Friday, July 19, 2019

TIBA-TIBA DUN PINTASAN HANGAT

KOTA BELUD : Tambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mulai PRU15 akan datang begitu banyak mendatangkan reaksi dari lapisan usia masyarakat.Mau atau tidak,keputusan penggunaan 13 kerusi tersebut sudahpun diluluskan manakala rakyat terpaksa menerima dengan hati yang terbuka dan positif.

Bagi Parlimen P169 Kota Belud,anjakan nombor DUN sudah nyata di mana Tempasuk kini di N9 (dahulu N6),Usukan N10 (dahulu N8),Kadamaian N11 (dahulu N7) dan DUN baharu N8 Pintasan telah termaktub dalam persempadanan baharu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi PRU ke-15 nanti.

Bukan itu saja,kerajaan juga turut melunaskan pembaharuan drastik dengan menghadkan usia boleh mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dan ianya di anggap sebagai suatu lakaran sejarah di negara ini.Ternyata,golongan muda seawal usia 18 tahun kini sudah boleh bersuara sebagai aset penyalur peradaban bagi masa depan negara.

Berbagai reaksi muncul beberapa hari ini setelah Dewan Rakyat meluluskan tambahan 13 kerusi DUN di Sabah.DUN Pintasan ternyata terpaling panas di perkatakan di media sosial berbanding dengan DUN baharu yang lain.

Nyata amat,keseronokan para generasi muda membahaskan 'usul' ini di media sosial membayangkan betapa bersemangatnya anak-anak muda Kota Belud bagi menzahirkan suara mereka di dengar di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Yang peliknya,DUN lain yang di tambah di beberapa kawasan parlimen lain agak senyap dan belum kedengaran hujah dan idea anak-anak muda mereka menyambut era peradaban baharu ini.....

Kembali kepada DUN Pintasan....Kaji selidik mendapati,lebih separuh dari idea dan pendapat dihujahkan oleh golongan atas 40-an manakala hampir separuh lagi adalah datang dari anak-anak muda itu sendiri.

Jumlah yang agak kecil ini bukan bermaksud anak-anak muda ini tidak begitu berminat dengan kerusi berkenaan tetapi mereka lebih suka memerhati terlebih dahulu segala reaksi yang relevan dari mereka-mereka yang lebih mengetahui (ingat tulisan saya tempohari berkenaan Generasi Muda Memerhati).

Perbahasan mengenai bakal calon DUN Pintasan tidak seharusnya merujuk sebagai 'milik' tokoh-tokoh' yang belum punya kedudukannya dalam karier politik mereka dek kerana YB-YB ada kini tidak mahu di ganti-ganti sejak dulu.

Calon-calon DUN Pintasan seharusnya lebih menampilkan pemimpin muda belia sepertimana yang sering khalayak mahukan setiap kali PRU menjelma...

Takkan dah disediakan tempat tambahan,mahu lagi 'orang lama' di angkat naik ?

Soal menentukan calon yang bakal bertanding kelak sememangnya terletak di tangan parti-parti yang mengambil bahagian dalam sistem demokrasi pilihanraya Malaysia.Samada mereka tetap mahukan calon veteran ataupun menampilkan calon muda belia,itu hak mereka sepenuhnya.

Bagaimanapun,jika ada parti yang mencuba nasib mempertaruhkan 'orang lama' sebagai calon kelak,pastinya bakal berdepan dengan Gelombang Tsunami Gen-Y yang dahsyatnya bukan alang kepalang sepertimana yang berlaku di PRU14 lalu.Peratusan untuk menang mungkin tipis tetapi untuk kalah belum tentu lagi....

Jika ada parti lain pula mencalonkan anak muda sebagai menyahut kehendak rakyat yang rata-ratanya pengundi muda,juga bakal berdepan dengan banyak tekanan.Orang lama mungkin menggunapakai istilah 'setahun jagung' manakala calon anak muda pasti gagah pidatonya dengan menyemarakkan sentimen Suara Anak Muda untuk Era Malaysia Baharu.

Saling tekan menekan pasti berlaku dan calon Orang Lama akan di landa mimpi ngeri berjudul 'pisang berbuah dua kali' manakala calon muda bakal diselubungi emosi bertajuk 'setahun jagung yang masih mentah',umpama 'si kaduk dah naik junjung'.

Rasanya,dimanakah pilihan anda bila terfikir hal-hal begini ?

Secara ilmiahnya,berilah kepada suara anak muda yang ingin didengari idea serta pandangan mereka di dewan undangan negeri.Cuba lihat wakil rakyat-wakil rakyat kita di NEGERI SABAH ini,mana satu YB-YB kita yang betul-betul perjuangkan keinginan belia muda ??

Rata-ratanya YB kita di DUN kini bukan lagi dikatagorikan sebagai BELIA kerana sudah berumur....Mereka ini sudahpun boleh di panggil BELIAU.

ps : bahasa yang dipermudahkan untuk difahami...#MunPahamBisai

(sumber photo : Bernama)

No comments:

Post a Comment