Monday, July 15, 2019

USNO PERLU TERAJU WIBAWA


KOTA KINABALU ; Parti yang kembali bangkit-USNO- perlu sentuhan ajaib dan magis bagi menyenaraikannya sebagai sebuah parti politik,sebaris dengan parti-parti politik Sabah yang ada.

Seorang pemerhati politik tempatan Jusim Berahim berkata,Usno bukanlah tidak ada 'nama' tetapi parti ini sudah lama berkubur dan untuk membangkitkannya kembali amat-amat perlukan sentuhan magis yang bukan alang kepalang.

"Beberapa kali Usno cuba dihidupkan malah oleh legasi Allahyarham Tun Datu Mustapha juga pernah berusaha sama dan kemudiannya di cuba lagi oleh beberapa kumpulan atau individu yang sangat mencintai Usno,parti keramat anak Sabah ini.
Tetapi semuanya tidak menjadi hatta walau dengan apa cara sekalipun,ianya tetap berkubur kembali setelah gah hanya beberapa bulan sahaja dengan promo dan viral di mediamassa."

Menurut Jusim,Usno kali ini perlu lebih serius dengan tekad jitu yang tidak berbelah bahagi.Usno harus punya Leadership Team bagi merealisasikan kebangkitannya dan bukan diketuai oleh orang-orang politik level pertengahan.


"Contohnya....Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said atau Tan Sri DSP Pandikar Amin adalah dua calon ketua yang sangat berwibawa dan professional.Daya kepimpinan mereka sepatutnya di angkat naik menjadi ketua bagi menggempur kembali roh-roh semangat Usno ini kembali bangkit.
Jika sesebuah parti itu diketuai oleh mereka-mereka yang kurang ternama,kurang pengalaman dan belum pernah jatuh bangun dalam dunia politik,sudah tentu parti tersebut tidak akan menjadi pilihan para penyokong terutamanya golongan muda belia," jelas Jusim lagi.Ini membawa makna,penglibatan belia itu sangat perlu bagi mengimbangi otai politik yang ada.

"Salleh atau Pandikar,harus menjadi ketua (presiden) manakala kiri kanannya diletakkan sayap golongan muda yang penuh semangat perjuangan kerana golongan muda ini juga perlu tunjuk ajar pemimpin wibawa sebelum mereka sendiri memimpin sendiri kelak."

"Golongan muda belia belum boleh menjadi pemimpin atau presiden.Mereka belum punya wibawa yang kukuh dan pengaruh yang kuat biar berjuta isi kewangannya.Otai-otai politik seperti Pandikar dan Salleh ini lah pilihan yang tepat untuk memimpin manakala yang lain wajib menyokong sambil mempelajari selok belok dunia politik sebelum mengambilahlih tampuk tertinggi pentadbiran."

Penganalisa Politik Dr.Kamaruddin Hosni turut sependapat dengan Jusim mengenai isu Leadership Team ini dalam mengambil kira beberapa sudut lain seperti kewangan,pengalaman,kreativiti dan pengaruh.

"Pandikar calon yang sangat sesuai untuk menerajui Usno hari ini....Sebelum ini,Usno di landa banyak kemelut pentadbiran dan dalam kekalutan itu,Pandikar muncul (PRK Sandakan) secara tiba-tiba sehingga banjir beritanya di mediamassa dan media sosial.
 bukan itu sahaja,ramai pemerhati politik dan mantan pemimpin-pemimpin berasa tindakan Usno menarik masuk Pandikar ke gelanggang Usno adalah keputusan yang sangat tepat," jelas Kamaruddin.

"Benar...Ramai yang mahu pemimpin baharu dan muda menjadi teraju parti.....Tetapi,terfikirkah kalian tentang persoalan asas ini iaitu - sudah cukupkah pengaruh,pengalaman dan nama kalian untuk memimpin golongan muda dan tua ? Bersedia kah ?
Dunia politik dunia penuh karenah dan berjuta liku..Hanya pengalaman,keberanian dan kebijaksanaan yang DIIZINKAN memasuki dunia ini,itupun jika belum cukup ilmu di dada,lautan dalam jangan di duga....Berilah kepimpinan parti itu 100 peratus kepada Salleh atau Pandikar dulu,manakala yang lain itu sebulat suara lah menyokong dan meneruskan perjuangan sambil cuba untuk belajar menjadi seorang ahli politik yang boleh sudah di gelar tokoh disegani dan berwibawa," katanya lagi. 

Dari tinjauan krew Sabah_Online baru-baru ini menunjukkan berbagai reaksi tercetus dengan kebangkitan Usno-Pandikar.Ramai beranggapan bahawa jika Usno ingin bangkit,pemimpinnya perlulah seorang yang berwibawa,ada pengaruh dan punya kekuatan kewangan lantaran tidak dinafikan bahawa faktor-faktor sedemikian adalah aset-aset penting bagi menjana keahlian dalam sesebuah parti politik.

Apa lagi sekiranya Salleh Tun Said berada sama di dalam Usno berganding dengan Pandikar,bekerjasama dengan otai-otai politik sedia ada seperti Ibrahim Linggam,Puan Leong Chau Chu,Laliman Ahmad,Musli Oli,Matbee Ismail,Zamzuri dan beberapa nama lain yang sememangnya sudah lama dalam politik,sudah pasti Usno bukan sahaja BANGKIT malahan sudah tentu parti ini menjadi parti paling disegani dan digeruni oleh kalangan parti politik Malaysia.

Mengimbau kembali detik-detik kemunculan parti kurang ternama sebelum PRU14,adalah merupakan sejarah yang tidak disangka-sangka tercatat apabila muncul menjadi kerajaan walaupun bukan dengan kemenangan mutlak.Sistem pengendalian pengaruh mempengaruhi serta Leadership Team yang mapan,boleh saja menjadikan 'parang betagar jadi berkilat dan tajam semula' kalau di asah dengan cara yang betul.



No comments:

Post a Comment