumiputera rasa terpinggir dan pengurusan ekonomi negara caca marba, rakyat mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju ekonomi mereka sendiri.

Yang ketiga, kena tahu apa ubatnya. Ambil hati rakyat semula.
Bagaimana nak buat, fikirlah sendiri kerana anda telah dipilih oleh rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka.

Disokong kuasa internet, media sosial, hashtag dan barang dagangan, pastinya kempen #BMF dan #BMBF bakal memiliki momentum yang panjang. Tanpa dirancang, rakyat mengeluarkan info grafik, meme, video pendek, senarai kedai Muslim, senarai barangan Muslim dan sebagainya untuk mempromosi #BMF dan #BMBF!

Sekiranya kerajaan masih mengambil pendekatan seperti sekarang, jurang polarisasi negara akan bertambah luas. Sapa nak tanggung akibat?

Apa yang ironis hanya satu, selama 60 tahun kerajaan BN memupuk keyakinan bumiputera, kerajaan PH hanya mengambil masa setahun untuk menjahanamkan keadaan.

Didn’t we know any better? Politics is all about sentiment.

DARD
15.09.19
Kota Kinabalu.

No comments:

Post a Comment