JANGAN HINA UMNO : JAINAB
KOTA KINABALU : PENGERUSI PPBM, Datuk Haji Hajiji Haji Noor dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kata-kata menghina UMNO Sabah dan menyinggung perasaan Ahli-Ahli UMNO, parti yang pernah dinaunginya beberapa penggal sebagai ADUN.
Ketua Pergerakan Wanita Umno Negeri Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid berkata,meskipun UMNO Sabah kini ditinggalkan oleh ramai pemimpin atasan UMNO sebelum ini tetapi itu tidak bermakna UMNO Sabah mati.
"UMNO Sabah tidak amalkan Sindrom Penafian sepertimana yang didakwa. Kita tidak nafikan memang ramai malah sebahagian besar pemimpin UMNO termasuk Ketua-Ketua Sayap UMNO termasuk juga Ahli-Ahli UMNO telah meninggalkan UMNO dan berhijrah ke parti lain," jelas Jainab dalam kenyataan media nya berhubung tindakan Hajiji tersebut.
"Memang betul,kami tidak nafikan berlaku nya gelombang penghijrahan beramai-ramai bekas ahli UMNO ke PPBM. Mereka pergi membawa bersama-sama data pentadbiran dan senarai keahlian UMNO.
Kerana itu kini mereka mudah mendaftar ahli baru tanpa turun ke kawasan mencari mereka yang berminat.
Sebab itulah, ramai Ahli-ahli UMNO membuat laporan nama mereka dicatatkan dalam senarai ahli Parti lain," ujarnya lagi.
Menurut Jainab,UMNO kini masih dalam pemutihan dan sekarang sedang berlangsung Mesyuarat Perwakilan diperingkat Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian-Bahagian dan di Bahagian Induk.
"Bagi Wanita UMNO setakat ini 13 Bahagian telah selesai bersidang dengan jayanya.
Walaupun kehadiran perwakilan tidak seramai seperti sebelum-sebelum ini tapi ia menunjukkan itulah kesetiaan Cawangan-cawangan Wanita UMNO dan menganggap ianya adalah pejuang tulin parti berkenaan.
"Sepertimana yang diperkatakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin, sekiranya UMNO Sabah tidak ada ahli tidak mungkin kita dapat mengadakan mesyuarat perwakilan di beberapa Bahagian yang telah bersidang dengan jayanya," tambah Jainab lagi.
Kenyataan Hajiji yang mengatakan pemimpin UMNO banyak melakukan kesilapan seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah,Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah itu beranggapan ia merujuk kepada diri mereka sendiri (Hajiji).
"UMNO telah ditinggalkan lebih setahun. Kini UMNO sudah tidak berkuasa. UMNO atau Barisan Nasional bukan Kerajaan yang memerintah. Tidak ada kuasa yang boleh disalahgunakan oleh Kami Wanita UMNO. Saya berpendapat, janganlah dipertikaikan kekuatan atau kelemahan UMNO. Apa yang penting adalah kesetiaan. Apalah juga andai sebuah parti kuat tetapi ahli-ahlinya tidak setia," katanya.
Walau apapun, jangan menafikan jasa dan budi UMNO ini dibumi Sabah. Pembangunan Negeri Sabah kini adalah hasil daripada Kerajaan lepas.
"Banyak jasa dan budi yang telah kerajaan BN/Umno lakukan untuk rakyat Sabah termasuk bangunan Perpustakaan Negeri di Tanjung Aru, bangunan kerajaan negeri di Teluk Likas, kerajaan BN jaga kebajikan dan pembangunan rakyat yang mana Hajiji sendiri antara menteri kabinet nya ketika itu.
Apakah Hajiji sudah lupa atau buat-buat lupa ?" Soal Jainab.
Monday, July 29, 2019
Monday, July 22, 2019
UMNO KOTA BELUD KECAM KENYATAAN MADIUS
Kota Belud : Viral Post yang diterbitkan oleh akaun peribadi DSP Madius Tangau semalam telah banyak menimbulkan reaksi rakyat Sabah apabila kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah itu di anggap berbaur sentimen yang menyentuh agama dan perpaduan kaum.
Menurut Pemangku Ketua UMNO Bahagian P169 Kota Belud,Hj.Fadli Hj.Juanas,kenyataan tersebut tidak sepatutnya di buat oleh seorang wakil rakyat apatah lagi seorang Timbalan Ketua Menteri.
"Sepatutnya melalui tempoh 38 tahun itu YB sudah banyak belajar tentang perpaduan kaum dan agama di Sabah dan seharusnya faham tentang perkara yang harus dipelihara daripada disensasikan demi menjaga aset yang paling bernilai utk Sabah iaitu perpaduan kita!
Sejarah perlu dipelajari dan dihayati...Mana yg elok jadikan teladan, mana yang buruk jadikan sempadan. Akan tetapi jangan sewenang2nya mengimbas sejarah yang kabur, sehingga menyakiti perasaan saudara lain yang berlainan agama," ujar Fadli.
Tambah beliau lagi,penjelasan Madius seolah memberi gambaran buruk tentang Islam sedangkan Islam sama sekali menegah paksaan dalam soal dakwah dan syiar islam.
"Islam adalah agama kesejahteraan yang menganjurkan kasih sayang dan hormat kepada seluruh umat manusia tanpa mengira latar perbezaan," jelas Fadli yang turut bersama sekumpulan NGO beserta UMNO,PAS,USNO dan Warisan membuat laporan polis terhadap Madius tadi.
"Secara peribadi,UMNO menuntut agar Madius memohon maaf secara terbuka dan menarik semula kenyataan beliau kerana kenyataan itu terlalu sensitif terhadap umat Islam dan boleh membawa kepada perbalahan antara kaum.
"Jadilah pemimpin yang berjiwa besar, akui kesilapan dan perkukuh ikatan perpaduan yang sekianlama terjalin," kata Fadli lagi.
Dua hari lepas,Madius telah mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen yang mendapat reaksi pelbagai dari netizen.
Akaun facebook peribadi nya turut diserang dengan banyak komen yang kurang berpuashati sehingga ianya tular dengan pantas.
Ramai netizen menyelar kenyataan ini yang menyentuh sensitiviti agama dan dikhuatiri boleh menyebabkan perselisihan faham antara kaum di Sabah.
Malahan,kenyatan Madius turut menerima komen seolah-olah Timbalan Ketua Menteri itu sengaja mengagung-agungkan Ketua Menteri DSP Shafie Apdal dengan berlebih-lebih apabila sebuah gereja diluluskan dana RM1 Juta.
Pada masa yang sama,mengaitkan sejarah kepimpinan Kerajaan USNO di era 70an.
Friday, July 19, 2019
TIBA-TIBA DUN PINTASAN HANGAT
KOTA BELUD : Tambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mulai PRU15 akan datang begitu banyak mendatangkan reaksi dari lapisan usia masyarakat.Mau atau tidak,keputusan penggunaan 13 kerusi tersebut sudahpun diluluskan manakala rakyat terpaksa menerima dengan hati yang terbuka dan positif.
Bagi Parlimen P169 Kota Belud,anjakan nombor DUN sudah nyata di mana Tempasuk kini di N9 (dahulu N6),Usukan N10 (dahulu N8),Kadamaian N11 (dahulu N7) dan DUN baharu N8 Pintasan telah termaktub dalam persempadanan baharu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi PRU ke-15 nanti.
Bukan itu saja,kerajaan juga turut melunaskan pembaharuan drastik dengan menghadkan usia boleh mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dan ianya di anggap sebagai suatu lakaran sejarah di negara ini.Ternyata,golongan muda seawal usia 18 tahun kini sudah boleh bersuara sebagai aset penyalur peradaban bagi masa depan negara.
Berbagai reaksi muncul beberapa hari ini setelah Dewan Rakyat meluluskan tambahan 13 kerusi DUN di Sabah.DUN Pintasan ternyata terpaling panas di perkatakan di media sosial berbanding dengan DUN baharu yang lain.
Nyata amat,keseronokan para generasi muda membahaskan 'usul' ini di media sosial membayangkan betapa bersemangatnya anak-anak muda Kota Belud bagi menzahirkan suara mereka di dengar di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Yang peliknya,DUN lain yang di tambah di beberapa kawasan parlimen lain agak senyap dan belum kedengaran hujah dan idea anak-anak muda mereka menyambut era peradaban baharu ini.....
Kembali kepada DUN Pintasan....Kaji selidik mendapati,lebih separuh dari idea dan pendapat dihujahkan oleh golongan atas 40-an manakala hampir separuh lagi adalah datang dari anak-anak muda itu sendiri.
Jumlah yang agak kecil ini bukan bermaksud anak-anak muda ini tidak begitu berminat dengan kerusi berkenaan tetapi mereka lebih suka memerhati terlebih dahulu segala reaksi yang relevan dari mereka-mereka yang lebih mengetahui (ingat tulisan saya tempohari berkenaan Generasi Muda Memerhati).
Perbahasan mengenai bakal calon DUN Pintasan tidak seharusnya merujuk sebagai 'milik' tokoh-tokoh' yang belum punya kedudukannya dalam karier politik mereka dek kerana YB-YB ada kini tidak mahu di ganti-ganti sejak dulu.
Calon-calon DUN Pintasan seharusnya lebih menampilkan pemimpin muda belia sepertimana yang sering khalayak mahukan setiap kali PRU menjelma...
Takkan dah disediakan tempat tambahan,mahu lagi 'orang lama' di angkat naik ?
Soal menentukan calon yang bakal bertanding kelak sememangnya terletak di tangan parti-parti yang mengambil bahagian dalam sistem demokrasi pilihanraya Malaysia.Samada mereka tetap mahukan calon veteran ataupun menampilkan calon muda belia,itu hak mereka sepenuhnya.
Bagaimanapun,jika ada parti yang mencuba nasib mempertaruhkan 'orang lama' sebagai calon kelak,pastinya bakal berdepan dengan Gelombang Tsunami Gen-Y yang dahsyatnya bukan alang kepalang sepertimana yang berlaku di PRU14 lalu.Peratusan untuk menang mungkin tipis tetapi untuk kalah belum tentu lagi....
Jika ada parti lain pula mencalonkan anak muda sebagai menyahut kehendak rakyat yang rata-ratanya pengundi muda,juga bakal berdepan dengan banyak tekanan.Orang lama mungkin menggunapakai istilah 'setahun jagung' manakala calon anak muda pasti gagah pidatonya dengan menyemarakkan sentimen Suara Anak Muda untuk Era Malaysia Baharu.
Saling tekan menekan pasti berlaku dan calon Orang Lama akan di landa mimpi ngeri berjudul 'pisang berbuah dua kali' manakala calon muda bakal diselubungi emosi bertajuk 'setahun jagung yang masih mentah',umpama 'si kaduk dah naik junjung'.
Rasanya,dimanakah pilihan anda bila terfikir hal-hal begini ?
Secara ilmiahnya,berilah kepada suara anak muda yang ingin didengari idea serta pandangan mereka di dewan undangan negeri.Cuba lihat wakil rakyat-wakil rakyat kita di NEGERI SABAH ini,mana satu YB-YB kita yang betul-betul perjuangkan keinginan belia muda ??
Rata-ratanya YB kita di DUN kini bukan lagi dikatagorikan sebagai BELIA kerana sudah berumur....Mereka ini sudahpun boleh di panggil BELIAU.
ps : bahasa yang dipermudahkan untuk difahami...#MunPahamBisai
(sumber photo : Bernama)
Perbahasan mengenai bakal calon DUN Pintasan tidak seharusnya merujuk sebagai 'milik' tokoh-tokoh' yang belum punya kedudukannya dalam karier politik mereka dek kerana YB-YB ada kini tidak mahu di ganti-ganti sejak dulu.
Calon-calon DUN Pintasan seharusnya lebih menampilkan pemimpin muda belia sepertimana yang sering khalayak mahukan setiap kali PRU menjelma...
Takkan dah disediakan tempat tambahan,mahu lagi 'orang lama' di angkat naik ?
Soal menentukan calon yang bakal bertanding kelak sememangnya terletak di tangan parti-parti yang mengambil bahagian dalam sistem demokrasi pilihanraya Malaysia.Samada mereka tetap mahukan calon veteran ataupun menampilkan calon muda belia,itu hak mereka sepenuhnya.
Bagaimanapun,jika ada parti yang mencuba nasib mempertaruhkan 'orang lama' sebagai calon kelak,pastinya bakal berdepan dengan Gelombang Tsunami Gen-Y yang dahsyatnya bukan alang kepalang sepertimana yang berlaku di PRU14 lalu.Peratusan untuk menang mungkin tipis tetapi untuk kalah belum tentu lagi....
Jika ada parti lain pula mencalonkan anak muda sebagai menyahut kehendak rakyat yang rata-ratanya pengundi muda,juga bakal berdepan dengan banyak tekanan.Orang lama mungkin menggunapakai istilah 'setahun jagung' manakala calon anak muda pasti gagah pidatonya dengan menyemarakkan sentimen Suara Anak Muda untuk Era Malaysia Baharu.
Saling tekan menekan pasti berlaku dan calon Orang Lama akan di landa mimpi ngeri berjudul 'pisang berbuah dua kali' manakala calon muda bakal diselubungi emosi bertajuk 'setahun jagung yang masih mentah',umpama 'si kaduk dah naik junjung'.
Rasanya,dimanakah pilihan anda bila terfikir hal-hal begini ?
Secara ilmiahnya,berilah kepada suara anak muda yang ingin didengari idea serta pandangan mereka di dewan undangan negeri.Cuba lihat wakil rakyat-wakil rakyat kita di NEGERI SABAH ini,mana satu YB-YB kita yang betul-betul perjuangkan keinginan belia muda ??
Rata-ratanya YB kita di DUN kini bukan lagi dikatagorikan sebagai BELIA kerana sudah berumur....Mereka ini sudahpun boleh di panggil BELIAU.
ps : bahasa yang dipermudahkan untuk difahami...#MunPahamBisai
(sumber photo : Bernama)
Monday, July 15, 2019
UMNO KB SAMBUT BAIK KEPULANGAN RAHIM : FADLI
KOTA BELUD : UMNO Bahagian P169 Kota Belud gembira dan menyambut baik kembalinya semula Datuk Abdul Rahim Ismail ke pangkuan parti itu.
Pemangku Ketua Bahagiannya,Hj.Fadli Hj.Juanas berkata,UMNO sentiasa membuka pintunya untuk menerima kembali ahli-ahli parti yang ingin kembali tetapi hendaklah mengikuti prosedur asal keahlian seperti yang termaktub dalam perlembagaan UMNO itu sendiri.
"Kita sangat gembira dengan kembalinya Datuk Rahim dan juga khabarnya Datuk Sairin Karno untuk bersama-sama semula di dalam UMNO....Kita lupakan yang keruh,ambil yang jernih dan harus meneruskan persepakatan sedia terjalin di dalam keluarga UMNO yang besar ini," jelasnya ketika dihubungi di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Katanya,perjuangan UMNO sangat jelas dan difahami oleh semua ahli termasuklah bekas-bekas ahli yang meninggalkan UMNO dahulu.Mereka boleh kembali ke pangkuan keluarga ini tetapi hendaklah sepertimana mula-mula memohon keahlian seperti dahulu dan menjadi ahli biasa.
"Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka yang kembali semula tetapi kami di UMNO sangat mengalu-alukan dan gembira dengan kepulangan mereka bagi meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa,agama dan kesejahteraan politik negara yang kian huru hara ketika ini.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Rahim hari ini menyebut sebab beliau meninggalkan PPBM adalah kerana kegagalan PPBM (Bersatu) menyakinkan dasar inklusif dan nyatanya lebih mengutamakan "selective accomodation',iaitu memberikan keutamaan kepada mereka-mereka yang ada jawatan dan kedudukan politik.
Menurut Rahim lagi,selepas PRU14 merubah lanskap politik negara,keupayaan UMNO semakin tampak relevan dan wadah penyatuan bangsa itu dijadikan fokus utama dan inilah yang membuatkan beliau terfikir semula untuk kembali bersama UMNO.
"Saya berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa dasar inklusif yang diamalkan di era pemerintahan BN-UMNO masih signifikan untuk memacu Malaysia ke masa depan yang lebih baik," ujar Rahim lagi.
KENYATAAN AKHBAR
DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL
DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL
SAYA KEMBALI KE UMNO SABAH
KOTA KINABALU : "Saya meninggalkan PPBM dan kembali ke pangkuan UMNO Sabah",kata Datuk Seri Panglima Abd.Rahim Ismail.
Keputusan ini bukanlah dibuat secara terburu-buru atau disebabkan beremosi, tetapi kerana mengambil kira situasi politik semasa Negara, terutama sekali di Sabah.
Seperti juga dengan beberapa pemimpin UMNO yang telah menyertai BERSATU, saya menaruh harapan tinggi pada BERSATU untuk menyatu-padukan masyarakat Bumiputera di Sabah, sepertimana yang dijanjikan oleh kepimpinan tertinggi parti BERSATU semasa pelancaran parti itu di Sabah pada Mei lepas.
Walau bagaimanapun, janji BERSATU untuk mengamalkan dasar inklusif agak samar-samar dan tidak meyakinkan, kerana parti itu lebih mengutamakan ‘selective accomodation’, iaitu memberi keutamaan kepada mereka yang ada jawatan dan kedudukan politik.
PRU 14 sememangnya telah merubah lanskap politik Negara, namun melihat pada situasi dan realiti politik Negara masa kini (post GE14), saya melihat bahawa perjuangan UMNO semakin relevan, terutama sekali sebagai wadah untuk menyatupadu dan membela nasib kaum Bumiputera di Malaysia dan di Sabah khususnya.
UMNO telah menjadi tulang belakang dalam mengamalkan dasar inklusif sepanjang era pemerintahan BN-UMNO dan tidak dapat dinafikan bahawa rakyat negeri Sabah telah menikmati pelbagai manfaat pembangunan sosio-ekonomi dan kestabilan politik sepanjang pemerintahan BN-UMNO. Saya percaya rakyat Sabah tidak mudah melupai jasa dan khidmat perjuangan UMNO. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa hati rakyat Sabah masih tersangkut pada UMNO.
Saya berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa dasar inklusif yang diamalkan di era pemerintahan BN-UMNO masih signifikan untuk memacu Malaysia ke jalan hadapan.
DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL RAHIM ISMAIL
Kota Kinabalu
15 Julai 2019
USNO PERLU TERAJU WIBAWA
KOTA KINABALU ; Parti yang kembali bangkit-USNO- perlu sentuhan ajaib dan magis bagi menyenaraikannya sebagai sebuah parti politik,sebaris dengan parti-parti politik Sabah yang ada.
Seorang pemerhati politik tempatan Jusim Berahim berkata,Usno bukanlah tidak ada 'nama' tetapi parti ini sudah lama berkubur dan untuk membangkitkannya kembali amat-amat perlukan sentuhan magis yang bukan alang kepalang.
"Beberapa kali Usno cuba dihidupkan malah oleh legasi Allahyarham Tun Datu Mustapha juga pernah berusaha sama dan kemudiannya di cuba lagi oleh beberapa kumpulan atau individu yang sangat mencintai Usno,parti keramat anak Sabah ini.
Tetapi semuanya tidak menjadi hatta walau dengan apa cara sekalipun,ianya tetap berkubur kembali setelah gah hanya beberapa bulan sahaja dengan promo dan viral di mediamassa."
Menurut Jusim,Usno kali ini perlu lebih serius dengan tekad jitu yang tidak berbelah bahagi.Usno harus punya Leadership Team bagi merealisasikan kebangkitannya dan bukan diketuai oleh orang-orang politik level pertengahan.
"Contohnya....Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said atau Tan Sri DSP Pandikar Amin adalah dua calon ketua yang sangat berwibawa dan professional.Daya kepimpinan mereka sepatutnya di angkat naik menjadi ketua bagi menggempur kembali roh-roh semangat Usno ini kembali bangkit.
Jika sesebuah parti itu diketuai oleh mereka-mereka yang kurang ternama,kurang pengalaman dan belum pernah jatuh bangun dalam dunia politik,sudah tentu parti tersebut tidak akan menjadi pilihan para penyokong terutamanya golongan muda belia," jelas Jusim lagi.Ini membawa makna,penglibatan belia itu sangat perlu bagi mengimbangi otai politik yang ada.
"Salleh atau Pandikar,harus menjadi ketua (presiden) manakala kiri kanannya diletakkan sayap golongan muda yang penuh semangat perjuangan kerana golongan muda ini juga perlu tunjuk ajar pemimpin wibawa sebelum mereka sendiri memimpin sendiri kelak."
"Golongan muda belia belum boleh menjadi pemimpin atau presiden.Mereka belum punya wibawa yang kukuh dan pengaruh yang kuat biar berjuta isi kewangannya.Otai-otai politik seperti Pandikar dan Salleh ini lah pilihan yang tepat untuk memimpin manakala yang lain wajib menyokong sambil mempelajari selok belok dunia politik sebelum mengambilahlih tampuk tertinggi pentadbiran."
"Salleh atau Pandikar,harus menjadi ketua (presiden) manakala kiri kanannya diletakkan sayap golongan muda yang penuh semangat perjuangan kerana golongan muda ini juga perlu tunjuk ajar pemimpin wibawa sebelum mereka sendiri memimpin sendiri kelak."
"Golongan muda belia belum boleh menjadi pemimpin atau presiden.Mereka belum punya wibawa yang kukuh dan pengaruh yang kuat biar berjuta isi kewangannya.Otai-otai politik seperti Pandikar dan Salleh ini lah pilihan yang tepat untuk memimpin manakala yang lain wajib menyokong sambil mempelajari selok belok dunia politik sebelum mengambilahlih tampuk tertinggi pentadbiran."
Penganalisa Politik Dr.Kamaruddin Hosni turut sependapat dengan Jusim mengenai isu Leadership Team ini dalam mengambil kira beberapa sudut lain seperti kewangan,pengalaman,kreativiti dan pengaruh.
"Pandikar calon yang sangat sesuai untuk menerajui Usno hari ini....Sebelum ini,Usno di landa banyak kemelut pentadbiran dan dalam kekalutan itu,Pandikar muncul (PRK Sandakan) secara tiba-tiba sehingga banjir beritanya di mediamassa dan media sosial.
bukan itu sahaja,ramai pemerhati politik dan mantan pemimpin-pemimpin berasa tindakan Usno menarik masuk Pandikar ke gelanggang Usno adalah keputusan yang sangat tepat," jelas Kamaruddin.
"Benar...Ramai yang mahu pemimpin baharu dan muda menjadi teraju parti.....Tetapi,terfikirkah kalian tentang persoalan asas ini iaitu - sudah cukupkah pengaruh,pengalaman dan nama kalian untuk memimpin golongan muda dan tua ? Bersedia kah ?
Dunia politik dunia penuh karenah dan berjuta liku..Hanya pengalaman,keberanian dan kebijaksanaan yang DIIZINKAN memasuki dunia ini,itupun jika belum cukup ilmu di dada,lautan dalam jangan di duga....Berilah kepimpinan parti itu 100 peratus kepada Salleh atau Pandikar dulu,manakala yang lain itu sebulat suara lah menyokong dan meneruskan perjuangan sambil cuba untuk belajar menjadi seorang ahli politik yang boleh sudah di gelar tokoh disegani dan berwibawa," katanya lagi.
"Benar...Ramai yang mahu pemimpin baharu dan muda menjadi teraju parti.....Tetapi,terfikirkah kalian tentang persoalan asas ini iaitu - sudah cukupkah pengaruh,pengalaman dan nama kalian untuk memimpin golongan muda dan tua ? Bersedia kah ?
Dunia politik dunia penuh karenah dan berjuta liku..Hanya pengalaman,keberanian dan kebijaksanaan yang DIIZINKAN memasuki dunia ini,itupun jika belum cukup ilmu di dada,lautan dalam jangan di duga....Berilah kepimpinan parti itu 100 peratus kepada Salleh atau Pandikar dulu,manakala yang lain itu sebulat suara lah menyokong dan meneruskan perjuangan sambil cuba untuk belajar menjadi seorang ahli politik yang boleh sudah di gelar tokoh disegani dan berwibawa," katanya lagi.
Dari tinjauan krew Sabah_Online baru-baru ini menunjukkan berbagai reaksi tercetus dengan kebangkitan Usno-Pandikar.Ramai beranggapan bahawa jika Usno ingin bangkit,pemimpinnya perlulah seorang yang berwibawa,ada pengaruh dan punya kekuatan kewangan lantaran tidak dinafikan bahawa faktor-faktor sedemikian adalah aset-aset penting bagi menjana keahlian dalam sesebuah parti politik.
Apa lagi sekiranya Salleh Tun Said berada sama di dalam Usno berganding dengan Pandikar,bekerjasama dengan otai-otai politik sedia ada seperti Ibrahim Linggam,Puan Leong Chau Chu,Laliman Ahmad,Musli Oli,Matbee Ismail,Zamzuri dan beberapa nama lain yang sememangnya sudah lama dalam politik,sudah pasti Usno bukan sahaja BANGKIT malahan sudah tentu parti ini menjadi parti paling disegani dan digeruni oleh kalangan parti politik Malaysia.
Mengimbau kembali detik-detik kemunculan parti kurang ternama sebelum PRU14,adalah merupakan sejarah yang tidak disangka-sangka tercatat apabila muncul menjadi kerajaan walaupun bukan dengan kemenangan mutlak.Sistem pengendalian pengaruh mempengaruhi serta Leadership Team yang mapan,boleh saja menjadikan 'parang betagar jadi berkilat dan tajam semula' kalau di asah dengan cara yang betul.
SECDC 2019 ANGKAT MARTABAT PEREKA FESYEN TEMPATAN : RAHMAHJAN
KOTA BELUD : Pertandingan Rekaan Fesyen Sabah Ethnic Couture Design Competition 2019 (SECDC) yang julung-julung kalinya diadakan ini bakal mengangkat naik martabat pereka fesyen anak jati Sabah ke persada antarabangsa.
Pengerusi RJ Couture,Datuk Rahmah Jan berkata,pertandingan ini menyasarkan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam anak Sabah itu sendiri yang sememangnya berbakat tambahan pula negeri Sabah memiliki banyak suku etnik dengan pakaian tradisi masing-masing.
"Ramai anak Sabah mempunyai bakat yang besar dan kreatif tetapi kebanyakan mereka cuma berkarya setakat itu sahaja kerana tidak ada penyaluran khas bagi mengangkat naik hasil kreativiti mereka dalam dunia fesyen hari ini," kata beliau ketika ditemui dalam satu lawatan dan taklimat di galeri The Ars V Couture di sini Sabtu lalu.
SECDC 2019 bakal mengetengahkan dua katagori iaitu fesyen sukuan Sabah dan juga rekaan fesyen kontemporari.Apa yang menariknya,menurut Rahmahjan,ialah sistem pertandingan yang lebih efisien berbanding dengan pertandingan-pertandingan fesyen yang lain pernah dianjurkan sebelum ini.
"SECDC 2019 terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah dengan kadar yuran hanya RM600 sahaja dan sistem pengadilannya akan dipelopori oleh golongan pakar fesyen terkenal di negara ini.
Sebanyak 20 peserta terbaik dari 2 katagori yang dipertandingkan akan kami bawa ke London mengiringi 3 pilihan terbaik untuk rekaan mereka diperagakan di pentas antarabangsa.Inilah motif penganjuran kita sebenarnya iaitu mahu memperkenalkan fesyen hebat dari Sabah Malaysia ke mata dunia," jelas Rahmahjan lagi.
Penyertaan sudahpun di buka pada 5 Julai lepas dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 10 Ogos depan manakala Pusingan Pemilihan Pertama di jangka berlangsung pada 14 September depan.
"Pusingan kedua dan penentuan Top 20 akan berlangsung pada 26 Oktober manakala pentas akhir (Top 20 Finalist) akan berlangsung pada 30 November 2019 di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negeri.
Pemenang pertama bagi setiap katagori bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi dan sijil setiap satu) manakala tempat kedua RM4,000,trofi dan sijil (setiap satu).
Bagi tempat ketiga pula,pemenang di dua katagori ini akan menerima RM3,000,sijil dan trofi manakala pihak penganjur juga telah menyediakan hadiah sampingan yang lain berupa wang tunai,trofi dan sijil kepada yang terpilih.
SECDC 2019 dianjurkan bersama oleh RJ Couture dengan kerjasama KDCA Women's Council dan setiap penyertaan atau maklumat lanjut boleh berhubung terus kepada Pn Alice di talian 0111 602 768 atau email rjcouture2019@gmail.com
Sunday, July 14, 2019
KENYATAAN MEDIA OLEH ZAMZURI P.AMIN (13.07.2019)
HAD USIA 18 : PEMUDA USNO NYATA PENDIRIAN
KOTA KINABALU: Angkatan Pemuda USNO (APU) berpendirian menyokong penuh tanpa berbelah bahagi terhadap inisiatif kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam hal membawa usul pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan mengenai penurunan umur minima untuk layak mengundi ketika setiap proses pilihan raya umum di negara ini dijalankan.
Kerajaan PH sekarang dalam proses membuat pindaan melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 (RUU) yang telah dibentangkan oleh YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan Malaysia buat kali pertama di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 11 Julai 2019 iaitu sehari selepas ia ditarik balik. Bagi bacaan kali kedua dan ketiga, ia akan dibuat pada sesi mesyuarat Parlimen penggal ini yang akan bersidang berterusan sehingga 18 Julai bulan ini.
Cadangan Pindaan RUU ini yang dibawa oleh pihak kerajaan adalah bertujuan, antara lain, bagi meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan kelayakan umur warganegara mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, meminda perenggan (b) di bawah Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan kelayakan umur warganegara menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun, dan meminda Seksyen 5 Jadual Kelapan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan kelayakan had umur warganegara menjadi ahli Dewan Undangan Negeri daripada 21 kepada 18 tahun. Kerajaan PH juga mencadangkan untuk membuat pindaan ke atas takrif “tarikh kelayakan” dalam perenggan (b) Fasal (40 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Implikasi kepada cadangan pindaan terakhir ini ialah seorang warganegera yang mencapai 18 tahun akan dianggap pengundi yang layak dan seterusnya akan didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Perlaksanaan dasar sebegini harus dilihat sebagai suatu langkah yang positif dan wajar diberikan hak mengundi kepada sesiapa yang mencapai usia 18 tahun memandangkan majoriti dalam kalangan negara komanwel, negara maju yang mengamalkan sistem demokrasi dan negara ASEAN telah lama menurunkan had usia kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Di negara Indonesia, anak muda boleh mengundi seawal 17 tahun. Negara-negara ASEAN semua telah menurunkan hak kelayakan mengundi kecuali Malaysia dan Singapura," jelas Zamzuri Pandikar Amin,Ketua Angkatan Pemuda USNO.
“Sudah tiba masanya Malaysia membuat ketetapan baru mengikut kesesuaian semasa dan meletakkan tahap negara ini setaraf dengan amalan negara-negara maju demokrasi. Rakyat Malaysia khususnya golongan anak muda sekarang lebih terhubung dan bermaklumat akibat daripada pendedahan kepada maklumat yang luas tanpa sempadan dalam persekitaran moden yang banyak mempengaruhi pemikiran generasi muda. Kemajuan teknologi maklumat yang kian bertambah pesat membuat media massa sebagai suatu platform digital yang banyak membentuk minda dan pemikiran anak muda. Oleh itu, kini masyarakat tidak boleh membuat tanggapan bahawa warganegara yang berusia 21 tahun ke bawah adalah tidak matang, tidak rasional atau tidak bijak dalam menentukan kerajaan dan memilih sendiri siapa wakil mereka," kata beliau lagi.
“Kalau kita lihat dari sudut atau aspek perundangan yang ada di negara ini, usul pindaan ini konsisten dengan pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan penetapan syarat kelayakan 18 tahun sebagai umur dewasa. Golongan anak muda yang sudah mencecah 18 tahun boleh memohon untuk dapatkan lesen perniagaan, lesen memandu, mendapatkan pinjaman kewangan, menyertai agensi-agensi berkaitan dengan keselamatan negara seperti tentera, polis atau bomba, berkahwin, menandatangani kontrak atau perjanjian, menyertai parti politik sebagai ahlinya, melibatkan diri dalam mana-mana kegiatan politik dan sebagainya. Senarai ini tidak berhenti di situ. Walhal, mana-mana individu yang sudah berumur 18 tahun dan didapati bersalah selepas dibicara dan sekiranya disabit oleh pihak Mahkamah akan dijatuh hukum setimpal dan sama dengan rakyat Malaysia dewasa yang lebih berumur. Jadi, tindakan menurunkan hak kelayakan usia mengundi ke 18 tahun adalah amat wajar, tepat pada masanya dan tidak berlaku percanggahan kepada kerangka perundangan di negara kita”, ujar Zamzuri ketika di temui di sini semalam.
Berkenaan pula dengan cadangan dua pra-syarat yang ditetapkan baru-baru ini oleh barisan kepimpinan Parlimen Barisan Nasional (BN), PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Zamzuri berpendapat bahawa kerajaan harus berwaspada dengan cadangan syarat untuk membuat ketetapan pendaftaran pengundi secara automatik dan mengambil kira pandangan yang ditegaskan oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam menentang cadangan ini.
Dua pra-syarat tersebut ialah mengenai pendaftaran pemilih baru dilaksanakan secara automatik terhadap golongan muda berusia 18 tahun dan menurunkan kelayakan umur calon untuk bertanding dalam pilihan raya kepada usia yang sama.
“Presiden PBS telah membangkitkan kebimbangan tulen yang perlu diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya oleh kerajaan PH dalam implementasinya. Ini adalah kerana kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah telah banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan dari aspek permasalahan sosial. Situasi di negeri Sabah tidak boleh disamakan dengan situasi dan keadaan di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan warga asing yang menyalahi undang-undang itu disyaki sebagai pemegang MyKad palsu, yang diberikan secara haram, atau mempunyai sijil kelahiran yang meragukan.
Sekiranya kanak-kanak kepada pengundi yang meragukan itu dibenarkan secara automatik untuk menjadi pengundi apabila mencapai usia 18 tahun, maka bagi Sabah, orang asing akan menggugat status rakyat Sabah yang sebenar dalam menentukan pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri”, ujar beliau.
Selaku Ketua kepada Angkatan Pemuda USNO, Zamzuri menyokong penuh pra-syarat kedua iaitu kelayakan bagi yang berusia 18 tahun untuk bertanding dalam pilihan raya umum sebab ianya tepat dan konsisten serta selaras dengan dasar aspirasi perjuangan USNO Malaysia Baharu sebagai terjemahan kepada semangat progresif dan sifat inklusif. Dalam cetak biru agenda USNO iaitu Perjanjian Baru atau ‘New Deal’, pucuk pimpinan tertinggi USNO, yang antaranya, akan memberi ruang dan peluang serta menampilkan 70 peratus daripada barisan kepimpinannya di semua peringkat kepada golongan Generasi X dan Y serta golongan wanita.
Beliau juga mengharapkan agar fokus dan lebih banyak usaha harus dicurahkan untuk menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada golongan anak muda khususnya yang berusia 18 tahun tentang mengapa mereka harus mengamalkan hak mereka untuk mengundi dan mengambil bahagian dalam proses demokrasi dan pembinaan negara. Ini adalah penting supaya kita boleh melahirkan pengundi yang berkualiti untuk memilih pemimpin atau kerajaan negara yang berkualiti. Zamzuri berkata, “Seelok-eloknya pendedahan dan kefahaman yang awal perlu dilaksanakan kepada golongan ini tentang sekiranya salah mengundi, apakah kesannya kepada urus tadbir negara. Sekurang-kurangnya ini harus dilakukan di bangku sekolah lagi mungkin di peringkat sekolah menengah. Pihak berkenaan harus mengkaji bagaimana cara memasukkan ini dalam modul atau silabus pelajaran mereka supaya kefahaman yang lebih menyeluruh dapat dicapai tentang hal dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara muda dan pengundi.
Perbahasan akan dilangsungkan di Dewan Rakyat pada sambungan sesi mesyuarat minggu depan mengenai usul pindaan kelayakan umur pengundi. Kerajaan PH memerlukan suara dua pertiga daripada majoriti di Dewan Rakyat sebelum cadangan-cadangan pindaan RUU ke atas Perlembagaan Persekutuan dapat diluluskan.
Negeri umpama sebatang sungai,
Warga umpama sebuah perahu,
Pemimpin,umpama si pendayung.
Dayunglah...Kayuhlah,
Melewati onak tebing dan jeram kelam..
Pasti ada pihak-pihak yang amat kurang senang apabila budaya politik cantas mencantas ini dibicarakan secara umum.Malah,belum ada lagi pihak yang berani tampil untuk sebarang bentuk diskusi bagi membincangkan hal ini yang masih lagi serius berwabak di kalangan ahli politik hari ini.
Warga umpama sebuah perahu,
Pemimpin,umpama si pendayung.
Dayunglah...Kayuhlah,
Melewati onak tebing dan jeram kelam..
Pasti ada pihak-pihak yang amat kurang senang apabila budaya politik cantas mencantas ini dibicarakan secara umum.Malah,belum ada lagi pihak yang berani tampil untuk sebarang bentuk diskusi bagi membincangkan hal ini yang masih lagi serius berwabak di kalangan ahli politik hari ini.
Budaya ini bukan sahaja menjadi wabak di peringkat atasan malahan di peringkat bawahan juga.Virus ini semakin membengkak.
Ini tidak terkecuali kepada pemimpin-pemimpin Bahagian sesebuah parti politik malahan juga turut menjangkiti kalangan pemuda dan wanitanya.
Benar,ada sesetengah ketua-ketua mereka menafikan hal tersebut sudah merebak tetapi kejelasan penyakit begini terlihat sendiri oleh kalangan akar umbi di mana sikap buruk-memburuk antara satu sama lain itu masih berleluasa tanpa disedari oleh ketuanya.
Suara dari kalangan ahli akar umbi belum tentu sampai ke telinga ketua mereka dek kerana 'tercantas' oleh orang tengah yang diamanahkan untuk menyampai khabar.Maka,jadilah isu berkenaan terkontang kanting di tahap itu sahaja tanpa punya pelabuhan yang boleh disinggahi.
Sikap buruk memburuk di kalangan ahli sesebuah parti itu juga boleh saja meranapkan kepercayaan yang sedia ada terhadap pucuk pimpinan.Para pemimpin pula,seakan-akan menelan bulat-bulat khabar yang di terima tanpa mahu menyelidik terlebih dahulu samada isu tersebut benar atau tidak.
Ketua pula,harus punya toleransi dan keadilan yang cukup dalam menilai sesuatu bentuk isu mengenai si polan itu dan si polan ini.
Si penyampai isu itu pula belum tentu betul 100 peratus kerana mungkin ada tokok tambah,al maklum manusia ini memangnya punya sikap hasad dengki,khianat dan sebagainya lantaran ingin menyelamatkan periuk nasi sendiri sehingga sanggup menginjak kepala orang lain untuk naik.
Si penyampai isu itu pula belum tentu betul 100 peratus kerana mungkin ada tokok tambah,al maklum manusia ini memangnya punya sikap hasad dengki,khianat dan sebagainya lantaran ingin menyelamatkan periuk nasi sendiri sehingga sanggup menginjak kepala orang lain untuk naik.
Inilah sepak terajang dalam dunia politik hari ini di mana ramai parti-parti kehilangan penyokong tegar semata-mata kerana hilang kepercayaan.
Budaya cantas mencantas itu tetap terus menebal dalam politik orang kita hari ini demi mementingkan diri sendiri sehingga nama pemimpin dan nama parti yang dianuti itu ikut tercemar dan jadi bualan di sana sini.
Walhal,pemimpin itu baik orangnya.Tulus budi pekertinya.Tetapi semua itu akan musnah bila orang kanan yang diharap-harapkan,rupanya 'melebih sudu dari kuah'.
Belum pun tahu dan faham seluruh hasrat si pembawa,dan,belum pun hasrat itu sampai ke hadapan si pemimpin,si orang kanan sudah buat keputusan samada ya atau tidak...
Walhal,pemimpin itu prihatin orangnya.Telus pendiriannya.Tetapi semua itu akan dilupai bila orang-orang kanannya yang ditemui,rupanya 'menjunjung rotan,akar dibuang'.
Permasalahan dari bawahan (akar umbi) di usung wakil mahu dipersembahkan kepada pemimpin,namun si orang kanan terlalu berlagak bagaikan Editor..Sunting sana,sunting sini sebelum berita disampaikan kepada ketua.
Hasilnya,si ketua (pemimpin) cuma dapat info sekerat yang sudah di edit dan modified.
Persoalannya :
Siapa sebenarnya Pemimpin dalam konteks ini?
Budaya cantas mencantas itu tetap terus menebal dalam politik orang kita hari ini demi mementingkan diri sendiri sehingga nama pemimpin dan nama parti yang dianuti itu ikut tercemar dan jadi bualan di sana sini.
Walhal,pemimpin itu baik orangnya.Tulus budi pekertinya.Tetapi semua itu akan musnah bila orang kanan yang diharap-harapkan,rupanya 'melebih sudu dari kuah'.
Belum pun tahu dan faham seluruh hasrat si pembawa,dan,belum pun hasrat itu sampai ke hadapan si pemimpin,si orang kanan sudah buat keputusan samada ya atau tidak...
Walhal,pemimpin itu prihatin orangnya.Telus pendiriannya.Tetapi semua itu akan dilupai bila orang-orang kanannya yang ditemui,rupanya 'menjunjung rotan,akar dibuang'.
Permasalahan dari bawahan (akar umbi) di usung wakil mahu dipersembahkan kepada pemimpin,namun si orang kanan terlalu berlagak bagaikan Editor..Sunting sana,sunting sini sebelum berita disampaikan kepada ketua.
Hasilnya,si ketua (pemimpin) cuma dapat info sekerat yang sudah di edit dan modified.
Persoalannya :
Siapa sebenarnya Pemimpin dalam konteks ini?
Thursday, July 11, 2019
KOTA BELUD BAHAGIAN PERTAMA BAWA USUL AUTONOMI UNTUK UMNO SABAH
KOTA BELUD : UMNO Bahagian P169 Kota Belud mengukir sejarah apabila menjadi UMNO Bahagian yang pertama membawa usul autonomi bagi menjadikan UMNO Sabah sebagai parti yang mandiri di negeri ini.
Pemangku Ketua Bahagiannya,Haji Fadli Haji Juanas berkata,usul berkenaan dibawa pada Persidangan Perwakilan Bahagian parti itu melalui sayap Pemuda,Wanita dan Puteri.Kemudiannya usul berkenaan di sokong sebulat suara di Persidangan Perwakilan peringkat bahagian yang dirasmikan oleh Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan pada 29 Jun lalu.
"Autonomi untuk UMNO Sabah sangat penting bagi menggerakkan seluruh jentera dalam suasana mandiri atau berkuasa sepenuhnya dalam menentukan sesuatu yang melibatkan parti tanpa merujuk ke Kuala Lumpur seperti sebelum ini," kata beliau lagi.
Ini membawa makna bahawa UMNO Sabah tidak akan terikat lagi dengan UMNO Pusat dalam menentukan keputusannya sekaligus menjadikan UMNO Sabah sebagai sebuah parti tempatan (parti lokal).
"Insyaallah di bulan November ini nanti,usul tersebut dibentangkan di Perhimpunan UMNO 2019 dan diluluskan," jelas Fadli yang juga merupakan Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Sabah.
Menurut sumber,UMNO Kota Belud mencatatkan jumlah seramai 32,098 orang ahli yang masih berdaftar setelah 'pemutihan' berlaku di antara PRU14 hinggalah pada 31 Januari 2019 di mana pecahan jumlah berkenaan datangnya dari Usukan (12,954),Tempasuk (12,371) dan Kadamaian (6,773).
Turut sama membawa dan menyokong usul autonomi ini kemudiannya ialah di Mesyuarat Perwakilan Wanita Sepanggar dan Persidangan Perwakilan Bahagian Kinabatangan.
Perhimpunan Agung UMNO di jangka bakal berlangsung di Kuala Lumpur mulai 13-16 November depan.
GENERASI MUDA MEMERHATI
KOTA BELUD : Gelombang besar dan dahsyat pernah diciptakan oleh golongan ini di penghujung PRU14 lalu.Badai raksasa yang mengubah peradaban yang sekianlama terbina tanpa mampu kita ramalkan pengakhirannya.
Daerah Kota Belud masih Fobia dengan tragedi tersebut dan sehingga kini merasa,bagai tidak dapat di terima oleh akal akan kesannya.Pemimpin-pemimpin yang tertewas,ramai yang mengakui bagaimana kuatnya kuasa Generasi Muda ini serta mampu menerima hakikat dalam karier dunia politiknya.Ini genius namanya sebab ada sikap 'sedar diri'.
Tetapi,ramai juga pemimpin ini yang tidak ingin menerima hakikat kejatuhan empayar sekuat itu dan sering menyalahkan rakyat kerana tidak mengundinya.Yang ini,tak tahu macamana melabelkannya tetapi percaya lah,mereka-mereka ini akan muncul di saat-saat akhir Parlimen atau DUN akan dibubarkan.
Kini,Generasi Muda ini mula mengintai lagi setelah rasa terbohong dengan setahun jagung pemerintahan baharu.Pemerhatian mereka tertumpu kepada bilangan parti-parti yang muncul menjelang PRU15.
Mereka ingin melihat parti-parti yang sentiasa kekal di samping masyarakat bersama pemimpinnya tanpa mahu menunggu PRU tiba.
Yang peliknya,ada pula pemimpin tertentu sering bersuara,"Ah,PRU lama lagi bah."
Tidak mereka sedari bahawa rakyat hari ini mahu parti yang sentiasa 'ada' untuk masyarakat dan bukannya muncul memperbanyakkan kegiatan amal di penghujung hari-hari pembubaran.
Mata dan telinga Generasi Muda ini lebih fokus kepada tindak tanduk pemimpin belia sesebuah parti politik yang ada disekitarnya hari ini.Ada parti yang masih mengamalkan budaya cantas mencantas,ada yang masih di takuk lama,ada pula yang lebih 'advance' dengan idea gila-gila memualkan anak perut,ada yang terlalu agreasif seolah mereka di landasan yang betul dan macam-macam lagi karenah disajikan.
Benar...Parti-parti politik (khususnya di Sabah) sering mengatakan Suara Generasi Muda diutamakan.Namun itu cuma sekadar di bibir penyedap ucapan sahaja.
Apa yang jelas,bila saja anak-anak muda mula bersuara menyampai idea dan melontar pendapat,tiba-tiba sahaja golongan veteran politik melenting dan menyifatkan 'umur setahun jagung sudah pandai mengajar itik berenang".
Lalu,kemanakah maruah dan harga diri golongan muda ini apabila suara dan ideanya dinafikan oleh senior politiknya sendiri ??
Dihumbani dengan kata-kata kesat dan dilumuri dengan makian,adakah itu didikan yang perlu diajarkan kepada mereka ??
Ibarat sebuah bahtera,nakhodanya harus seorang yang perlu wibawa,bijaksana,adil saksama dan penuh pengalaman....Kelasinya pula,si anak-anak muda ini yang perlukan teladan yang betul untuk mereka meneruskan kepimpinan yang sedia ada diwariskan.
Veteran Politik suatu hari nanti akan mati jua.Ajarlah anak-anak muda ini selok belok pelayaran politik sebagai bekalan.
Golongan Muda Kota Belud perlukan sesuatu yang lebih relevan dan sesuai dengan usia mereka yakni,yang boleh membawa mereka menuju masa depan yang lebih bagus.
Golongan Muda ini mahukan 'sesuatu',bukan budaya yang 'dijenamakan semula' dan mereka mahu terus memelihara sikap hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
Ramai kalangan Generasi Muda di daerah ini terpaksa berdepan lagi dengan budaya hipokrit dan kronisme.Kepentingan peribadi lebih diutamakan daripada pemuliharaan kepimpinan dalaman.
Yang nyata,memang benar laporan akhbar itu lebih relevan berbanding media sosial tetapi harus di ingat bahawa di media sosial itulah lebih ramai Generasi Muda berbanding masyarakat yang membeli akhbar-akhbar harian.
Hairan Bin Ajaib,kurangnya promosi di media sosial boleh menurunkan saham sesebuah parti politik tersebut dan lebih melucukan,jika menggunakan media sosial pun,beritanya hanya untuk mereka-mereka dan ahli parti mereka sahaja sedangkan di peringkat khalayak,ramai yang tidak mengetahuinya.
Generasi Muda melihat dan memerhati Warisan..UMNO..PPBM..USNO..PBS,UPKO,STAR,PAS,DAP,PKR dan beberapa buah parti lain untuk dinilaikan semula seolah-olah 'pilihanraya itu sudah semakin dekat' dan mereka tahu,mereka lah Sang Algojo yang bakal menjatuhkan hukuman yang setimpal.
#MunPahamBisai
BERSATU SABAH MAHU AGIHAN KERUSI BAHARU, MAHU JAWATAN DIBERIKAN : LAJIM
KOTA KINABALU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah berharap 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang akan diwujudkan di Sabah diagihkan dengan adil melibatkan Bersatu.
Pengarah Strategi dan Pilihan Raya Bersatu Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kawasan bumiputera Islam dan kaum Kadazan, Dusun serta Murut (KDM) adalah kerusi yang sesuai diberikan kepada Bersatu.
Katanya, satu kajian komposisi penduduk dan sokongan rakyat akan dilakukan di seluruh negeri bagi memudahkan parti itu menilai kerusi yang diinginkan sebelum dicadangkan kepada pucuk pimpinan Bersatu Pusat untuk dipertimbangkan.
“Kami akan bincang tentang kerusi baharu ini kerana Bersatu mesti ada agihan, itu kerusi baharu bukan milik sesiapa dan Bersatu sudah kenal pasti di mana kerusi yang kami ada penyokong serta boleh menang.
“Kalau kawasan masyarakatnya bercampur kami tidak akan bertanding kerana tumpuan Bersatu ialah kawasan bumiputera Islam dan KDM sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini.
Rabu depan, kerajaan dijangka membentangkan usul laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penambahan 13 kerusi baharu itu di Dewan Rakyat yang telah tertangguh sejak 2016.
Jika diluluskan, SPR akan memulakan kajian kawasan untuk 13 kerusi berkenaan menjadikan 73 DUN keseluruhan bakal dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang berbanding cuma 60 sebelum ini.
Mengulas perkembangan politik Sabah, Lajim berkata, Bersatu Sabah berharap beberapa jawatan di peringkat negeri dapat diberikan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) kepada pimpinan mereka bagi menjayakan lagi kerjasama yang terjalin.
Kata Lajim, hubungan amat baik telah terjalin antara kedua-dua parti, malah pimpinan Bersatu Sabah berpegang kepada arahan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membantu kerajaan negeri pimpinan Warisan.
“Tun Mahathir sudah kata kita ada persefahaman dan terbukti Warisan diberikan jawatan menteri dan timbalan di Kabinet Persekutuan walaupun mereka bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).
“Jadi kita harap Warisan lihat peluang itu untuk memberi ruang juga kepada pimpinan Bersatu Sabah dapat jawatan, kita tiada niat yang tidak baik cuma mahu bantu Warisan menjadi lebih kuat di Sabah,” katanya.
Tuesday, July 9, 2019
BIMBANG KEBANGKITAN USNO ?
USNO yang tiba-tiba bangkit bukan sekadar retorik dan omong kosong dengan impian untuk mencari nama yang popular.
USNO bangkit kerana gagalnya kerajaan hari ini membimbing rakyat ke arah kesejahteraan.
USNO hari ini bangkit kerana rakyat terlalu kecewa dengan Sabah For Sabahan dan Sabah Kita Punya.
USNO bangkit dek kerana bosan dengan pembohongan melulu sesetengah pihak yang tergamak mendabik dada sebagai parti lokal sedang 'lokal' nya itu sekadar di bibir semata-mata walhal hala tujunya sudah ke arah lain.
USNO pernah mengalami kejatuhan paling dahsyat dalam sejarah hidupnya.Dari taktik penipuan hinggalah ke taktik ketamakan,menjadi duri di celah daging kenyal perjuangannya.
Tahun 70an,Tun Mustapha jatuh hasil dari penipuan dan 80an menjadi episod malang dalam buku sejahnya.
Setelah kejatuhan itu,USNO ingin bangkit bersama semangat legasi tetapi dibayangi kronisme dan perpecahan.
Di era 1990 an,USNO terkubur dengan penyeberangan UMNO yang dijadikan sebagai wadah perjuangan anak jati tempatan.
Hikayat UMNO ini di anggap berjaya dan Sabah membangun dengan majunya meski nyata masih tertinggal jauh di belakang negeri-negeri lain di Malaysia.
Tidak dinafikan,wujud juga kronisme dan akhirnya muncul sifat keangkuhan melayu bumiputera setelah sekianlama berkuasa.
USNO muncul lagi di saat keangkuhan parti semenanjung ini begitu gah di takhta.Kali ini,USNO Baru namanya dan semangat penuntutan itu ini bermula apabila ianya ditiupkan oleh pihak-pihak yang bersepakat membina parti itu semula.
Tidak juga bertahan lama apabila menjelang di tahun akhir PRU14 mula menjengah,Usno Baru tersembam di bentes kemelut khianat dan penipuan oleh orang-orang tertentu yang tentunya dari dalaman Usno Baru itu sendiri.
Bertatih dengan rintih kesedaran betapa perlunya sebuah parti lokal yang benar-benar lokal berteraskan perjuangan untuk anak-anak tempatan,USNO dibangkitkan lagi dengan iltizam yang lebih perkasa.
Anak didik Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Hj Harun,kembali bersatu untuk membina pengukuhan.Usno dibangkitkan dengan inspirasi Semangat 1961 lalu menyasarkan golongan anak muda belia sebagai pasukan Gerak Gempurnya yang diketuai oleh Zamzuri P.Amin.
Perlantikan Tan Sri Pandikar sebagai Penasihat Strategi Politik Usno,nampaknya berjaya membakar rumpunan semangat kebangkitan dengan gandingan mantap Ahli Majlis Tertinggi parti itu yang dipelopori oleh Ibrahim Linggam sebagai Presiden dan Puan Leong selaku timbalannya.
Kebangkitan ini amat membimbangkan sesetengah pihak dalam barisan Pakatan Harapan di Sabah.Lalu,tersiaplah kumpulan tertentu berupa angkatan Cytro yang memantau taring dan tanduk Usno kini.
Nantikan aksi-aksi berikutnya di medan perang siber dalam mempertembungkan usno dan seteru.Jelas amat...Kebangkitan USNO berjaya menyuburkan benih-benih bimbang di pentas politik Sabah yang berbilang.
Anak didik Allahyarham Tun Datu Hj.Mustapha Hj Harun,kembali bersatu untuk membina pengukuhan.Usno dibangkitkan dengan inspirasi Semangat 1961 lalu menyasarkan golongan anak muda belia sebagai pasukan Gerak Gempurnya yang diketuai oleh Zamzuri P.Amin.
Perlantikan Tan Sri Pandikar sebagai Penasihat Strategi Politik Usno,nampaknya berjaya membakar rumpunan semangat kebangkitan dengan gandingan mantap Ahli Majlis Tertinggi parti itu yang dipelopori oleh Ibrahim Linggam sebagai Presiden dan Puan Leong selaku timbalannya.
Kebangkitan ini amat membimbangkan sesetengah pihak dalam barisan Pakatan Harapan di Sabah.Lalu,tersiaplah kumpulan tertentu berupa angkatan Cytro yang memantau taring dan tanduk Usno kini.
Nantikan aksi-aksi berikutnya di medan perang siber dalam mempertembungkan usno dan seteru.Jelas amat...Kebangkitan USNO berjaya menyuburkan benih-benih bimbang di pentas politik Sabah yang berbilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)