Thursday, September 5, 2019

ISU PAM BOT : KERAJAAN PERLU LEBIH WASPADA KATA JAINAB



Kota Kinabalu,Sabah : Kerajaan perlu lebih waspada dan mengambil langkah serius bagi menangani isu pam bot ini,tegas Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid ketika mengulas mengenai kejadian tembak menembak di perairan Timur Sabah dua hari lepas.

Menurutnya,pasukan keselamatan perlu diletakkan seramai mungkin di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai laluan bot-bot berkenaan bagi mengelakkan penjenayah-penjenayah ini terlepas ke perairan negara.

"Sebagai rakyat,kita begitu khuatir dengan kekerapan kejadian sebegini yang berulang-ulang kali berlaku...Kerajaan perlu ambil langkah drastik untuk meletakkan lebih ramai anggota keselamatan bagi mengekang kemasukan haram penjenayah-penjenayah ini ke Sabah," ujar Jainab.

"Kerajaan harus mengkaji dengan teliti dan tidak membenarkan penggunaan pam bot ini digunapakai di negara kita...Kita menerima banyak aduan dari penduduk di kawasan Timur Sabah tentang isu pam bot ini dan mendesak agar kerajaan mengharamkan terus penggunaannya."
"Sehingga kini pun,masih lagi kelihatan pam bot-pam bot ini digunakan di kawasan Timur Sabah," jelas Jainab lagi.

Pada 3 September lalu,polis berbalas tembakan dengan dua buah pam bot yang cuba di tahan ketika memasuki perairan negara di Timur Sabah.Dalam kejadian tersebut dua lelaki asing di tembak mati dan polis menahan sebuah bot beserta senjata api manakala sebuah pam bot lagi berjaya bolos kembali ke perairan Filipina.

"Kita sangat memahami hasrat kerajaan untuk kembali memperkenalkan sistem Barter-Trade tetapi kerajaan juga perlu bertindak wajar dalam memikirkan risiko sistem ini jika digunapakai di zaman sekarang...Pasti ianya seolah-olah memberikan jalan mudah kepada aktiviti penyeludupan benda-benda terlarang seperti rokok,dadah dan sebagainya."
"Malah,tentu sekali penyeludupan senjata api,bom ikan mudah di bawa masuk selain minyak dan bahan-bahan lain."

Menurut Jainab,sistem ini ada juga kebaikannya kepada industri kraf atau buah-buahan dan sayur-sayuran tetapi bagaimana pula dengan sistem kuarantin bagi mengelakkan virus tular masuk ke negara kita?

"Pengharaman pam bot ini sudah dikuatkuasakan pada April 2016 bagi mengetatkan lagi kawalan di perairan Malaysia-Filipina melalui kawalan pasukan Esszone berikutan begitu banyak kejadian yang tidak diingini berlaku.Bagaimanapun,pengharaman tersebut ditarik balik oleh kerajaan yang ada sekarang dengan alasan untuk membantu rakyat golongan B40 di Timur Sabah yang mengusahakan pam bot sebagai sumber pendapatan yang digunakan untuk kenderaan air selain digunakan untuk aktiviti menangkap ikan dan sebagainya.


"Persoalannya,adakah kerajaan sudah mengkaji sedalam mungkin untuk penggunaan pam bot-pam bot ini dan adakah pemiliknya perlu memiliki permit/lesen bagi kegunaannya di perairan Sabah khususnya di Timur Sabah?"

Jika ini berlaku,Jainab menegaskan agar lesen dan permit itu hanya layak diberikan oleh kerajaan kepada warganegara Malaysia sahaja bagi tujuan menghalang ianya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


No comments:

Post a Comment