Sunday, June 21, 2020

umno sabah berdiri teguh bersama Tan Sri Musa Aman  
WANITA UMNO TETAP SOKONG PENDIRIAN BUNG MOKTAR : JAINAB  
oleh Sam Hj.Othman



KOTA KINABALU : Wanita Umno Sabah tetap turut berdiri teguh bersama Dato Sri Bung Moktar Radin,Ketua Perhubungan UMNO Sabah dalam isu melibatkan Tan Sri Musa Aman (TSMA),mantan Ketua Menteri Sabah.

Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid dalam satu kenyataannya kepada Sabah_OnlineNEWS hari ini berpendapat,sudah tiba masanya pergerakan Wanita Umno Sabah bangkit untuk terus berdiri teguh bersama Bung dan Musa.

""Saman dari Yayasan Sabah terhadap Tan Sri Musa di lihat bermotifkan politik dalam usaha Warisan untuk mengotorkan nama baik Tan Sri Musa.

Ia sebuah tindakan yang sangat tidak relevan dan kelihatan amat terdesak setelah 46 tuduhan terhadap Tan Sri Musa digugurkan baru-baru ini.


Seperti yang kita semua tahu,netizen menggelarkan mereka (Warisan) ini sebagai 'koboi' yang suka melanggar undang-undang di mana sebelum ini pun,Warisan membentuk sebuah kerajaan pintu belakang dengan cara koboi mereka sedangkan TSMA belum pun meletak jawatan hingga ke hari ini.

Selain ini,perintah mahkamah terhadap Pengarah Jabatan Air Sabah juga mereka ketepikan malah Ketua Menteri Sabah sendiri mengeluarkan arahan supaya Pengarah JANS itu terus bertugas dan kini,sikap koboi mereka itu ditunjukkan lagi dengan ketidakpuashatian terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan menggugurkan tuduhan TSMA," kata Jainab lagi.

Menurutnya,sebagai mewakili Wanita UMNO Sabah,beliau sangat bersetuju dengan apa yang telah diucapkan oleh Dato Sri Bung Moktar dalam satu sidang media di Bangunan UMNO Jumaat lalu bahawa perbuatan mengumumkan saman RM872 Juta oleh Yayasan Sabah terhadap TSMA adalah adalah satu tindakan terdesak kerana menggunakan sumber 'Sidang Akhbar' dan bukannya melalui undang-undang (prosedur Mahkamah).


"Tuduhan tersebut mengundang kecaman yang hebat dan seperti kata Dato Sri Bung semalam,Warisan sangat terdesak dan mahu memburukkan nama mantan Ketua Menteri itu (TSMA) secara terbuka tanpa berfikir bahawa kes yang disebutkan itu seharusnya berpandukan kepada Laporan Juru Audit Negara," jelas Jainab lagi.

Dalam pada itu,bagi pihak TSMA pula menyifatkan bahawa dakwaan fitnah dan rekaan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sabah itu sebagai 'jalan yang tidak betul,melanggar kebiasaan dan terdesak kerana mengumumkan saman melalui sidang media sebelum menyerahkan kertas saman kepada defendan.

"Peguam Negara sendiri sudah melaporkan bahawa tuduhan terhadap TSMA tidak dapat diteruskan dan keputusan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah itu diputuskan bersesuaian dengan kuasa di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Warisan memang sudah 'sesak nafas' dan menemui jalan buntu di samping amat ketakutan apabila TSMA dibebaskan dari 46 tuduhan tersebut lalu mencipta sensasi lain untuk kembali menarik simpati rakyat.

Sedangkan hakikatnya,Warisan kini umpama telur di hujung-hujung tanduk dan retak menanti belah akibat perbuatan mereka sendiri yang berlagak seperti koboi apabila sudah menjadi kerajaan seolah-olah Sabah ini milik mereka selama-lamanya," ujar Jainab lagi.

Menyentuh kes rasuah Menteri Warisan Datuk Peter Anthony yang disebutkan oleh Bung Moktar semalam,Wanita UMNO Sabah sebenarnya amat berang dengan sikap menteri berkenaan yang cuba untuk mengheret simpati rakyat Sabah bersolidariti bersamanya.


"Semasa dia (Peter) senang mengaut keuntungan berjuta-juta,adakah kekayaannya itu diagih-agihkan kepada rakyat ?

Apabila di landa kesusahan,mengapa rakyat pula di heret sama untuk bersolidariti bersamanya ?

Mantan Perdana Menteri DS Najib juga sedang bergelut dalam tuduhan rasuah sepertimana yang melanda Dato' Sri Bung Moktar Radin serta beberapa orang lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Adakah mereka ini khususnya Dato Bung sendiri bersolidariti mengheret rakyat Sabah atau rakyat Kinabatangan bersamanya ?

Tidak," jelas Jainab lagi.

Kerajaan Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah bergelut kemelut apabila kes-kes rasuah melibatkan menterinya mula menggegar dunia politik Sabah dalam beberapa minggu kebelakangan ini selain gossip bertiup kencang tentang separuh dari ADUN yang bernaung di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Sabah bakal berhijrah dalam tempoh terdekat ini.

Taufan politik melanda Sabah itu disusuli pula dengan ribuan ahli PKR meninggalkan parti itu,turut menguatkan spekulasi bahawa pentadbiran kerajaan Warisan bakal tumbang tidak lama lagi.


UMNO Sabah pula,mula menggerakkan jentera parti di seluruh negeri bermula semalam di mana menyaksikan mesyuarat khas turut dilangsungkan di beberapa Bahagian Umno sejak semalam dan dijangkakan,mesyuarat Bahagian Umno seluruh Sabah akan berlangsung hingga selesai kesemuanya tidak lama lagi seperti yang diucapkan oleh Ketua UMNO Sabah Jumaat lalu. 

No comments:

Post a Comment