Kota Kinabalu : Wanita UMNO Sabah hari ini melahirkan kerisauan dengan keputusan
kerajaan memberikan Pas Sementara Sabah (PSS) kepada 600 ribu pemegang kad IMM 13,Kad Burong-Burong dan Kad Banci yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan kerana bimbang sistem tersebut bakal memberikan impak buruk pada masa hadapan kelak.
Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid berkata,rakyat rata-ratanya turut terkejut dengan pengumuman tersebut memandangkan ianya perlu kajian terperinci dahulu mengenai baik dan buruknya di masa hadapan sebelum dilaksanakan.
"Jumlah tersebut terlalu banyak untuk di tampung di Sabah dan saya yakin bahawa jumlah itu akan terus bertambah beberapa tahun lagi," jelas beliau kepada media di sini.Katanya,adalah lebih baik jika mereka ini di hantar pulang secara berperingkat seperti mana sebelum ini dilaksanakan.
"Kita sebenarnya dibanjiri oleh ramai penduduk bukan warganegara dan perkara ini bukan main-main...Ianya boleh di lihat dengan mata kita sendiri terutamanya di bandaraya Kota Kinabalu ini".
Wisma Dang Bandang pernah di serbu PTI demi IMM13 |
"Untuk apa sebenarnya tujuan kerajaan menampung dan menanggung jumlah 600,000 ribu orang itu di negeri sendiri..Bukankah mereka punya kerakyatan di negara mereka sendiri?...Jadi,bukankah lebih baik sekiranya mereka ini di hantar pulang sahaja walaupun dengan cara berperingkat atu gunakan kempen 'serah diri dan balik' ke negara asal ?" Tegas Jainab lagi.
Beliau turut mengulas tentang usia pemerintahan kerajaan Warisan yang baru setahun lebih,sudah banyak mencetuskan tindakan yang kurang disenangi oleh rakyat.Katanya,isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing belum pun selesai dan rakyat belum pun mengerti tentang maksud tindakan tersebut.
"Kini,timbul pula pemberian PSS?....Bukan sedikit...600 ribu penerima bakal menikmati berbagai kemudahan yang hampir sama dengan apa yang diberikan kepada warganegara.."
"Mungkin sekarang diberikan PSS...Kita tidak tahu,selepas beberapa lama nanti,600 ribu orang ini akan menerima kerakyatan pula," ujar Jainab yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia.
"Dari sudut perniagaan pula,sudah tentu peluang rakyat tempatan akan tipis kerana persaingan yang kuat dari warga asing ini...Contohnya,apabila memohon lesen perniagaan,PSS akan diajukan dengan surat-surat sokongan yang diperolehi dari sumber-sumber tertentu yang melibatkan politik sepertimana yang sudah berlaku apabila mereka ini memohon pembaharuan pas atau kad pengenalan...Ini sudah berlaku dan tidak boleh dinafikan lagi," jelas Jainab ketika merujuk pada senario limpahan peniaga-peniaga PTI yang semakin berani dan ada di sana sini di Sabah.
"Saya bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Dr.Jeffery Kitingan berhubung persoalan apakah status perlembagaan dan undang-undang sistem PSS ini dan pemegangnya sekali?...Dan kerajaan hari ini sudah terlalu banyak membuat kejutan melibatkan warga asing dan PTI sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Sabah sendiri," katanya lagi.
"Apakah kerajaan Warisan ini lebih menumpukan soal PTI dan penambahan warganegara daripada memfokuskan soal kebajikan rakyat pribumi dan pembangunan?"

warga asing berniaga |

No comments:
Post a Comment