Saturday, March 28, 2020

Pakej Ransangan Ekonomi Prihatian Rakyat  
UMNO SABAH YAKIN RAKYAT BERSYUKUR : YAKUB  
Oleh Sam Hj.Othman  

  Yakub Khan  

KOTA KINABALU : Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kelmarin merupakan suatu tindakan yang berani dalam usaha kerajaan pimpinan Perikatan Nasional itu membela nasib rakyat tatkala di landa wabak Covid-19 yang meletakkan negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Ketua UMNO Sabah,Datuk Yakub Khan melahirkan keyakinan bahawa pakej ini adalah pakej yang betul-betul menjiwai rakyat dan rakyat bersyukur atas keperihatinan kerajaan tersebut.

“Biarpun usia kerajaan PN masih terlalu muda namun barisan kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri cukup berpengalaman untuk memastikan apa yang terbaik untuk rakyat.


Kita semua tahu,kita sedang berada dalam PKP yang diakibatkan oleh penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini mencecah 27 kematian manakala ramai yang kritikal dan positif Covid-19.

Rakyat menjalani PKP sudah masuk 11 hari dan mungkin juga akan tamat pada 14 April depan tetapi rakyat merasa tertekan selama tempoh tersebut kerana penjanaan ekonomi dalam keluarga terbantut akibat PKP ini.

Sumbangan kerajaan persekutuan ini bolehlah memberikan nafas baru untuk seisi rumah dengan jumlah bantuan RM1,600 bagi yang berpendapatan kurang dari RM4,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Menurut Yakub,bagi penjawat awam pula yang menerima tunai RM500 secara one-off melibatkan sejumlah 1.5 juta kesemuanya (Gred 56 dan ke bawah) dan pesara kerajaan juga menerima jumlah yang sama yang melibatkan sejumlah 850,000 orang.

“Malah elaun kakitangan kesihatan juga turut dinaikkan kepada RM500 di samping menerima peruntukkan tambahan RM1 Bilion untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.


Ini pertama kalinya dalam sejarah,kerajaan mengeluarkan belanja yang begitu besar demi untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya berjumlah RM250 Bilion.

Dari pengamatan saya,tidak ada lagi istilah rakyat terpinggir dari menerima bantuan ini samada mereka itu terdiri dari penjawat awam,swasta,berniaga sendiri,nelayan,petani,peladang,pekebun,anak-anak muda belia,warga emas,B40 ataupun M40,semuanya bakal menerima bantuan dari pakej yang diumumkan.

Malah samada anda berdaftar dengan eKasih ataupun tidak,anda tetap akan menerima bantuan tunai ini seperti telah diumumkan oleh Perdana Menteri,” ujar Yakud lagi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar.


“Banyak lagi kemudahan diberikan dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini dalam usaha kerajaan membantu perbelanjaan semasa rakyat malah segala urusan perbankan dan urusan sewa beli mendapat perhatian selain rakyat juga akan menikmati internet percuma mulai 1 April ini sehingga tempoh PKP ditamatkan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu,Yakub turut merayu agar rakyat Sabah turut sama mematuhi PKP dan berusaha untuk memutuskan rantaian penularan wabak menakutkan ini.

“Semoga Sabah khususnya dan Malaysia amnya,akan pulih sebelum menjelangnya bulan Ramadhan akan datang ini manakala yang bekerja kembali bertugas,anak-anak kembali belajar di sekolah,gerai dan kedai di buka semula dan kita bebas semula bergerak kemana sahaja seperti sebelum ini.

Sama-samalah kita #StayAtHome dan berusaha mendisiplinkan diri agar gejala wabak ini tidak menular dengan lebih teruk lagi.

Kepada yang terpaksa keluar untuk mendapatkan barangan keperluan harian,biasakanlah diri untuk #SocialDistance (jarak diri antara satu sama lain),pakai penutup hidung/mulut,gunakan sarung tangan (gloves) dan selalulah membersihkan tangan dengan Hand Sanitizer atau sabun setiap masa,” katanya lagi.


Thursday, March 26, 2020

JANGAN AMBIL RINGAN KEPENTINGAN RAKYAT : STAR  

Kenyataan Media 
Ketua Penerangan Negeri Parti Star Sabah
Jeffrey Kumin 26 Mac 2020


Pengumuman Pakej Bantuan Covid-19 Negeri Sabah dialu-alukan namun agak terlambat - StarSabah

1. Pihak Parti StarSabah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Warisan diatas pemberian pakej bantuan covid-19 biarpun agak lambat diumumkan dibanding dengan negeri2 lain. 

2. Kerajaan seolah-olah mengambil ringan tentang kesan wabak covid-19 keatas ekonomi dan kebajikan rakyat kerana hanya bercadang mengumumkan pakej bantuan pada bulan April namun apabila didesak oleh pihak pembangkang barulah mengumumkan dengan tergesa-gesa.

3. Walaupun Kerajaan Sabah lebih awal membuat larangan untuk pelancung2 daripada negara china untuk memasuki negeri ini, pihak kerajaan sepatutnya menyediakan dan melaksanakan pelan ransangan lebih awal sebab ekonomi Sabah amat bergantung sepenuhnya kepada sektor pelancungan.

4. Sebelum wabak covid-19 sampai ke Sabah, sudah banyak hotel, homestay, tempat-2 pelancungan, restoran-2 dan pusat membeli belah  terjejas teruk perniagaan mereka namun pihak kerajaan belum membuat apa2 tindakan membantu mereka dan tiada juga usaha untuk menolong beribu-ribu pekerja dalam sektor pelancungan yang telah diberhenti kerja atau dipaksa mengambil cuti tanpa gaji. Mungkin pihak kerajaan fikir kesan negatifnya amat minimal dan yakin kesannya hanya sementara.

5. Mengesa kerajaan agar mengutamakan dan menyediakan pelan secara terperinci membantu pengusaha-2 pelancungan dan pekerja2 yang terjejas pendapatan mereka lebih awal apabila negeri Sabah bebas daripada wabak covid -19.


6. Peruntukan bantuan E kasih kepada penduduk miskin dan miskin tegar amat sedikit. Peruntukan ini harus ditambah lebih banyak lagi disebabkan banyak penduduk negeri Sabah didalam kategori ini yang tidak memiliki pendapatan tetap terutama yang bekerja sendiri. Banyak penduduk kampung yang miskin dan miskin tegar terutama kawasan pendalaman Sabah mengeluh tidak menerima bantuan disebabkan pihak kerajaan sentiasa tersasar tumpuan dan mereka ini seolah-olah sengaja dipinggirkan disebabkan sokongan mereka kepada pihak pembangkang. 


7. Minta pihak kerajaan menyalurkan bantuan E kasih tanpa pilih kasih. Bantulah penduduk miskin ini tanpa mengira kaum dan pegangan politik mereka.

8. Bantuan Rm300 one off kepada golongan berpendapatan rendah juga tidak mencukupi. Sepatutnya golongan ini diberi bantuan sebanyak rm600 sebulan untuk tempoh tiga hingga enam bulan. Ini disebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah ini mengalami kesulitan, tanggungan dan beban untuk membayar sewa rumah, pinjaman motor dan kereta apalagi menyediakan perbelanjaan sekolah anak-anak mereka. Banyak mereka terpaksa berhutang kepada peminjam tak sah yang mengenakan bunga yang sangat tinggi.


9. Meminta agar pihak kerajaan mengalihkan peruntukan sebanyak Rm200 juta untuk tujuan menambahbaik kemudahan asas dan infrastrukur luar bandar untuk membantu penduduk miskin, miskin tegar dan golongan yang berpendapatan rendah ini.

10. Ini bukan masanya yang sesuai untuk menambahbaik kemudahan asas dan infrastukur luarbandar ditambah lagi proses memulakan projek kecil-kecilan ini memerlukan masa yang lama dan kelulusan daripada pihak-2 tertentu.

11. Pihak kerajaan juga digesa agar meminta bantuan daripada syarikat2 besar untuk memberi sumbangan kepada kerajaan untuk membantu ekonomi dan kebajikan rakyat negeri ini. Sekiranya mereka dapat memberi sumbangan beberapa juta kepada negara China sewaktu negara itu dilanda wabak covid-19, tiada mustahil mereka tidak dapat memberi sumbangan kepada negeri kita dimana mereka sudah mendapat keuntungan yang banyak. Ini sepatutnya menjadi suatu kewajiban kepada syarikat-2 besar ini membalas budi kepada negeri ini.

Pakej Bantuan Covid 19 Sabah  
JAHID GESA SHAFIE FOKUS PADA KEPERLUAN RAKYAT  
Oleh Sam Hj.Othman  

TAMPARULI : Kerajaan negeri pimpinan YAB Datuk Seri Shafie Apdal di gesa untuk lebih memfokuskan ke arah kebajikan rakyat pada masa sekarang kerana ramai rakyat terjejas pendapatan pada masa ini setelah lebih seminggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diakibatkan oleh penularan virus Covid 19.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah,Datuk Jahid Jahim berkata,peruntukan RM200 Juta yang disebutkan di dalam Pakej Bantuan Covid 19 Sabah itu tidak begitu menepati sasaran dan tidak mendatangkan faedah secara direct kepada rakyat buat masa ini.

"RM200 juta itu diperuntukan untuk menambahbaik infrastruktur asas, fasiliti dan kemudahan awam di semua daerah termasuk untuk perlaksanaan 1,000 lagi projek-projek kecil.

Pada ketika rakyat terbeban dengan keperluan asas kehidupan harian di samping PKP itu masih berjalan sehingga 14 April depan, rakyat tertanya-tanya mengapakah RM200 juta itu tidak difokuskan kepada keperluan kebajikan harian kerana peruntukan bagi infra masih boleh ditangguhkan 2-3 bulan akan datang. 

Persoalan nyata yang mengelirukan ialah,mengapa RM200 juta untuk projek-projek ini dimasukkan ke dalam ruang peruntukan yang dinamakan Pakej Bantuan Covid 19 ?" jelas Jahid yang juga merupakan ADUN Tamparuli.



Menurut Jahid lagi,tidak semua golongan masyarakat yang sudahpun mendaftar dalam sistem e-Kasih dan ini juga perlu pertimbangan kerajaan untuk tindakan cara mana bantuan tersebut tidak memihak kepada sebelah pihak sahaja.

"Memang pada ketika ini,kita berada dalam pembangkang di peringkat negeri tetapi isu sebegini tidak ingin kita politikkan.

Kita menegur sahaja dan mengharapkan agar kesilapan kecil ini dapat diperbetulkan bagi menghalang persepsi rakyat yang keliru dengan pengumuman tersebut.

Kita membuat teguran agar rakyat mendapat lebih keutamaan dan mengharapkan penyusunan semula pakej berkenaan" katanya lagi.

Jahid turut menjelaskan bahawa ketika ini keperluan dapur dan peralatan seperti hand sanitizer,facemask dan sebagainya amat-amat diperlukan rakyat kerana pergerakan mereka sudah di kawal,tidak boleh bekerja untuk sumber pendapatan khususnya mereka yang terdiri dari peniaga-peniaga kecil,bekerja sendiri dan sebagainya.
CADANG AGAR KAMPUNG SETINGGAN TURUT JALANI SARINGAN : JEFFREY  
Oleh Sam Hj.Othman


KOTA KINABALU : Perkampungan setinggan di seluruh Sabah perlu turut di pantau bagi memastikan penularan Covid 19 tidak berpanjangan kerana terdapatnya kemungkinan jangkitan wabak tersebut berada dalam perkampungan berkenaan.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan itu tetap wujud kerana pasti ada di antara penduduk di perkampungan tersebut sudah dijangkiti dan menyangka ianya cuma demam biasa.

Lagipun,tidak semua mereka ini mempunyai dokumen yang sah untuk mereka mendapatkan rawatan ke hospital apatah lagi ke klinik lebih-lebih lagi pada saat negara sedang mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasti mereka khuatir apabila melihat atau mendengar tentang kawalan pihak keselamatan di hampir semua tempat,” kata Presiden Star Sabah,Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan dalam satu kenyataannya di sini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas jam 1.10 petang ini 25hb Mac 2020 berkata,PKP dilanjutkan lagi sehingga 14 April berikutan belum ada tanda-tanda ianya berkurangan dan sehingga berita ini diterbitkan,seramai 17 kematian dicatatkan dengan 1,796 orang positif Covid 19 setakat ini.

Perdana Menteri berkata,jumlah tersebut meningkat sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu dan ini mendatangkan kebimbangan bagi kerajaan dan rakyat jelata.

  Gambar Hiasan  

“Kita cadangkan agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan kaunter pemeriksaan di kawasan pinggiran perkampungan ini dengan kawalan anggota RELA.

Kita cadangkan,pengumuman di buat sehari dua sebelum kaunter di buka dengan sikap berhati-hati terhadap jarak antara satu sama lain di samping penggunaan peralatan keselamatan seperti sarung tangan,penutup hidung dan mulut serta Hand Sanitizer.

Pengumuman tersebut hendaklah di buat dengan pujukan dan bersikap ramah agar mereka tidak khuatir tentang ketiadaan dokumen atau sebagainya dan kita mengharapkan agar pihak PDRM dan Jabatan Imigresen juga tidak muncul ketika itu supaya saringan berjalan lancar atau pihak berkuasa ini boleh memantau dalam jarak yang selamat dan selesa bagi tujuan keselamatan para petugas,” jelas Jeffrey kepada Sabah_OnlineNEWS di sini.

Menurutnya lagi,dari segi kemanusiaan perkara ini perlu juga diberikan perhatian dan mengharapkan agar masalah politik dan dokumentasi di tolak dulu ke tepi.

“Ini soal nyawa...Setiap manusia berhak untuk hidup dan dengan tindakan ini (saringan setinggan),kita dapat mengurangkan risiko penularan.

Jika tidak,saya berpendapat bahawa wabak ini akan terus menular biarpun kita sudah melepasi tempoh PKP kerana apabila penduduk-penduduk perkampungan ini mula keluar (setelah PKP tamat),penghidap wabak yang tidak dapat di kesan,kembali menularkannya kepada kita,” ujarnya lagi.


Dalam pada itu,Jeffrey turut membidas kenyataan-kenyataan liar yang tular di media sosial berikutan ketidakmunculan YB-YB dan pemimpin yang lain di saat PKP berjalan.

“Para menteri,YB-YB dan pemimpin diarahkan untuk Stay At Home sebenarnya tetapi akibat dari lahirnya sikap prihatin terhadap rakyat dan pengundi,saya mengarahkan pegawai-pegawai kanan parti untuk bertindak dalam kelompok yang kecil seperti saranan pihak berkuasa,bagi menyampaikan bantuan dan keperluan yang mendesak kepada rakyat.

Kita tidak pernah berdiam diri dan setiap hari menerima aduan dan rintihan dari rakyat namun,buat masa ini,pergerakan kita begitu terhad sekali.

Kita tidak pernah mengunci diri di rumah pada ketika minda dan hati kita nun jauh berada di dekat rakyat.

Para petugas parti yang diamanahkan bergerak menyalur bantuan dan sudah tentu ianya kurang mendapat publisiti kerana seperti yang anda semua tahu,para pengamal media juga banyak mengalami situasi kawalan pergerakan....Kawalan Pergerakan ini sekaligus menghadkan pergerakan kita dan rakyat harus memahami dan bersabar.

Cepat atau lambat,semuanya bergantung kepada situasi semasa tetapi di pihak kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri,bantuan tersebut tetap ada biarpun diagihkan secara berperingkat,” kata Jeffrey lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan.
PKP Covid 19 di Sabah :  
MARMAZ HOLDINGS TURUT HULUR BANTUAN 
Oleh Sam Hj.Othman


MENGGATAL : Syarikat Marmaz Holdings turut sama menyalurkan bantuan kepada 52 keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan ke 14 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Marmaz Holdings,Dato' Seri Marajoh Hj.Unding berkata,sumbangan tersebut di buat berdasarkan keperihatian syarikat beliau untuk mengurangkan beban yang di tanggung oleh mereka yang betul-betul terjejas pendapatan akibat PKP ini.

"Golongan sasar yang kita bantu di Kg.Unggun Jaya ini terdiri daripada mereka yang terjejas pendapatan harian mereka seperti yang berniaga kecil-kecilan,petani,nelayan,golongan belia dan yang bekerja sendiri.

Sudah tiba masanya syarikat-syarikat besar,badan-badan NGO dan individu yang berkemampuan agar dapat menghulurkan bantuan khusus kepada yang sangat memerlukan," jelasnya sejurus selepas menyampaikan bantuan berkenaan di Kg.Unggun Jaya,Menggatal hari ini.


Marajoh turut menyeru agar kita semua berganding bahu dan tolong menolong sesama insan dan dalam pada masa yang sama,beliau turut menjelaskan agar menjarakkan diri dengan orang lain bagi mengelakkan sebarang kemungkinan jangkitan Covid 19,seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya turut merayu kepada sahabat-sahabat semua warga Sabah secara keseluruhannya agar menjaga diri masing-masing serta patuh kepada arahan pihak berkuasa (PKP) dalam usaha kita memutuskan rantaian penularan wabak menakutkan ini.


Bagi pihak saya dan syarikat Marmaz Holdings,sentiasa berdoa kepada Allah agar kita semua terhindar dari cengkaman Covid 19 dalam tempoh yang terdekat ini.

Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ketua Kampung Unggun Jaya,belia kampung dan kakitangan syarikat yang berusaha menjayakan aktiviti sumbangan ini hingga tepat kepada sasaran," ujarnya lagi kepada Sabah_OnlineNEWS di sini.

Sumbangan daripada Marmaz Holdings akan berterusan dari masa ke semasa walaupun dalam skala yang kecil bagi mematuhi perlaksanaan PKP dan berharap agar golongan sasar ini berjaya di bantu pada kadar yang sepatutnya.


Wednesday, March 25, 2020

Corat-Coret Rahman Dahlan
200 JUTA TIDAK MUSTAHAK KETIKA INI


Kerajaan negeri Sabah baru saja mengumumkan pakej bantuan Covid-19. Terima kasih.

Malangnya saya rasa peruntukan terbesar dalam pakej iaitu RM200 juta untuk projek infra struktur tidak menepati sasaran yang mustahak ketika ini.

Sasaran yang getir sekarang ini ialah membantu rakyat Sabah yang tidak mampu membeli barangan makanan dan yang hilang pendapatan.

Memanglah memperuntukkan RM200 juta untuk projek boleh mengerakkan ekonomi dan ada kesan spillover effect kepada ekonomi. Tetapi bukan itu yang menjadi keutamaan. Ini bukan masanya. Itu boleh dilakukan selepas krisis Covid-19 ini telah reda.

Bayangkan apa cabaran dan masalah oleh RM200 juta ini:

1) projek kerajaan perlu prose tender, pemilihan, pemantauan. Berapa lama proses itu?

2) projek pasti berjalan beberapa bulan. Selepas itu proses claim pula akan memakan masa. Berapa lama duit boleh sampai ke tangan kontraktor dan rangkaian bisnes dia?

3) siapa yang menganalisis tender, meluluskan dan memantau projek ini? Jabatan kerajaan banyak yang kena lock down ;

4)  hanya segelintir kontraktor yang akan dapat manfaat. Beratus ribu orang yang memerlukan bantuan tidak dapat ;

5) sudah tentu projek fizikal memakan masa dan kitaran wang daripada projek ini terhad. Kalau bantuan tunai kepada orang susah, kitaran wang dalam ekonomi tempatan akan lebih cepat dan ramai yang merasa bila kitaran wang itu bermula. Kedai runcit, kedai makan, kedai serbaneka dan macam macam lagi akak mendapat manfaat.

Saya harap kerajaan negeri dapat menukar tujuan RM200 juta itu dari projek infra kepada bantuan kemanusian.

DARD
24.03.20
Tuaran.

Friday, March 20, 2020

MOTAC SEDIA JALIN KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN PELANCONGAN SABAH
Oleh Sam Hj.Othman


KOTA KINABALU : Kementerian Pelancongan ,Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah dalam kepelbagaian hal berhubungkait dengan peranan masing-masing di antara persekutuan dan negeri.

Timbalan Menteri MOTAC,Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan berkata,soal politik seharusnya diketepikan dalam urusan pentadbiran kerajaan biarpun Sabah kini merupakan negeri pembangkang di parlimen.

“Kita bersedia untuk menjalinkan kerjasama (dengan kerajaan negeri Sabah) untuk menjana lagi industri pelancongan,” jelas beliau ketika diajukan soalan berkenaan hubungan kedua belah pihak selepas Jeffrey di lantik sebagai anggota kabinet persekutuan baru-baru ini.

Perlantikan Jeffrey di lihat sebagai suatu senario baharu dalam industri pelancongan Sabah kerana beliau merupakan anak jati negeri di bawah bayu ini dan rakyat begitu mengharapkan peranan yang lebih baik lagi di dalam usaha memartabatkan kesenian dan kebudayaan etnik Sabah ke mata dunia.

Ramai berpendapat,sebagai anak kelahiran Sabah,Jeffrey boleh menumpukan perhatiannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan,Kesenian dan Kebudayaan untuk Kepulauan Borneo khususnya Sabah dan Sarawak manakala Datuk Seri Hjh.Nancy Shukri pula mungkin berperanan besar untuk menumpukan kawasan tanah semenanjung dan global.

“Sabah banyak etnik,banyak kesenian dan kebudayaan masing-masing..Maka banyak juga lah produk-produk tempatan yang memerlukan ruang pasaran terbuka agar kesenian kita tetap terpelihara serta terkenal di seluruh dunia.

Ini turut menyumbang ke arah pemantapan indutri pelancongan tersebut berasaskan dengan apa yang kita ada sejak dulu seperti contohnya Gunung Kinabalu,Kundasang...Lokasi-lokasi bersejarah dan peranginan yang merata di seluruh negeri.

Kita akan mantapkan lagi apa yang sudah ada dan terus berusaha untuk memperkenalkan Sabah ke seantero dunia,” kata Jeffrey lagi yang juga merupakan Presiden Star Sabah.

Bercakap mengenai perjuangan beliau sebagai Pejuang Hak-Hak Rakyat Sabah dan tuntutan yang dilaung-laungkan sebelum ini,Jeffrey menegaskan bahawa perjuangan tersebut masih sebati dalam jiwanya biarpun sudah berada di dalam pihak kerajaan.

“Kita juga sudah ada Maximus di JPM (Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak) dan YB Jonathan sebagai Timbalan Menteri KDN...Kita akan meneruskan perbincangan untuk tuntutan berkenaan dan YAB Perdana Menteri juga sudahpun mengatakan bahawa isu Sabah Sarawak perlu di pandang serius dan semakin diperhalusi.

Jangan fikir kami sudah berada di pihak kerajaan,maka perjuangan menuntut hak rakyat Sabah Sarawak itu akan luntur...Tidak sama sekali.

Malah inilah kesempatan yang ada untuk kita lebih gigih lagi berusaha demi untuk rakyat dan Sabah Tanahair kita yang tercinta,” ujarnya lagi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya memandang serius dalam mengendalikan isu kepentingan Sabah dan Sarawak termasuklah isu pembangunan serta kemajuan sosio ekonomi di kedua-dua negeri Borneo itu.

“Kabinet saya akan memastikan bahawa semangat Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 itu diterjemahkan dalam bentuk dasar serta program yang memberikan manfaat secara langsung kepada Sabah dan Sarawak,” ucap Perdana Menteri tersebut ketika membacakan senarai barisan kabinet persekutuan Perikatan Nasional 2020.

Wednesday, March 18, 2020

CORAT CORET ABDUL RAHMAN DAHLAN  
COVID 19
Let's move on to the next phase....


Covid 19: Let’s move on to the next phase. Here’s my 10 suggestions to the government. 

Fasa sekarang iaitu fasa mencegah Covid19 19 dari merebak. Ini adalah fasa yang sedang berlaku dan hebat dibincangkan oleh semua pihak. 

Namun kita tahu bahawa fasa seterusnya ialah jangkitan akan melonjak naik dan akan berlaku krisis dalam kemampuan hospital menangani kemasukkan pesakit-pesakit Covid 19. Malangnya kadar kematian juga akan meningkat. Ini pengalaman negara-negara lain yang dilanda wabak Covid 19 sebelum Malaysia. 

Kalau belum dibuat, Kerajaan perlu mula menumpukan perhatian kepada fasa seterusnya ini iaitu fasa yang lebih mencabar dalam menangani wabak Covid 19 ini.

Antara perkara yang akan berlaku;

(1) kekurangan katil di hospital

(2) kekurangan peralatan seperti ventilator, test kit dan ubat-ubatan yang lain

(3) kekurangan tenaga kerja barisan hadapan terutama tenaga kerja perkhidmatan kesihatan

(4) kemungkinan kekurangan bekalan makanan dan keperluan harian

(5) penguatkuasaan yang lebih ketat akta kawalan harga dan anti pencatutan. Pencatutan bermakna “memperolehi keuntungan secara berlebih-lebihan (profiteering)”.

***********

Selepas 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan dan untuk memastikan kesan buruk jangka panjang dapat dikurangkan, kerajaan perlu: 

(1) mengalihkan sejumlah RM2 bilion bajet pakej ransangan ekonomi yang telah diumumkan untuk projek-projek kecil kepada bantuan kewangan langsung kepada sektor yang terjejas teruk seperti industri perlancungan, usahawan kecil dan sederhana,  restoran dan lain-lain. Malah kalau boleh ditambah lagi jumlah itu kepada RM5 bilion. Projek fizikal boleh ditangguhkan buat masa ini.

(2) Banyak industri dan syarikat yang berkemungkinan mengurangkan pekerja. Perlu ada pinjaman tanpa faedah dari kerajaan untuk membolehkan syarikat-syarikat membayar gaji walaupun tidak sepenuhnya. 

(3) kerajaan tidak perlu risau tentang rating atau penarafan agensi antarabangsa. Bon dan sukuk kerajaan perlu diterbitkan untuk meminjam dari kumpulan dana tempatan. 

Agensi penarafan antarabangsa akan faham dan besar kemungkinan bertambah yakin kepada negara yang mampu meminjam kerana mereka mempunyai potensi untuk memulihkan ekonomi. Covid 19 adalah masalah global dan agensi penarafan antarabangsa faham semua negara terkesan. 

Dana yang dipinjam perlu disalurkan kepada syarikat-syarikat untuk menyelamatkan perniagaan rakyat Malaysia dengan pinjaman tanpa faedah. Adalah lebih baik kita tidak membiarkan mereka “terbakar menjadi abu” dari bermula dari asal jika mereka semua jatuh bankrap.

Kerajaan juga perlu mengalihkan tujuan dana berbilion-bilion ringgit agensi kerajaan bagi maksud untuk mengalakkan usahawan memulakan perniagaan dan pembesaran perniagaan, kepada tujuan untuk membantu syarikat sedia ada yang berdepan dengan kesan buruk Covid 19 ini. Melahirkan usahawan baru boleh ditunda buat masa ini. 

(4) Galakkan syarikat gergasi swasta untuk menghulurkan bantuan kewangan dalam bentuk CSR. Beri mereka cukai perlepasan yang lebih tinggi jika mereka membantu dengan jumlah yang besar. 

(5) Beri amaran dan seterusnya mendenda syarikat-syarikat  yang membuang pekerja walaupun syarikat-syarikat tersebut mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Data kewangan mereka boleh diketahui melalui rujukan di SSM dan LHDN. Ini masa untuk pengorbanan oleh semua pihak demi menyelamatkan ekonomi negara.

Kita perlu sentiasa berada di depan selekoh (ahead of the curve), yakni merancang langkah-langkah untuk menangani fasa seterusnya yang masih belum berlaku (tetapi akan berlaku).

Dengan cara ini, kita lebih bersedia dan mengurangkan kesan dasyat akibat Covid 19 ini.

Marilah kita doakan kerajaan mampu menangani Corvid 19 ini dan menyelamatkan ekonomi negara kita. 

DARD
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Sabah, Bahagian Tuaran

18.03.20
PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN : JEFFREY
Oleh Sam Hj.Othman


KUALA LUMPUR : Anggota Parti Star Sabah serta seluruh rakyat negeri ini di minta untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac.

Timbalan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Kesenian Malaysia Datuk Dr Jeffrey G.Kitingan berkata,amaran berkenaan juga turut melibatkan kesemua pergerakan pelancongan tempatan dan aktiviti riadah bagi tujuan membendung penularan wabak Covid 19 yang semakin meruncing masa kini.

"Hentikan lah dahulu sebarang aktiviti beriadah ke tempat-tempat tumpuan ramai buat sementara waktu ini untuk kita bersama-sama membendung penularan Covid 19.

Tindakan ini mungkin memberikan kesan yang agak besar kepada industri pelancongan di Sabah tetapi keselamatan dan nyawa itu lebih utama," katanya lagi.

"Anggota Star Sabah sudah dimaklumkan berkenaan perkara ini sebagai langkah berjaga-jaga dan di minta untuk menyampaikan Perintah Kawalan Pergerakan ini kepada semua ahli di seluruh negara.
Sebarang pertemuan dan mesyuarat juga dibatalkan atau di tangguh buat sementara," jelas beliau yang juga merupakan Presiden Star Sabah.

Menurut Jeffrey,aktiviti gerakan yang tidak punya tujuan penting juga perlu diberhentikan dan terima saranan kerajaan untuk berada di rumah masing-masing selama tempoh perintah berkenaan.

Gunakan kemudahan yang seperti aplikasi whatsapp atau telefon bimbit untuk berhubung dengan rakan atau keluarga.

"Jangan lah ambil kesempatan untuk balik kampung sepanjang 14 hari ini kerana secara tidak langsung,peratusan tularnya wabak tersebut lebih tinggi untuk menjangkiti keluarga di kampung meskipun tiada simptom-simpton kelihatan pada diri kita.

Kasihani saudara kita di kampung dan bersamalah kita bersabar dalam tempoh berkenaan.

Alangkah lebih elok kita berada di rumah bersama anak-anak dan isteri,memasak bersama,makan bersama kerana pada hari-hari sebelum ini,kita jarang meluangkan masa untuk bersama kerana sibuk bekerja," ujarnya lagi.

Sunday, March 15, 2020

KETUA JABATAN PERSEKUTUAN SABAH JANGAN SABOTAJ KERAJAAN : BUNG


KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Dato' Seri Bung Moktar Radin mengingatkan Ketua-ketua Jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah agar tidak mensabotaj Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, amalan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan melibatkan Wakil-Wakil Rakyat dari Parti Warisan, UPKO dan Pakatan Harapan (PH) dalam perasmian program dan aktiviti mereka perlu dihentikan serta merta.

"Saya memandang serius perkara ini dan ianya tidak sepatutnya berlaku kerana PN kini adalah Kerajaan Persekutuan setelah Kerajaan PH tumbang"

"Ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan kena sedar dan faham bahawa sama ada Menteri atau Wakil Rakyat  Kerajaan Warisan, UPKO dan PH merupakan pembangkang di peringkat Persekutuan pada masa ini, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Komunikasi UMNO Sabah, Encik Ghazalie Ansing yang menggesa Kementerian Pendidikan Persekutuan mengambil tindakan terhadap Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) kerana menganjurkan program jabatan itu dengan melibatkan Wakil Rakyat Kerajaan Warisan Negeri.

Program itu ialah majlis pelancaran Kempen Bilik Rehat Sihat JPNS yang telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Puan Jenifer Lasimbang di SM St.Paul, Beaufort pada Jumaat.

Bung yang juga Ahli Parliment (MP) kawasan Kinabatangan yang menyokong kenyataan itu berkata, JPNS harus menghentikan segera aktiviti dan program melibatkan Wakil-Wakil Rakyat Warisan dan PH di sekolah-sekolah kerajaan, walaupun ianya telah dirancang lebih awal.

"Peringatan ini bukan sahaja ditujukan kepada Pengarah Pendidikan Negeri tetapi termasuk pegawai di daerah-daerah termasuk Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah".

"Sebarang usaha dan pelanggaran peringatan serta arahan itu merupakan tindakan sabotaj kepada Kerajaan Persekutuan" tegasnya.

Saturday, March 14, 2020

Isu JPNS jemput menteri Sabah rasmi program :  
UMNO SABAH GESA TINDAKAN TEGAS  

Ghazali (tengah) menerima cenderahati dalam majlis berkenaan

TAWAU: UMNO Sabah hari ini menggesa Kerajaan Persekutuan khasnya Kementerian Pendidikan mengambil tindakan ke atas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).


Pengarah Komunikasi UMNO Sabah, Encik Ghazalie Ansing berkata, Pengarah Pendidikan Negeri seharusnya sedar dan maklum bahawa JPNS merupakan salah sebuah jabatan persekutuan di negeri Sabah.


"Pengarah Negeri membawa mandat Kerajaan Persekutuan dan seharusnya tahu dan akur bahawa Kerajaan Negeri pimpinan Parti Warisan merupakan kerajaan pembangkang kepada Pusat".


"Secara langsung atau tidak langsung pemimpin Kerajaan Warisan tidak boleh lagi menggunakan sebarang fasiliti Kerajaan Persekutuan termasuklah merasmi program-program dan acara rasmi jabatan dan sekolah khasnya", katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa dekat sini, hari ini.


Beliau mengulas program pelancaran Kempen Bilik Rehat Sihat JPNS yang telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Puan Jenifer Lasimbang di SM St.Paul, Beaufort pada Jumaat.


Program itu turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Dr. Mistrine Radin dan pegawai-pegawai pendidikan dari Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.


Ghazalie yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau berkata, hal yang sama juga telah dilakukan dan diamalkan oleh Kerajaan Warisan sekarang.


"Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri tidak dibenarkan menjemput Wakil Rakyat dan pemimpin pembangkang untuk merasminya, termasuklah mesyuarat-mesyuarat pembangunan daerah, perancangan dan lain-lain melibatkan kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat pembangkang tersebut", tegasnya.


Katanya, begitu juga dengan Pengarah-pengarah jabatan dan agensi Persekutuan lain di Sabah yang memagang mandat Kerajaan Persekutuan, harus tahu dan akur dengan perkara itu.


"Adakah Pengarah-pengarah Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan di Sabah berhasrat untuk mensabotaj Kerajaan Persekutuan dengan melanggar arahan tersebut?", tegasnya.


Ghazalie berkata, tindakan tegas harus  dikenakan terhadap Ketua-ketua Jabatan Persekutuan di negeri ini yang cuba mensabotaj Kerajaan Pusat.

Friday, March 13, 2020

JPPS TIADA KAITAN SERAH HAK SABAH KATA HAJIJI


KOTA KINABALU: Cadangan mewujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) tiada kaitan dengan soal menyerahkan hak Sabah kepada Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berkata, andaian dan tuduhan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd.Shafie Apdal adalah tidak  benar, tidak tepat, tidak berasas dan "unbecoming".

Beliau berkata, dalam suasana dan keadaan politik sekarang, mewujudkan semula JPPS merupakan jalan terbaik supaya negeri dan rakyat Sabah dapat terus menikmati program dan projek pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan.

"Saya berasa hairan dan pelik dengan kenyataan Shafie. Dia seolah-olah tidak sedar dan tidak menerima hakikat  bahawa kerajaannya kini adalah kerajaan pembangkang di peringkat Persekutuan".

"Siapa itu Shafie yang memandai-mandai mahu mengatur urusan Kerajaan Persekutuan di Sabah? Sedangkan Kerajaan Warisan kini adalah pembangkang di Sabah", katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Shafie yang mendakwa Hajiji seorang Sabahan, tidak wajar mencadangkan JPPS diwujudkan semula, yang sama seperti memberikan lebih banyak hak Sabah ke tangan orang lain.

Shafie berkata, Hajiji harus tahu apa yang dikasihi oleh hati rakyat Sabah. 
"Sebaliknya, dia mencadangkan agar kami memberikan hak kami kepada Kerajaan Persekutuan?".

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menegaskan, tidak berbangkit soal Sabah menyerahkan haknya kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya Shafie bimbang dan takut akan kehilangan kuasa dalam mengurus dan mengatur projek dan peruntukan persekutuan di Sabah, maka beliau dan Kerajaan Warisan Sabah mesti memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Persekutuan hari ini, yang dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN).

"Sebaliknya bukan hanya sekadar mahu mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Pusat, tetapi dalam masa yang sama  kekal dengan pendirian tidak menyokong Perikatan Nasional", tegasnya.

Hajiji berkata, mewujudkan semula JPPS merupakan jalan terbaik untuk Sabah dan wajar dilakukan bagi melicinkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program dan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat di negeri pembangkang.

Katanya, JPPS pernah diwujudkan di Sabah semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah sebagai pembangkang.

Jabatan Pembangunan Persekutuan juga diwujudkan di negeri Kelantan yang dahulunya diperintah oleh kerajaan pembangkang.

"JPPS merupakan platform mewakili Kerajaan Persekutuan di Sabah. Tujuannya adalah menjadi jabatan menyelaras dan memantau perlaksanaan projek-perojek pembangunan Persekutuan di negeri ini".

"Mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri merupakan perkara biasa yang dilakukan di mana-mana negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang".

"Saya berasa pelik Shafie tidak tahu dan tidak faham senario ini. Adalah pelik jika  peruntukan dan program pembangunan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pembangkang", tegasnya.

Thursday, March 12, 2020

JPPS WAJAR WUJUD SEMULA : JOVILIS
Sokong kenyataan Ketua Bersatu Sabah  

  Jovilis Majami  
KOTA KINABALU: Gesaan Ketua Badan Pemimpin Parti Peribumi Bersatu (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor supaya kerajaan persekutuan perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) memandangkan kerajaan Negeri Sabah kini berstatus pembangkang di peringkat persekutuan perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Menurut Ir. Jovilis Majami ini kerana adalah terlalu sukar untuk melaksanakan projek-projek pembangunan persekutuan untuk Sabah sekiranya ianya disalurkan terus dan dipantau oleh kerajaan negeri kerana kerajaan negeri tidak berada dalam blok kerajaan yang tahu akan dasar yang dirangka oleh kerajaan persekutuan untuk Sabah.

“Kerajaan Negeri Sabah adalah kerajaan pembangkang di peringkat persekutuan maka mereka ini tidak duduk sama-sama untuk membuat dasar kerajaan jadi bagaimana mereka boleh mengurus dan melaksanakan peruntukan-peruntukan kerajaan persekutuan sekiranya mereka tidak berada bersama-sama dalam merangka dasar itu”



Ir. Jovilis menambah objektif pewujudan JPPS adalah untuk memastikan ada sumber kewangan projek, prestasi projek fizikal ikut jadual, memantau pelaksanaan projek, menyelaraskan pelaksanaan projek, memastikan projek berjalan lancar dan berkesan dan memastikan peruntukan diurus dengan baik dan digunakan sepenuhnya untuk projek-projek persekutuan yang dilaksanakan di peringkat negeri adalah cukup berkesan untuk mengandalikan projek-projek persekutuan memandangkan mereka ini mendapat maklumat terus daripada kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun Ir. Jovilis berkata pewujudan JPPS ini haruslah dikendalikan oleh warga Sabah sendiri agar ianya menampakkan ketulusan kerajaan persekutuan melayan dan mengimplementasikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya cukup yakin dengan kepimpinan baru persekutuan bahawa apabila JPPS ini diwujudkan semula ianya akan diterajui oleh 100% orang Sabah memandangkan ketika ini Perdana Menteri dalam rangka untuk mengambalikan hak Sabah Sarawak”

“Pewujudan semula JPPS ini bukan bermakna kerajaan persekutuan mengongkong kerajaan negeri tetapi apa yang kita mahu projek-projek yang dirancang oleh kerajaan persekutuan dapat sampai kepada rakyat mengikut garis panduan yang dirangka oleh kerajaan persekutuan”.

Selain daripada itu Ir. Jovilis juga berkata dengan pewujudan JPPS ini semula di Sabah ianya juga mungkin dapat menyelamatkan peruntukan-peruntukan persekutuan daripada disalahguna oleh pemimpin-pemimpin negeri kerana sebelum ini ada diantara pemimpin-pemimpin negeri ketika ini yang dipertikai kredibilitinya kerana pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi kes ini senyap selepas mereka menjadi kerajaan.

“Kita mahu agar peruntukan kerajaan persekutuan ini seratus peratus sampai kepada rakyat dan bukannya dibaham oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab”.