Thursday, March 26, 2020

Pakej Bantuan Covid 19 Sabah  
JAHID GESA SHAFIE FOKUS PADA KEPERLUAN RAKYAT  
Oleh Sam Hj.Othman  

TAMPARULI : Kerajaan negeri pimpinan YAB Datuk Seri Shafie Apdal di gesa untuk lebih memfokuskan ke arah kebajikan rakyat pada masa sekarang kerana ramai rakyat terjejas pendapatan pada masa ini setelah lebih seminggu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diakibatkan oleh penularan virus Covid 19.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah,Datuk Jahid Jahim berkata,peruntukan RM200 Juta yang disebutkan di dalam Pakej Bantuan Covid 19 Sabah itu tidak begitu menepati sasaran dan tidak mendatangkan faedah secara direct kepada rakyat buat masa ini.

"RM200 juta itu diperuntukan untuk menambahbaik infrastruktur asas, fasiliti dan kemudahan awam di semua daerah termasuk untuk perlaksanaan 1,000 lagi projek-projek kecil.

Pada ketika rakyat terbeban dengan keperluan asas kehidupan harian di samping PKP itu masih berjalan sehingga 14 April depan, rakyat tertanya-tanya mengapakah RM200 juta itu tidak difokuskan kepada keperluan kebajikan harian kerana peruntukan bagi infra masih boleh ditangguhkan 2-3 bulan akan datang. 

Persoalan nyata yang mengelirukan ialah,mengapa RM200 juta untuk projek-projek ini dimasukkan ke dalam ruang peruntukan yang dinamakan Pakej Bantuan Covid 19 ?" jelas Jahid yang juga merupakan ADUN Tamparuli.



Menurut Jahid lagi,tidak semua golongan masyarakat yang sudahpun mendaftar dalam sistem e-Kasih dan ini juga perlu pertimbangan kerajaan untuk tindakan cara mana bantuan tersebut tidak memihak kepada sebelah pihak sahaja.

"Memang pada ketika ini,kita berada dalam pembangkang di peringkat negeri tetapi isu sebegini tidak ingin kita politikkan.

Kita menegur sahaja dan mengharapkan agar kesilapan kecil ini dapat diperbetulkan bagi menghalang persepsi rakyat yang keliru dengan pengumuman tersebut.

Kita membuat teguran agar rakyat mendapat lebih keutamaan dan mengharapkan penyusunan semula pakej berkenaan" katanya lagi.

Jahid turut menjelaskan bahawa ketika ini keperluan dapur dan peralatan seperti hand sanitizer,facemask dan sebagainya amat-amat diperlukan rakyat kerana pergerakan mereka sudah di kawal,tidak boleh bekerja untuk sumber pendapatan khususnya mereka yang terdiri dari peniaga-peniaga kecil,bekerja sendiri dan sebagainya.

18 comments:

  1. Well said yb.dtk jj..👏👏👏👏..
    Setuju sangat²..

    ReplyDelete
  2. Welldone and well said Dtk JJ..

    ReplyDelete
  3. Saranan YB Datuk Jaid selaku Adun Tamparuli mengenai wabak C.19 diterima baik olih rakyat agar mendapat respon dn keutamaan
    Kerjaan.


    ReplyDelete
  4. Saranan YB Datuk Jaid selaku Adun Tamparuli mengenai wabak C.19 diterima baik olih rakyat agar mendapat respon dn keutamaan
    Kerjaan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil rakyat yang benar2 memahami denyutan nadi rakyat..terimakasih datuk JJ yang amat prihatin terhadap keperluan utama kami rakyat Tamparuli khasnya dan amnya negeri sabah

      Delete
  5. Terima Datuk Jahid J. Kerana mewakili suara kami

    ReplyDelete
  6. Suara yg benar2 mewakili suara rakyat. Yerbaik Datuk JJ

    ReplyDelete
  7. Do the best UK rakyat.
    Come on

    ReplyDelete
  8. Teguran yg baik...Tksh Dtk JJ telah menyuarakan kehendak rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  9. Terbaik Datuk... Dalam keadaan genting sebegini yang belum kita nampak penghujungnya seharusnya kerajaan negeri memfocuskan bagaimana membantu rakyat untuk terus melangsungkan kehidupan dalam keadaan selamat dan sihat... Memang benar perlu difikirkan masa mendatang dari sudut ekonomi, tetapi dalam perang, kita tidak boleh memikirkan membina bangunan yang cantik jika askar kita berada dalam keadaan bahaya,lagi elok kita sediakan askar kita dengan peluru dan perisai agar jika kita menang, barula sama2 fikir apa yg boleh dibuat. Jangan sampai ianya menjadi darurat... Harap kerajaan negeri dapat memfocuskan lagi untuk keselamatan dan kesihatan rakyat dari projek2 yang bagi saya tidak beberapa penting pada masa skrg.

    ReplyDelete
  10. Dtk.JJ yg best,ingat masaalah rakyat...

    ReplyDelete
  11. Dtk.jj your comment regarding with the pengagihan bantuan kpd rakyt ole krjan warisan amat lh bertepatan,,, so please Dtk go ahead to speak acording to the rkyt aspiration and tople the warisan government.

    ReplyDelete
  12. Baru namanya WAKIL RAKYAT. Rakyat d dahulukan. Terbaik Datuk JJ.

    ReplyDelete
  13. terbaik datok.saya sukung penuh.Rakyat diutamakan. syabas datok berjuang untuk rakyat sanah.

    ReplyDelete
  14. Bagus teguran datuk... bantuan wabak covid seharusnya membantu kebajikan rakyat... bukan asyik nak fokus infra seolah2 menjaga pihak2 tertentu.... teguran datuk sangat bertepatan dgn situasi yg rakyat negeri kita hadapi...

    ReplyDelete