MENGAPA DALAM PARTI SELALU ADA PUAK ?
budaya cemburu pada wibawa rakan se parti
dari meja Editor
bla..bla blaa.. |
Sebutkan sahaja jika benar ada parti-parti politik tanahair yang tidak di landa gejala seperti ini dan saya akan berhenti jadi blogger sampai bila-bila.
Mudah sangat cemburu dengan rakan satu parti kerana terancam akan kedudukan sendiri samada berjawatan tinggi atau berjawatan rendah.
Budaya merosakkan nama parti ini saya istilahkan sebagai 'cemburu' sesama sendiri bila mana hatinya jadi gatal bila saja terlihat rakan lain mula 'naik' dan menjadi perhatian Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sesebuah parti.
Mari tinjau piagam atau perlembagaan parti sendiri untuk menjawab persoalan ini,adakah ianya tertulis bahawa kalian perlu mencemburui dan menginjak-injak rakan lain yang mencapai kejayaan lebih dari diri anda ?
Berpuak-puak di dalam parti adalah satu langkah paling tepat untuk melihat kejatuhan parti samada secara pantas ataupun perlahan-lahan.
Cuba kaji istilah PARTY yang kalian sering sebutkan (dalam BM nya dipanggil PARTI.)
Ianya bermakna 'penyatuan' atau 'pergabungan' atau 'kerjasama' atau 'muafakat'.
Apa ertinya PARTY itu kalian banggakan sekiranya hanya untuk melihat anda seorang sahaja yang berjaya manakala yang lainnya sekadar jadi penonton kerana takut DI INJAK ?
Ahli Baru atau Ahli Lama,perlu muafakat dan bijaksana dalam mengatur silaturrahim antara sesama dan bukannya bila melihat rakan lain (khususnya ahli baru) yang mula naik melepasi had kewibawaan anda maka anda mula gelabah dan mula menabur cerita yang bukan-bukan demi untuk menghalang 'keberjayaan' seseorang itu.
Walaupun dia ahli baru,tetapi mungkin dia lebih bijak dari kamu (kerana kamu) sering mengekalkan sikap 'sudah berpuashati' dengan kedudukan,jawatan dan pengaruh kamu sedangkan itu semua hanya layak di panggil TAKUK LAMA.
Hari berganti hari,ketamadunan semakin berlari ke hadapan,bukannya berhenti atau menoleh ke belakang menunggu kalian.
Berkejarlah untuk mencapai sesuatu secara sihat dan bukannya masih di zaman kuno mengamalkan sikap politik pasca merdeka,cantas mencantas.
Cuba kalian amalkan sikap 'bersahabat dengan musuh' daripada menjadikan sahabat sebagai musuh anda,baru lah wujud erti makna sebuah PARTY.
Mungkin kalian tertinggal sedikit kerana amalan takuk lama (yang anda amalkan itu) yang lupus idea akibat usia mahupun kerana sikap negatif dalam jiwa anda sendiri.
budaya yang sering ada dalam parti kita |
Cuba lah untuk terus berusaha dengan jujur tanpa berkeinginan untuk injak menginjak,buruk memburuk dan fitnah memfitnah sesama sendiri kerana anda berada di dalam PARTY yang susur galurnya berdasarkan istilah kepartian bukannya persendirian.
Kalian cemuh parti sebelah,tetapi di dalam parti sendiri pun najis bertaburan hasil dari sikap dan sifat anda yang suka menindas dan berhasad dengki terhadap rakan se parti.
Sudah-sudahlah tu, kerana perbuatan begitu bakal menyerlahkan siapa diri anda sebenar dan betapa dungu nya corak pemikiran anda di mata orang lain.
Jika takut hilang jawatan dalam parti,sila lah berusaha lebih gigih lagi dengan akal yang bijaksana (simpan saja kebodohan tu untuk hari tua yang nyanyuk nanti).
Jika takut kewibawaan anda tercicir,berusaha lah untuk memajukan diri dengan pendekatan baharu yang lebih konsisten di mana terlalu banyak sejarah bagus-bagus dari tokoh-tokoh politik untuk dijadikan panduan.
Jangan sesekali kalian mencemuh dan menidakkan rakan ahli baru di parti anda kerana pemikiran dan wibawanya mungkin jauh lebih bagus lagi dari diri anda sendiri.
Usahlah terlalu berfikir bahawa anda sedang terancam kerana dia dengan tugasannya dan anda pula dengan jawatan anda,masing-masing main peranan.
Sang Presiden bukan seorang yang bodoh untuk menilai kerana itulah dia menduduki jawatan Presiden.
Keangkuhan bukan milik anda untuk dipertontonkan kepada orang lain kerana sifat itu hanya ada pada Yang Maha Esa,kudrat yang sukar untuk kita tandingi walau sebesar zarah sekalipun.
Memiliki sikap angkuh,sombong,tidak mahu belajar,tidak suka di tegur,injak-menginjak dan juga perbuatan yang sama waktu dengannya itu bakal membuatkan anda tersesat dalam khalayak parti lalu di jauhi dan tidak ramai kawan (penyokong) ingin mendekati.
Jika ingin bergelar ketua,kalian harus mengamalkan sikap kekitaan tanpa sebarang had dan sempadan yakni tidak membezakan ahli lama dan baharu.
YANG LAMA DIHORMATI,YANG BARU DISAYANGI.
Menggelarkan orang lain atau ahli lain 'sekadar cari makan' di dalam parti adalah gelaran liar yang sekaligus memperbodohkan diri kalian sendiri sahaja.
Persoalannya : Adakah kalian 'tidak cari makan' di dalam parti juga ??
Jika kalian mengatakan tidak,maka kalian adalah Si Hipokrit yang paling sombong sekali dalam dunia ini.
Setiap anggota parti,semuanya cari makan,cari pekerjaan,cari peluang untuk maju kerana itu mereka berjuang tanpa kenal penat lelah siang dan malam,demi memikirkan masa depan diri sendiri dan nama baik parti atau Presiden.
Jangan tanya apa sumbangan parti kepada anda tetapi tepuklah dada anda dan tanyakan,apa pula sumbangan diri anda kepada parti ???
Di dalam parti sudah tersedia jawatan-jawatan atau tugasan untuk kalian,maka kalian perlu pikul tugasan itu sebaik mungkin tanpa memikirkan soal tanggungjawab orang lain.
Tidak perlu skodeng cara kerja ahli lain kerana dia dengan tugasannya dan anda dengan tanggungjawab anda.
Soal dia berjaya menempah nama hingga Presiden atau AMT memujinya,itu adalah hasil usahanya lalu muliakanlah dia dengan kegembiraan bersama.
Bukannya di kritik dan diburuk-burukkan.
Setiap kejayaan itu perlu ada pengorbanan dan kebijaksanaan,selagi caranya itu jujur dan ikhlas,banggakan dia sebagai teman dan bukan sebagai musuh mu.
Sesambil itu,tinjau-tinjaulah di parti sebelah,bagaimana suasananya apabila mengamalkan sikap berpuak-puak.
Fikirlah sedalam-dalamnya tentang apa rasanya jika anda berada bersama mereka yang mengamalkan sistem tindas menindas,injak menginjak dan punya (wujud) kroni-kroni di dalam parti.
Kalau ada peluang,tanyalah mereka apa perasaan mereka bila terhumban ke dunia kartel-kartel politik yang sudah tentu tidak suka melihat rakan seperjuangan mereka lebih bagus dari mereka.sendiri.
Lalu,di waktu itu,kalian akan sedar betapa beruntungnya anda di dalam parti sendiri berbanding di parti yang lain.
Dengar lah apa Presiden anda sering katakan....Tiada istilah berpuak-puak dalam parti.
Tiada tindas menindas.Tiada permusuhan.
STOP CRONYISM !!
No comments:
Post a Comment