Friday, June 19, 2020

JEFFREY PERJELAS ISU IMM13,JANGAN PUTAR BELIT  
STAR PINTASAN SOKONG PENUH PENCERAHAN PRESIDEN : RAPLIN  
Oleh Rayyan Mikhail@Sabah_OnlineNEWS  

  Dato Raplin Samat  

KOTA BELUD : Star Sabah Bahagian DUN Pintasan hari ini menyatakan sokongan terhadap apa yang telah diperjelaskan oleh Presidennya,Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan berhubung pencerahan isu IMM13 yang telah di cadangkan oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini.

Ketua Star Sabah Bahagian itu,Dato Raplin Samat dalam satu kenyataannya hari ini menggesa agar apa yang cuba disampaikan oleh Jeffrey itu difahami dan bukannya diputarbelitkan demi kepentingan politik mereka sendiri. 


"Ia diputar belit,seolah-olah Dr.Jeffrey itu Menteri KDN atau Ketua Menteri Sabah sedangkan Dr.Jeffrey hanya menyatakan sokongan terhadap cadangan KDN menggunakan IMM13 sebagai dokumen tunggal saja pun," kata Raplin.

Menurutnya,adalah wajar bagi Jeffrey menyokong cadangan penggunaan IMM13 sebagai satu-satunya dokumen yang dikhaskan untuk warga asing dari Filipina yang menetap dan bekerja di negeri ini.

"Penjelasan Dr.Jeffrey cukup nyata dengan mengatakan bahawa itu adalah alternatif bagi menggantikan dokumen-dokumen yang ada seperti Kad Burung-Burung dan Kad Banci melalui keserasian yang pernah dibincangkan sebelum ini.


"Ia jalan penyelesaian mengenai kemelut Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah di mana apabila warga asing ini hanya dibekalkan dengan IMM13,mereka (warga asing Filipina) ini dibenarkan untuk membuat pasport dan kemudiannya memohon untuk mendapatkan pas kerja mereka jika berada di Sabah," katanya lagi.

Menurut Raplin,pemegang IMM13 yang memilik pasport dan pas kerja,masih lagi di anggap sebagai warga asing di Sabah dan itu semua tidak melayakkan mereka ini memohon kerakyatan Malaysia.


"Tidak timbul soal peruntukan IC bagi warga asing dalam konteks cadangan yang disebutkan oleh Menteri KDN, YB Jonathan dan Dr.Jeffrey sebelum ini kerana ianya menyalahi undang-undang Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Cadangan ini juga jauh berbeza dengan Pas Sementara Sabah (PSS) yang pernah di ungkit perlaksanaannya oleh Warisan sebelum ini.

PSS memperuntukkan penyambungan tempoh tahun ke tahun hingga berapa lama sekalipun malah punya kelayakan untuk memohon IC seperti yang di sebut oleh mantan Timbalan Menteri KDN terdahulu di parlimen berbanding apa yang dicadangkan kali ini oleh Menteri KDN,warga asing ini tetap adalah warga asing dan tidak layak sama sekali untuk memohon IC," ujarnya lagi yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Star Sabah.


Menurut kenyataan yang di petik dari Sidang Media bersama Menteri KDN dan dari keterangan yang disampaikan oleh YB Jonathan (Timbalan Menteri KDN) di laman MedSos,cukup jelas menunjukkan bahawa pemegang dokumen lain selain IMM13,akan di tangkap dan akan di usir selepas ini.

"Inilah yang diperjelaskan oleh Dr.Jeffrey beberapa kali tetapi masih juga diputarbelitkan segala fakta ucapan atau kenyataan beliau oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Unit Perhubungan Media kami sedang berusaha mengesan dan mengumpul bukti tuduhan-tuduhan liar terhadap Dr.Jeffrey berhubung kait dengan isu melibatkan Presiden Star Sabah itu di MedSos,Instagram atau komen-komen berunsur fitnah dan hasutan di setiap ruang di Facebook.


Setelah semua ini terkumpul dalam masa yang terdekat nanti,kami akan membuat laporan polis beramai-ramai bagi menggesa pihak berkuasa menyoal siasat pemilik-pemilik akaun FB tersebut mengenai komentar dan fitnah yang ditujukan kepada Dr.Jeffrey," kata Raplin di akhir kenyataannya.

Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan yang juga Presiden Star Sabah,Datuk Dr.Jeffrey Kitingan adalah Ketua Pembangkang di DUN Sabah,kini menjawat jawatan Timbalan Menteri di Kabinet Persekutuan di Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia.

No comments:

Post a Comment