IMM3 bukan tiket mohon kad pengenalan
WANITA UMNO SABAH SAMBUT BAIK USAHA KDN : JAINAB
oleh Sam Hj. Othman
KOTA KINABALU : Wanita Umno Sabah menyambut baik dan bersetuju dengan usaha Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri untuk tidak memberikan status kewarganegaraan Malaysia kepada para pemilik dokumen IMM13 dan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah.
Ketua Wanita Umno Sabah,Datuk Dr Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid berkata,ini adalah cara terbaik untuk mengenalpasti mereka (PTI) yang datang secara sah ataupun tidak.
"Tidak perlu terlalu banyak dokumentasi yg perlu dikeluarkan untuk warga asing ini kerana akhirnya bakal mengelirukan kita juga.
Kita berharap ini akan dapat menyelesaikan masalah imigran d negeri ini,insyallah," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Jainab turut melahirkan harapan supaya kerajaan dapat meningkatkan lagi kawalan dan penguatkuasa keselamatan diperairan Sabah bagi mengekang kemasukan warga asing khususnya di jalan-jalan tikus.
" Kita juga mengharapkan agar kerajaan juga dapat memberikan kelonggaran kepada majikan selama 6 bulan untuk mendapatkan pas kerja yang sah kepada pekerja yang tidak mempunyai
pas kerja yg Sabah sekaligus mendapatkan pasport bagi menyokong diri mereka untuk terus bekerja di negeri ini.
" Penyemakan dan kajian semula terhadap semua kad pengenalan dan sijil kelahiran yang dikeluarkan pada ketika kerajaan Warisan-PH menerajui pentadbiran negeri Sabah selama 23 bulan ini,kepada mana-mana individu yg terlibat dalam kebakaran atau mana-mana kes yang mencurigakan,adalah satu keperluan yang penting bagi memastikan ketulinan kewarganegaraan," ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment