Monday, June 22, 2020

di ancam bunuh,kini pejabat pula di simbah cat
TAWARAN RM10 RIBU HINGGA TERTANGKAP PELAKU NYA  


KOTA KINABALU : Bangunan pejabat seorang aktivis yang memperjuangkan hak-hak Orang Asal Sabah (OAS) di simbah cat lewat jam 1 pagi semalam di mana pelakunya sempat terakam di kamera tersembunyi (CCTV) di hadapan premis berkenaan di Iramanis,Kota Kinabalu.

  Dato Verdon Bahanda
Pemilik dan aktivis OAS tersebut,Dato; Verdon Bahanda dalam satu kenyataan media di sini menyifatkan kejadian berkenaan berhubung kait dengan ugutan bunuh serta kecaman-kecaman di atas kelantangan beliau di MedSos sejak kebelakangan ini.

“ Ianya berhubung kait dengan ugutan bunuh yang diviralkan minggu lepas dan saya percaya serta yakin bahawa ianya dilakukan oleh ‘orang upahan’ atau pengikut-pengikut taksud pihak yang melindungi Pendatang Tanpa Izin (PTI).


Saya tidak punya musuh dalam perniagaan atau bermusuh dengan orang lain setakat ini. Saya percaya bahawa ini semua punya kaitan dengan gerakan OAS yang saya lakukan secara besar-besaran kebelakangan ini.


Sudah pasti gerakan saya itu menimbulkan masalah bagi mereka (pihak yang melindungi PTI) dan sudah pasti mereka risau apabila memikirkan bahawa gerakan yang saya lakukan ini semakin mengancam kedudukan mereka,” jelas Verdon.

https://youtu.be/YV2dOkT8C1c

(rakaman cctv)

Menurutnya,bermula dengan ugutan ‘Verdon Halal di bunu’ dengan gambar sepucuk pistol dan magazin peluru di FB,kemudiannya kecaman-kecaman di MedSos dan kini simbahan cat di bangunan perniagaan beliau,menunjukkan bahawa segala pergerakan yang pernah dilakukan oleh Verdon mencapai matlamat sasar sehingga memaksa pelindung pihak PTI ini mula menampakkan diri dengan melakukan apa sahaja yang boleh membuatkan mereka puas hati.

“ Ini semua di rancang dengan teliti sebelum tindakan dan sememangnya ada individu atau pihak yang mengupah serta melindungi mereka.

Saya anggap itu semua adalah perbuatan pengecut dan mereka tidak sedar bahawa dengan perlakuan sedemikian boleh menjadikan mereka cepat di kesan oleh pihak yang berkuasa,” kata Verdon lagi sejurus selepas membuat laporan polis berhubung insiden simbahan cat itu tengahari ini.

No comments:

Post a Comment