Thursday, March 26, 2020

CADANG AGAR KAMPUNG SETINGGAN TURUT JALANI SARINGAN : JEFFREY  
Oleh Sam Hj.Othman


KOTA KINABALU : Perkampungan setinggan di seluruh Sabah perlu turut di pantau bagi memastikan penularan Covid 19 tidak berpanjangan kerana terdapatnya kemungkinan jangkitan wabak tersebut berada dalam perkampungan berkenaan.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan itu tetap wujud kerana pasti ada di antara penduduk di perkampungan tersebut sudah dijangkiti dan menyangka ianya cuma demam biasa.

Lagipun,tidak semua mereka ini mempunyai dokumen yang sah untuk mereka mendapatkan rawatan ke hospital apatah lagi ke klinik lebih-lebih lagi pada saat negara sedang mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasti mereka khuatir apabila melihat atau mendengar tentang kawalan pihak keselamatan di hampir semua tempat,” kata Presiden Star Sabah,Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan dalam satu kenyataannya di sini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas jam 1.10 petang ini 25hb Mac 2020 berkata,PKP dilanjutkan lagi sehingga 14 April berikutan belum ada tanda-tanda ianya berkurangan dan sehingga berita ini diterbitkan,seramai 17 kematian dicatatkan dengan 1,796 orang positif Covid 19 setakat ini.

Perdana Menteri berkata,jumlah tersebut meningkat sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu dan ini mendatangkan kebimbangan bagi kerajaan dan rakyat jelata.

  Gambar Hiasan  

“Kita cadangkan agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan kaunter pemeriksaan di kawasan pinggiran perkampungan ini dengan kawalan anggota RELA.

Kita cadangkan,pengumuman di buat sehari dua sebelum kaunter di buka dengan sikap berhati-hati terhadap jarak antara satu sama lain di samping penggunaan peralatan keselamatan seperti sarung tangan,penutup hidung dan mulut serta Hand Sanitizer.

Pengumuman tersebut hendaklah di buat dengan pujukan dan bersikap ramah agar mereka tidak khuatir tentang ketiadaan dokumen atau sebagainya dan kita mengharapkan agar pihak PDRM dan Jabatan Imigresen juga tidak muncul ketika itu supaya saringan berjalan lancar atau pihak berkuasa ini boleh memantau dalam jarak yang selamat dan selesa bagi tujuan keselamatan para petugas,” jelas Jeffrey kepada Sabah_OnlineNEWS di sini.

Menurutnya lagi,dari segi kemanusiaan perkara ini perlu juga diberikan perhatian dan mengharapkan agar masalah politik dan dokumentasi di tolak dulu ke tepi.

“Ini soal nyawa...Setiap manusia berhak untuk hidup dan dengan tindakan ini (saringan setinggan),kita dapat mengurangkan risiko penularan.

Jika tidak,saya berpendapat bahawa wabak ini akan terus menular biarpun kita sudah melepasi tempoh PKP kerana apabila penduduk-penduduk perkampungan ini mula keluar (setelah PKP tamat),penghidap wabak yang tidak dapat di kesan,kembali menularkannya kepada kita,” ujarnya lagi.


Dalam pada itu,Jeffrey turut membidas kenyataan-kenyataan liar yang tular di media sosial berikutan ketidakmunculan YB-YB dan pemimpin yang lain di saat PKP berjalan.

“Para menteri,YB-YB dan pemimpin diarahkan untuk Stay At Home sebenarnya tetapi akibat dari lahirnya sikap prihatin terhadap rakyat dan pengundi,saya mengarahkan pegawai-pegawai kanan parti untuk bertindak dalam kelompok yang kecil seperti saranan pihak berkuasa,bagi menyampaikan bantuan dan keperluan yang mendesak kepada rakyat.

Kita tidak pernah berdiam diri dan setiap hari menerima aduan dan rintihan dari rakyat namun,buat masa ini,pergerakan kita begitu terhad sekali.

Kita tidak pernah mengunci diri di rumah pada ketika minda dan hati kita nun jauh berada di dekat rakyat.

Para petugas parti yang diamanahkan bergerak menyalur bantuan dan sudah tentu ianya kurang mendapat publisiti kerana seperti yang anda semua tahu,para pengamal media juga banyak mengalami situasi kawalan pergerakan....Kawalan Pergerakan ini sekaligus menghadkan pergerakan kita dan rakyat harus memahami dan bersabar.

Cepat atau lambat,semuanya bergantung kepada situasi semasa tetapi di pihak kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri,bantuan tersebut tetap ada biarpun diagihkan secara berperingkat,” kata Jeffrey lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Keningau dan ADUN Tambunan.

1 comment: