UMNO KOTA BELUD KECAM KENYATAAN MADIUS
Kota Belud : Viral Post yang diterbitkan oleh akaun peribadi DSP Madius Tangau semalam telah banyak menimbulkan reaksi rakyat Sabah apabila kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah itu di anggap berbaur sentimen yang menyentuh agama dan perpaduan kaum.
Menurut Pemangku Ketua UMNO Bahagian P169 Kota Belud,Hj.Fadli Hj.Juanas,kenyataan tersebut tidak sepatutnya di buat oleh seorang wakil rakyat apatah lagi seorang Timbalan Ketua Menteri.
"Sepatutnya melalui tempoh 38 tahun itu YB sudah banyak belajar tentang perpaduan kaum dan agama di Sabah dan seharusnya faham tentang perkara yang harus dipelihara daripada disensasikan demi menjaga aset yang paling bernilai utk Sabah iaitu perpaduan kita!
Sejarah perlu dipelajari dan dihayati...Mana yg elok jadikan teladan, mana yang buruk jadikan sempadan. Akan tetapi jangan sewenang2nya mengimbas sejarah yang kabur, sehingga menyakiti perasaan saudara lain yang berlainan agama," ujar Fadli.
Tambah beliau lagi,penjelasan Madius seolah memberi gambaran buruk tentang Islam sedangkan Islam sama sekali menegah paksaan dalam soal dakwah dan syiar islam.
"Islam adalah agama kesejahteraan yang menganjurkan kasih sayang dan hormat kepada seluruh umat manusia tanpa mengira latar perbezaan," jelas Fadli yang turut bersama sekumpulan NGO beserta UMNO,PAS,USNO dan Warisan membuat laporan polis terhadap Madius tadi.
"Secara peribadi,UMNO menuntut agar Madius memohon maaf secara terbuka dan menarik semula kenyataan beliau kerana kenyataan itu terlalu sensitif terhadap umat Islam dan boleh membawa kepada perbalahan antara kaum.
"Jadilah pemimpin yang berjiwa besar, akui kesilapan dan perkukuh ikatan perpaduan yang sekianlama terjalin," kata Fadli lagi.
Dua hari lepas,Madius telah mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen yang mendapat reaksi pelbagai dari netizen.
Akaun facebook peribadi nya turut diserang dengan banyak komen yang kurang berpuashati sehingga ianya tular dengan pantas.
Ramai netizen menyelar kenyataan ini yang menyentuh sensitiviti agama dan dikhuatiri boleh menyebabkan perselisihan faham antara kaum di Sabah.
Malahan,kenyatan Madius turut menerima komen seolah-olah Timbalan Ketua Menteri itu sengaja mengagung-agungkan Ketua Menteri DSP Shafie Apdal dengan berlebih-lebih apabila sebuah gereja diluluskan dana RM1 Juta.
Pada masa yang sama,mengaitkan sejarah kepimpinan Kerajaan USNO di era 70an.
No comments:
Post a Comment