Corat-Coret Politik
APAKAH AKAN ADA KETUA MENTERI SABAH YANG BARU?
Satu perkara menarik dalam cara YDP Agong menangani kemelut politik negara ialah baginda mencari kaedah penyelesaian yang selaras dengan peruntukan perlembagaan.
Tafsiran perlembagaan menyatakan setelah baginda membuat keputusan melantik seorang PM, dan selepas itu ada kumpulan lain yang merasakan mereka mempunyai majoriti, kumpulan ini diminta untuk menguji sokongan PM yang baru dilantik di parlimen. Raja tidak boleh digunakan untuk mengubah keputusan itu.
Tahun 2018 dalam kes jawatan Ketua Menteri antara TS Musa Aman dan DS Shafie Afdal, Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah pada awalnya telah menerima SD dari ADUN-ADUN yang dibawa oleh TS Musa Aman dan seterusnya TYT telah memperkenankan TS Musa untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
Sepatutnya selepas itu, TYT tidak boleh melantik DS Shafie sebagai Ketua Menteri walaupun DS Shafie membawa satu set SD yang baru.
Jika DS Shafie merasakan beliau mempunyai cukup sokongan ADUN-ADUN, apa yang patut dinasihatkan oleh TYT kepada DS Shafie PDA waktu itu ialah untuk membawa usul tidak percaya di sidang Dewan Undangan Negeri.
Dengan keputusan YDP Agong yang ternyata tepat dan selaras dengan perlembagaan, kita berharap para hakim yang arif dan bijaksana dalam mahkamah persekutuan dapat membuat keputusan membatalkan perlantikan DS Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.
DARD
01.03.20
Tuaran.
No comments:
Post a Comment