Kenyataan Media
WARISAN DI TIMPA HUKUM KARMA
Ghazalie Ansing |
Ketua Wira Warisan Mohd. Azis Jamman seolah-olah lupa Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) dibentuk melalui tindakan UPKO yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk majoriti bersama STAR Sabah dalam Pilihan Raya Umum 2018.
Warisan memerintah Sabah tanpa segan silu seolah-olah mereka mendapat mandat mutlak daripada rakyat Sabah sedangkan hakikatnya UMNO dan BN adalah pemenang dengan jumlah 29 kerusi pada masa itu ditambah dua kerusi daripada STAR Sabah yang sekali gus berjaya membentuk majoriti mudah.
Walaupun begitu, ketika Warisan tanpa perasaan malu berusaha membeli ADUN-ADUN BN untuk bersama mereka, kami pejuang-pejuang setia UMNO kekal bersama parti dan meneruskan perjuangan demi rakyat.
Kami tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa menerima hakikat Kerajaan BN pada masa itu telah dirampas oleh Warisan.
Kini hukum karma telah melanda Warisan, ketika pemimpin-pemimpinnya mabuk kuasa, bermegah dengan kuasa yang dimiliki akhirnya perebutan kuasa dalam pentadbiran PH Warisan menyebabkan mereka hilang kuasa di Kerajaan Pusat dan Warisan pula menjadi pembangkang di Sabah.
Bagai meludah ke langit, terkena ke muka sendiri Mohd. Azis sepatutnya berasa malu apabila sekarang beliau pula yang berapi-api menghentam Perikatan Nasional yang kini memerintah Malaysia dan bakal kembali ke Sabah.
UMNO dan BN tidak pernah menilai Warisan sebagai parti cincai, tetapi rakyat Sabah menilai Warisan sebagai parti yang memperjuangkan nasib PATI sahaja.
Dalam PRK Parlimen Kimanis BN berjaya membawa suara rakyat untuk menentang dasar mengutamakan PATI yang dibawa oleh Warisan dan menang besar, kalaulah BN kalah pada masa itu, tidak dapat dibayangkan betapa gembiranya golongan PATI di Sabah.
Dasar pelaksanaan PSS adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mana Mohd. Azis sendiri Timbalan Menteri pada masa itu, beliau orang Sabah tetapi tidak pernah mendengar keluhan rakyat Sabah yang menolak PATI.
Inikah yang dikatakan oleh Mohd. Azis sebagai pegang prinsip dan kekal bermaruah? Cuba menggadai maruah Sabah kepada PATI, kalau rakyat Sabah tidak bersuara PSS pasti dilaksanakan.
Sedarlah wahai Mohd. Azis, kita hanya merancang Allah yang menentukan, apabila kamu merampas Kerajaan Sabah daripada BN, kamu bermegah-megah dengan kuasa yang ada, kamu lupa karma akan menyusul dan inilah masanya.
GHAZALIE ANSING
KETUA UMNO BAHAGIAN TAWAU
PENGARAH KOMUNIKASI UMNO SABAH
No comments:
Post a Comment