Monday, July 15, 2019

UMNO KB SAMBUT BAIK KEPULANGAN RAHIM : FADLI


KOTA BELUD : UMNO Bahagian P169 Kota Belud gembira dan menyambut baik kembalinya semula Datuk Abdul Rahim Ismail ke pangkuan parti itu.

Pemangku Ketua Bahagiannya,Hj.Fadli Hj.Juanas berkata,UMNO sentiasa membuka pintunya untuk menerima kembali ahli-ahli parti yang ingin kembali tetapi hendaklah mengikuti prosedur asal keahlian seperti yang termaktub dalam perlembagaan UMNO itu sendiri.

"Kita sangat gembira dengan kembalinya Datuk Rahim dan juga khabarnya Datuk Sairin Karno untuk bersama-sama semula di dalam UMNO....Kita lupakan yang keruh,ambil yang jernih dan harus meneruskan persepakatan sedia terjalin di dalam keluarga UMNO yang besar ini," jelasnya ketika dihubungi di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Katanya,perjuangan UMNO sangat jelas dan difahami oleh semua ahli termasuklah bekas-bekas ahli yang meninggalkan UMNO dahulu.Mereka boleh kembali ke pangkuan keluarga ini tetapi hendaklah sepertimana mula-mula memohon keahlian seperti dahulu dan menjadi ahli biasa.

"Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka yang kembali semula tetapi kami di UMNO sangat mengalu-alukan dan gembira dengan kepulangan mereka bagi meneruskan perjuangan memartabatkan bangsa,agama dan kesejahteraan politik negara yang kian huru hara ketika ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Rahim hari ini menyebut sebab beliau meninggalkan PPBM adalah kerana kegagalan PPBM (Bersatu) menyakinkan dasar inklusif dan nyatanya lebih mengutamakan "selective accomodation',iaitu memberikan keutamaan kepada mereka-mereka yang ada jawatan dan kedudukan politik.

Menurut Rahim lagi,selepas PRU14 merubah lanskap politik negara,keupayaan UMNO semakin tampak relevan dan wadah penyatuan bangsa itu dijadikan fokus utama dan inilah yang membuatkan beliau terfikir semula untuk kembali bersama UMNO.

"Saya berpegang kepada kepercayaan dan keyakinan bahawa dasar inklusif yang diamalkan di era pemerintahan BN-UMNO masih signifikan untuk memacu Malaysia ke masa depan yang lebih baik," ujar Rahim lagi.

No comments:

Post a Comment