Bongawan,Sabah : Membahang rupanya situasi politik di Parlimen Kimanis bila saja Mahkamah Pilihanraya memutuskan bahawa kemenangan DSP Anifah Aman (BN) dibatalkan.
Bagaimanapun,Anifah bersih dari segala tuduhan rasuah berkaitan pilihanraya dan mahkamah memutuskan bahawa kesalahan 'lebih undi' yang di tuntut oleh Datuk Karim Bujang adalah kesalahan pengurus SPR ketika itu.
Difahamkan bahawa peguam bagi pihak Anifah sudahpun memfailkan rayuan terhadap kes ini dan akan disebut semula samada Oktober atau November depan dan pada masa yang sama Pengerusi SPR,Azhar Azizan Harun turut menyatakan kerjasama sepenuhnya kelak.
Andai mahkamah rayuan sekali lagi menolak Anifah,maka mahkamah pilihanraya akan mengarahkan SPR mengadakan Pilihanraya Kecil P176 Kimanis dalam tempoh tidak kurang dari 60 hari kebiasaannya.
Kembali kepada kes antara Anifah dan Karim ini,Kimanis tiba-tiba terbahang dengan desas desus siapakah yang akan bertanding sekiranya PRK diadakan nanti ?
Hasil tinjauan krew Sabah_Online sepanjang dua minggu ini menunjukkan terdapatnya kemungkinan pertembungan 5 hingga 6 penjuru berdasarkan senario politik semasa hari ini.Bagaimanapun,tumpuan lebih difokuskan terhadap dua parti besar yang bakal berentap nanti iaitu BN-UMNO dan Parti Warisan Sabah (PWS).
Suatu sumber juga turut mendedahkan keinginan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk meletakkan calon di samping pengumuman terbuka Presiden USNO Ibrahim Linggam,turut ingin melabuh cabaran.Selainnya mungkin kemunculan sebuah lagi parti lain dan sekurang-kurangnya 2 (dua) orang calon Bebas.
Sumber dalaman Warisan sudah awal-awal lagi mengidam untuk bertanding kerana parti itu berkeyakinan untuk menambah satu lagi kerusi parlimen berdasarkan jumlah undi di PRU14 yang lalu menunjukkan sokongan rakyat Kimanis begitu solid.
UMNO-BN pula mempunyai peluang dan harapan yang serupa cuma bezanya,bukan lagi Anifah yang bertanding atas tiket BN tetapi muka baru yang difikirkan mempunyai kreadibiliti,pengaruh dan pengalaman yang bukan alang-kepalang.
Berpandukan kepada keputusan PRU14 lalu,Anifah-BN (11,942 undi) memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi menewaskan pencabarnya Datuk Karim Bujang-WARISAN (11,786 undi) dan calon Harapan Rakyat Jaafar Ismail (1,300 undi).
Kronologinya,Anifah sudah beberapa penggal menerajui Kimanis dan netizen nyata mengecam di media sosial,jika benar Anifah ingin bertanding semula samada sebagai calon Bebas ataupun mewakili mana-mana parti.Sedikit info agak mengejutkan berkenaan Anifah yang kononnya dikhabarkan bakal mewakili parti USNO.Bagaimanapun,kesahihan sumber itu masih samar.
Datuk Karim Bujang pula di lihat bakal menggegarkan pentas di PRK kali ini apatah lagi setelah berjaya meletakkan dirinya sebagai Ketua Bahagian Warisan Kimanis dalam pemilihan parti itu beberapa bulan lepas.
Perlu di ingat,Karim pernah menang sebagai wakil rakyat Bongawan di tahun 80an dahulu atas tiket Usno yang kemudian mempertahankan kerusi DUN Bongawan itu sebagai wakil rakyat BN beberapa penggal.Bagaimanapun,rekod Karim bakal di timbang buruk baiknya pada PRK kali ini berdasarkan sensasi semasa.
UMNO-BN pula bakal memilih calon baharu bagi menggantikan Anifah yang sudah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.Rekod pembangunan dan kemajuan yang pernah di bawa parti ini sepanjang lebih 60 tahun memerintah bakal dijadikan ukuran penentu kejayaan selain memfokuskan kepada isu-isu penting yang sering panas di Sabah sejak Warisan mengambilalih tampuk kerajaan.
Dari sumber terdekat yang kami perolehi menunjukkan sudah ada nama-nama besar yang bakal di pilih mewakili UMNO-BN sekiranya PRK Kimanis berlangsung.Malah,Pengerusi UMNO Sabah Datuk Bung Moktar Radin juga kononnya sudah menerima senarai 3 orang penama yang difikirkan layak.
Tiga nama yang bakal disebut-sebut sebagai calon UMNO-BN ialah Kassim Buntak,Datuk Mohamad Hj.Alamin dan Yusof Minin,nama-nama yang cukup popular meniti di bibir para ahli parti berkenaan kini.
Bagaimanapun,Mohamad Alamin (Ketua UMNO Bahagian Kimanis) dikatakan calon paling sesuai dan punyai kreadibiliti yang cukup bagi melabuhkan cabaran.Rekod cemerlang beliau sebagai wakil rakyat N23 Bongawan sebelum ini dipertaruhkan bagi meraih undi dan sekaligus mempertahankan kerusi Kimanis yang sememang milik BN sejak lama dulu.
Ramai berpendapat,Mohamad Alamin akan mampu menyaingi sentimen Sabah Ubah yang sejak dua tahun lepas sinonim dengan perjuangan Warisan.
**Part 2 kelak akan menyingkap rekod perjuangan penama-penama di atas,yang mungkin layak sebagai calon parti masing-masing.NANTIKAN HASIL KUPASAN KAMI dalam tempoh terdekat ini.Terimakasih.
#KimanisMengundi
Bagaimanapun,Anifah bersih dari segala tuduhan rasuah berkaitan pilihanraya dan mahkamah memutuskan bahawa kesalahan 'lebih undi' yang di tuntut oleh Datuk Karim Bujang adalah kesalahan pengurus SPR ketika itu.
Difahamkan bahawa peguam bagi pihak Anifah sudahpun memfailkan rayuan terhadap kes ini dan akan disebut semula samada Oktober atau November depan dan pada masa yang sama Pengerusi SPR,Azhar Azizan Harun turut menyatakan kerjasama sepenuhnya kelak.
Anifah Aman |
Andai mahkamah rayuan sekali lagi menolak Anifah,maka mahkamah pilihanraya akan mengarahkan SPR mengadakan Pilihanraya Kecil P176 Kimanis dalam tempoh tidak kurang dari 60 hari kebiasaannya.
Kembali kepada kes antara Anifah dan Karim ini,Kimanis tiba-tiba terbahang dengan desas desus siapakah yang akan bertanding sekiranya PRK diadakan nanti ?
Hasil tinjauan krew Sabah_Online sepanjang dua minggu ini menunjukkan terdapatnya kemungkinan pertembungan 5 hingga 6 penjuru berdasarkan senario politik semasa hari ini.Bagaimanapun,tumpuan lebih difokuskan terhadap dua parti besar yang bakal berentap nanti iaitu BN-UMNO dan Parti Warisan Sabah (PWS).
Suatu sumber juga turut mendedahkan keinginan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk meletakkan calon di samping pengumuman terbuka Presiden USNO Ibrahim Linggam,turut ingin melabuh cabaran.Selainnya mungkin kemunculan sebuah lagi parti lain dan sekurang-kurangnya 2 (dua) orang calon Bebas.
Sumber dalaman Warisan sudah awal-awal lagi mengidam untuk bertanding kerana parti itu berkeyakinan untuk menambah satu lagi kerusi parlimen berdasarkan jumlah undi di PRU14 yang lalu menunjukkan sokongan rakyat Kimanis begitu solid.
UMNO-BN pula mempunyai peluang dan harapan yang serupa cuma bezanya,bukan lagi Anifah yang bertanding atas tiket BN tetapi muka baru yang difikirkan mempunyai kreadibiliti,pengaruh dan pengalaman yang bukan alang-kepalang.
Berpandukan kepada keputusan PRU14 lalu,Anifah-BN (11,942 undi) memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi menewaskan pencabarnya Datuk Karim Bujang-WARISAN (11,786 undi) dan calon Harapan Rakyat Jaafar Ismail (1,300 undi).
Kronologinya,Anifah sudah beberapa penggal menerajui Kimanis dan netizen nyata mengecam di media sosial,jika benar Anifah ingin bertanding semula samada sebagai calon Bebas ataupun mewakili mana-mana parti.Sedikit info agak mengejutkan berkenaan Anifah yang kononnya dikhabarkan bakal mewakili parti USNO.Bagaimanapun,kesahihan sumber itu masih samar.
Karim Bujang |
Perlu di ingat,Karim pernah menang sebagai wakil rakyat Bongawan di tahun 80an dahulu atas tiket Usno yang kemudian mempertahankan kerusi DUN Bongawan itu sebagai wakil rakyat BN beberapa penggal.Bagaimanapun,rekod Karim bakal di timbang buruk baiknya pada PRK kali ini berdasarkan sensasi semasa.
UMNO-BN pula bakal memilih calon baharu bagi menggantikan Anifah yang sudah hampir setahun meninggalkan parti tersebut.Rekod pembangunan dan kemajuan yang pernah di bawa parti ini sepanjang lebih 60 tahun memerintah bakal dijadikan ukuran penentu kejayaan selain memfokuskan kepada isu-isu penting yang sering panas di Sabah sejak Warisan mengambilalih tampuk kerajaan.
Bung Moktar Radin |
Tiga nama yang bakal disebut-sebut sebagai calon UMNO-BN ialah Kassim Buntak,Datuk Mohamad Hj.Alamin dan Yusof Minin,nama-nama yang cukup popular meniti di bibir para ahli parti berkenaan kini.
Bagaimanapun,Mohamad Alamin (Ketua UMNO Bahagian Kimanis) dikatakan calon paling sesuai dan punyai kreadibiliti yang cukup bagi melabuhkan cabaran.Rekod cemerlang beliau sebagai wakil rakyat N23 Bongawan sebelum ini dipertaruhkan bagi meraih undi dan sekaligus mempertahankan kerusi Kimanis yang sememang milik BN sejak lama dulu.
Ramai berpendapat,Mohamad Alamin akan mampu menyaingi sentimen Sabah Ubah yang sejak dua tahun lepas sinonim dengan perjuangan Warisan.
**Part 2 kelak akan menyingkap rekod perjuangan penama-penama di atas,yang mungkin layak sebagai calon parti masing-masing.NANTIKAN HASIL KUPASAN KAMI dalam tempoh terdekat ini.Terimakasih.
#KimanisMengundi
No comments:
Post a Comment