Kota Belud : Tiga projek yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu ibarat Gajah Putih yang kini menghantui rakyat di daerah ini kerana belum ada tanda-tanda ianya diuruskan atau dilaksanakan oleh kerajaan baharu pimpinan YAB Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.
Tiga projek yang dimaksudkan itu ialah Pembinaan sekolah Politeknik Kota Belud,Kompleks Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dan kerja-kerja mendalamkan sungai & kawalan banjir di sungai Tempasuk dan yang berkaitan dengannya.
DSP RAHMAN DAHLAN |
Majlis Pecah Tanah pembinaan Politeknik sudahpun dilakukan oleh Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri pada PRU14 yang lalu.Begitu juga halnya dengan Kompleks IADA yang diungkayahkan oleh Datuk Seri Salleh Tun Said dan Datuk Hj.Musbah Jamli.
Kerja pembersihan,pengorekan dan sistem kawalan banjir pula terhasil dari ilham Datuk Seri Rahman Dahlan dengan gabungan idea Salleh dan Musbah yang ketika itu masing-masing sudah bergelar menteri.
Sejurus kerajaan bertukar tampuk pemerintahan,pembinaan dua kompleks penting ini serta merta senyap malahan Ahli Parlimen baharu sekarang pun mengambil sikap berdiam diri.Apa yang lebih jelas kelihatan hanyalah tindakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,Junz Wong,menghentikan kerja-kerja pembaikpulihan sungai Tempasuk & sistem kawalan banjir dengan serta merta dengan alasan terdapatnya isu double-standard dalam agihan kontrak kerja.
Istilah Double-Standard ini seterusnya bakal mengundang Double-Trouble kelak kerana percaya atau tidak,rakyat Kota Belud tidak kira fahaman politik mana sekalipun,sangat-sangat memerlukan tiga projek ini dilaksanakan.
Kita kupas satu persatu...
Politeknik adalah akademik.Pembinaannya bukan untuk suka-suka kerana anak-anak Kota Belud teringin sangat meletakkan diri sebagai pelajar di sekolah berkemahiran seperti ini bila mana Politeknik terdekat yang sedia ada sering penuh.
Politeknik diidamkan sebagai mercutanda pendidikan di Kota Belud di mana terdapatnya kalangan pelajar-pelajar dari kawasan lain khususnya dari sebelah Pantai Barat Utara dan Pendalaman Atas,bakal menginap dan belajar di situ.Malahan,dari daerah dan negeri lain juga akan cuba untuk memohon masuk ke politeknik Kota Belud ini kelak.
Ini juga turut memungkinkan wujudnya kuasa beli di pekan Kota Belud selain menambahkan populasi yang sedia ada.Selainnya ialah,peluang-peluang pekerjaan bagi penduduk setempat dalam kerja-kerja pembinaan yang mungkin mengambil masa lebih dari setahun.
Bukankah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan ini merupakan salah satu sentimen yang ditiupkan semasa kempen PRU14 dahulu ?
DATUK MUSBAH JAMLI |
Berkenaan projek pembinaan Kompleks Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) pula,keprluannya sangat nyata di mana Kota Belud sememangnya terkenal dengan daerah jelapang padinya sejak dahulu lagi.
Jelapang padi ini amat sinonim sekali dengan usaha dan jasa Datuk Hj.Musbah yang beberapa musim memperjuangkan industri pertanian di Kota Belud.
Perlu di ingat,selain kawasan Pendalaman Bawah seperti Sipitang,Membakut dan Bongawan Papar di kawasan Pantai Barat Selatan,jelapang padi terbesar juga terletak di Kota Belud,daerah yang satu-satunya di kawasan Pantai Barat Utara.
Di kawasan lain sudah ada kompleks pertaniannya sejak sekianlama.Bagaimana pula nasib Kota Belud setelah beberapa tahun inginkan sebuah kompleks bersepadu bagi menyusun atur serta mengawal selia industri padi negara ?
Sungai Tempasuk pernah mencatat sejarah beberapa kali apabila melimpahkan air lebih dari kapasiti sepatutnya sehingga menyebabkan banjir besar berlaku.
Kerugian jutaan ringgit dikhabarkan merencatkan sedikit aliran jual-beli antara daerah ini dengan daerah-daerah lainnya termasuk ke ibu negeri.
Gambar oleh Utusan |
Banjir besar baru-baru ini turut memutuskan perhubungan antara kawasan Pitas,Kota Marudu dan Kudat ke Kota Kinabalu beberapa hari lamanya.
banyak rumah ditenggelami air dan memusnahkan jutaan ringgit hasil-hasil tanaman petani dan peladang.Malah,industri pelancongan di kawasan Kadamaian juga ikut terjejas teruk.
Apakah kerana dendam politik makanya kerja-kerja pengorekan dan susunatur sungai Tempasuk dihentikan serta merta?
Apakah kerajaan sanggup mengorbankan kepentingan rakyat semata-mata kerana Double-Standard sedangkan ianya masih boleh dilaksanakan andai kajian semula dilakukan ?
Atau....
Adakah kerajaan Sabah mahu menyaksikan terlebih dahulu banjir besar berlaku sekali lagi,kemudian barulah melaksanakan kajian semula sistem kawalan banjirnya?
Apa-apapun,rakyat adalah penentu segala...
Jangan tunggu PRU akan datang kerana rakyat Kota Belud sudah mula 'mencatat' buruk baiknya pemerintahan sebagai rujukan kronologi menjelang PRN atau PRU15 akan datang kelak.
WALLAHUALAM BISSAWAB.
2 penggal MP tiada jg perubahan ba Datuk.bayangan projek tu dulu pun khabar saja sehingga kerwjqwn bertukar..maaf..
ReplyDelete