KES RM557j TKM : APA SUDAH JADI ? - YONG
Kota Kinabalu, Sabtu, 20 Jun, 2020
Yong Teck Lee |
Rakyat Sabah ingin mengetahui apa yang telah terjadi dengan penghakiman bernilai RM557 juta yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada tahun 2014 terhadap seorang peguam, yang kini menjadi Timbalan Ketua Menteri, dalam kes rampasan tanah di Bagahak Plantation, Lahad Datu ?
Plaintif dalam kes tersebut adalah Borneo Samudera Sdn Bhd milik kerajaan yang menjaga kepentingan pekebun kecil di Bagahak.
Menurut laporan akhbar tempatan (dilampirkan) pada 17 Jun, permohonan rayuan oleh Timbalan Ketua Menteri ke Mahkamah Rayuan telah ditunda.
Bagaimanapun tidak ada penjelasan mengapa rayuan ditangguhkan dan berapa lama penangguhan tersebut.
Rayuan yang ditunggu-tunggu dijadualkan di dengar di Mahkamah Rayuan di Kota Kinabalu pada 16 Jun 2020 setelah Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi Malaysia, menolak permohonan Timbalan Ketua Menteri untuk bukti baru pada 17 Februari 2020.
Saya mengingatkan kerajaan Sabah bahawa rakyat Sabah memerhatikan kes kepentingan awam ini dengan teliti.
Ini kerana salah seorang Pengerusi Borneo Samudera Sdn. Bhd. tersebut adalah Datuk Mohd. Shafie Apdal, yang juga merupakan Ketua Menteri Sabah sekarang.
Defendan utama pula adalah Datuk Christina Liew Chin Jin, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Menurut laporan berita hari ini, rasa tidak puas hati terhadap kes rampasan tanah ini adalah salah satu penyebab pengunduran besar-besaran anggota PKR di Putatan semalam kerana Timbalan Ketua Menteri itu juga merupakan Pengerusi PKR Sabah.
Datuk Yong Teck Lee
Bekas Ketua Menteri, Presiden SAPP
No comments:
Post a Comment