demi kesinambungan karier politik
ANAK JATI SABAH LUPA PERADABAN ?
dari meja Editor
Saban kali laungan menuntut
hak-hak pribumi Sabah berkumandang,mengapa begitu ramai rakyat mengamalkan sikap prejudis
malah lebih buruk lagi apabila ada segelintirnya memandang remeh berhubung isu patriotisme
ini.
Ada pula yang bersikap acuh
tak acuh seolah-olah mereka menHALALkan hak-hak mutlak pribumi sendiri dicabuli malah
lebih teruk lagi,memberi izin pada pemerkosaan adat susila yang sekianlama
menjadi amalan budaya kita di Sabah ini.
Cuba anda bayangkan,di zaman
sekarang ini pun sudah begini jadinya,bagaimana pula halnya apabila kita sudah
mati, cucu cicit kita sudah beranak pinak lalu terperangkap di dunia ciptaan
kita sendiri ini ?
Kita punya tanahair sendiri,tetapi kita gadaikan maruahnya kepada anasir luar yang membudayakannya pula ke
arah corak kehidupan mereka sendiri yang sama sekali tidak sama dengan corak adat
susila nenek moyang kita di sini.
Ada pula segelintir manusia
yang keturunannya berdarah pribumi tetapi songsang akal fikirannya hanya kerana
terlalu taksud kepada fahaman politik ekstrem.
Dari manakah datangnya
pemikiran ekstrem itu kalau bukan dari buah fikir dan budaya luar yang cukup
menyesatkan dan bagaimanakah nasib generasi selepas kita nanti apabila mereka
berhadapan dengan hidangan begini ?
Setiapkali lahir saja seorang
pejuang yang ingin memperjuangkan betapa pentingnya memartabatkan hak-hak pribumi,setiap kali itu juga
lah pejuang ini di pandang serong seolah-olah dia lah musuh tanahair yang bakal
merosak peradaban yang sedia ada.
Pejuang-pejuang ini sering
di lontar dengan cemuhan,kritikan dan fitnah malah lebih teruk lagi apabila
ada yang sanggup mahu mengancam nyawa mereka.
Perlukah sesebuah
organisasi atau individu-individu tertentu itu mengupah seseorang untuk berbuat
tidak baik kepada pejuang-pejuang ini sedangkan mereka sendiri sebenarnya adalah
pribumi tanahair tercinta ini ?
Terpanggil rasanya untuk
menyebut tentang beberapa pejuang anak jati Sabah yang pernah terkait dengan
isu ancaman yang mana ianya sudahpun bermula sejak dahulu lagi.
Apabila para pejuang ini
sudah mula mencapai puncak perjuangan,pasti akan ada sesuatu berlaku dan ianya
bermula dengan sejarah hitam Double Six yang mengorbankan pahlawan-pahlawan
ulung Sabah yang menentang kehendak luar demi memartabatkan hak-hak pribumi
Sabah.
Rentetan itu,ada juga
pejuang-pejuang selepasnya menerima tempias ancaman ini dalam berbagai bentuk
seperti ancaman tangkap,di bicara,di humban ke penjara,buang negeri dan
sebagainya.
Runtuhkah semangat mereka ?
Tidak.
Semangat mereka itulah yang
menjadi kilang misteri bagi melahirkan lebih ramai lagi pejuang-pejuang nasionalis di Sabah yang kemudiannya disajikan
lagi dengan ugutan demi ugutan dan sebagainya.
Kecanggihan teknologi hari
ini dipergunakan sebaik mungkin samada dengan tujuan baik,mahupun untuk tujuan
buruk.
Kita tidak boleh salahkan
teknologi yang ada biarpun disalahgunakan oleh golongan tertentu dalam usaha
mereka mencapai hasrat dan misi.
Dahulu,kita ada telefon
rumah kemudian beralih ke telefon ‘atur’,ada bateri dan sering di buat untuk
menunjuk seseorang atau sesuatu.
Kemudian kecanggihan itu di
angkat naik ke telefon mudahalih dari talian tetap hinggalah mencapai kepada
penggunaan simkad.
Pernah kah anda terfikir
waktu itu bahawa khidmat SMS akan di ganti dengan aplikasi WhatsApp ?
Tidak kan ?
Begitulah canggihnya
teknologi dari hari ke hari dan kita langsung tidak dapat membayangkan apa yang
bakal terjadi terhadap kecanggihan telefon hari ini dengan hari-hari yang akan
datang.
Apapun,itu semua adalah
buatan manusia dan ianya mempunyai satu platform asas sebagai titik mula ianya
terjadi.
Begitu halnya pula dengan
nasib bangsa Orang Asal Sabah seperti kita,bakal terubah mengikut masa dan
kemodenan yang di panggil Tamadun.
Apabila kita berbicara soal politik pula,laman
FB merupakan laman perang siber di antara beberapa pihak sekarang ini.
Dahulu ianya dijadikan
sebagai ruang luahan hati,sindir menyindir,berkirim salam,posting gambar itu ini dan gaduh
BF-GF atau laki bini.
Hari ini,ianya sudah lebih
kepada upacara menegak benang yang basah di antara beberapa pihak dan paling
penting sekali,ianya tempat berhujah kepada umum sehingga memaksa pihak
berkuasa ‘overtime’ memantau status-status yang kurang enak khususnya yang
berbaur fitnah,hasutan,berita palsu,keaiban dan perkauman atau sensitiviti agama.
FB ini,apabila terdapatnya
hujah atau kenyataan paling benar sekalipun,sudah pasti komentar netizen akan menghujani ruang komen apatah lagi jika kenyataan itu bermotifkan politik semasa.
Contohnya,isu
memperjuangkan hak-hak pribumi Sabah yang semakin ternoda,ada pula pihak-pihak berfahaman
ekstrim suka mencari sebab untuk bertelagah,kemudian ugut mengugut sehingga
sanggup memuat naik gambar pistol dan peluru dengan tulisan dihalalkan bunuh.
Apakah ini budaya kita
sebagai anak jati Sabah yang terkenal dengan adat susila murni dan penuh sifat
perpaduan ?
Jika bukan,dari manakah
budaya ekstrim ini datang ?
Bukankah sedari kecil lagi
kita di Sabah ini di ajar oleh orang tua kita untuk saling hormat menghormati
biarpun kita beza agama,beza kaum dan beza kedudukan ?
Bukan kah selama hidup kita
ini,kita selalu berganding bahu,bergurau senda dan bersilaturrahim sesama kita
tanpa adanya budaya keterlaluan (ugut bunuh) ini ?
Politik ibarat bermain
judi,penuh tipu muslihat dan jerat menjerat kerana ia sebuah dunia seronok yang
bila menang akan senang,bila kalah akan terhunjam.
Ia dunia penuh sepak terajang,kuntau
dan silat maka bukan calang-calang manusia bisa termasuk ke dalam gelanggangnya
jika tidak cukup ilmu dan sifat.
Bayangkan,kerana politik,sebuah
video berdurasi hampir setengah jam,boleh di edit semula dengan panjang
durasinya hanya sejengkal,di ubah suai sedikit dan dijadikan satu karya picisan
yang boleh meruntuhkan aib seseorang dan boleh pula mempengaruhi golongan lain
dek kerana tidak terlihat video original yang ada (kerana sikap orang kita yang malas mencari fakta sebenar).
Bayangkan,kerana
politik,gambar asal di palagiat lalu di picisan lagi dengan tokok tambah yang
bukan-bukan yang kemudiannya di muat naik dengan tujuan membuka aib orang demi
sesuap nasi untuk keluarganya makan (kerana sikap orang kita yang suka shortcut dan mudah diperbodohkan).
Bayangkan juga,kerana
taksub berpolitik,cerita sejengkal jadi sehasta,dari sehasta jadi sedepa dan
dari sedepa,boleh jadi juga berkilo-kilo meter panjangnya.
Menegak benang basah dalam
suatu kenyataan yang di muat naik segelintir ahli politik,tidak semestinya
betul semuanya kerana 'budaya memintar' itu perlu ada dalam diri seorang ahli politik lebih-lebih lagi jika dia tipis pengalaman tapi pura-pura tahu akan segala-galanya di dunia ini sehingga sanggup mengaku faham bab-bab agama dan undang-undang (kerana sikap orang kita yang suka menunjuk-nunjuk dan egois).
Kebanyakan dari mereka ini
hanya ingin menyelamatkan karier politik mereka semata kerana sedar nasib diri sudah
berada di hujung tanduk.
Habis hancuss semua gelaran baik,status kehormatan dan pengaruhnya yang di sandang ssekianlama sebagai manusia ilmuwan atau cendikia dek kerana amalan politik dicampur aduk pelbagai resipi bangas dan bangang.
Penyokong pula dipengaruhi untuk bertindak bagaikan
sebuah angkatan gerilla yang membabi buta tanpa mengira mahu melanggar apa
sekalipun bisa saja,asalkan tong beras di rumah sentiasa berisi dan poket sentiasa tebal.
Ketaksuban mereka ini
didorong oleh wang ringgit dengan gaji/elaun yang diberikan tanpa mereka sedar
bahawa maruah mereka tercalar sedikit demi sedikit apatah lagi apabila
kebenaran sudah menunjukkan diri,mereka mula ‘lenyap’ sedikit demi sedikit.
Lupa adat susila,lupa perintah Tuhan,lupa daratan,lupa usia tua malah lupa pada siksa di alam baqa'.
Ingatlah,berpolitik bukan
setakat ikut-ikutan sehingga membahayakan diri,memalukan anak bini/laki dan
keluarga.
Ingatlah,berpolitik itu
biarlah dengan cara berhemah,dengan cara berfakta,dengan cara berfikir dan dengan cara yang lebih prihatin supaya tampak professionalnya.
Dan ingatlah selalu,tidak
selama-lamanya parti yang kamu agung-agungkan itu akan berkuasa hebat kerana
hidup kita ini ibarat RODA,ada masa kita di atas,pasti nanti kita akan ke bawah
juga.
Berjuanglah mengikut
fahaman politikmu dengan ikhlas dan jujur supaya di akhir masa mu nanti,kamu
masih punya rakan dan taulan yang mengingati keluhuran perjuanganmu.
Jangan biar sampai ada yang meludah di atas sikap ekstrim politik dan perbuatanmu
WALLAHI.WABILLAHI.WATULLAHI.
(Keagungan Alexander The
Great juga runtuh di penghujungnya...Firaun juga akhirnya mati lemas walaupun seumur
hidupnya tidak pernah demam dan sakit)
Wallahu alam bissawab.